Dua Pasukan Premier League Berebut Mahu Dapatkan Thomas Muller

Thomas Muller pada ketika ini merupakan pemain sasaran utama untuk Everton dan Newcastle United, dengan kontrak bintang Jerman itu bersama Barcelona akan tamat 18 bulan dari sekarang.

Pemain kebangsaan Jerman itu masih belum menandatangani apa-apa perjanjian baru dengan kelab kesayangannya itu dan menurut laporan dari Christian Falk, dua pasukan dari Premier League sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Bayern Munich perlu membuat keputusan akhir selewat-lewatnya pada musim panas ini, atau mereka akan berdepan risiko kehilangan pemain paling lama mereka itu secara percuma sahaja pada tahun 2023 nanti.

Muller masih lagi pemain terpenting Bayern Munich pada ketika ini, dengan beliau sudah berjaya mencatatkan 18 assists dari 20 penampilan dalam saingan Bundesliga liga sepanjang musim ini.

Beliau juga berjaya menjaringkan enam gol bersama skuad kendalian Julian Nagelsmann itu dengan mereka ketika ini enam mata mengatasi Borussia Dortmund untuk memimpin carta saingan Bundesliga.

Perpindahan melibatkan Muller berkemungkinan hanya akan berlaku pada penghujung musim nanti, kerana gergasi Jerman itu sangat memerlukan khidmatnya pada ketika ini untuk mencabar pelbagai kejuaraan pada musim ini.

Kedua-dua Everton dan Newcastle pada ketika ini sedang bergelut di kelompok terbawah dalam carta saingan liga, dengan mereka melalui kempen yang sangat teruk pada musim ini.

Everton kini tidak memiliki pengurus kelab selepas mereka memecat Rafael Benitez awal bulan lalu, dan mereka juga hanya mampu mencatatkan satu kemenangan sahaja dari 14 perlawanan terakhir.

The Toffees jelas sekali mempunyai masalah ketiadaan pemain kreatif di posisi midfield, dan mereka turut terlalu bergantung kepada Demarai Gray dan Anthony Gordon untuk bermain di posisi itu.

Newcastle sementara itu berada di zon penyingkiran pada ketika ini, namun dek kerana mereka merupakan kelab terkaya dalam dunia bola sepak, maka mereka kini sedang aktif dalam pasaran pemain untuk memperkuat skuad sedia ada.

Mereka sudah berjaya melengkapkan penandatanganan Kieran Trippier dan Chris Wood dari Atletico Madrid dan Burnley pada awal bulan lalu.

Pengurus kelab Eddie Howe walau bagaimanapun memutuskan untuk mendapatkan lagi pemain tambahan dalam usahanya untuk memperkuat skuad sedia ada.

Newcastle juga kini sedang dalam usaha mereka untuk melengkapkan penandatanganan ketiga mereka selepas Lyon menerima bidaan mereka The Magpies untuk dapatkan Bruno Guimaraes.

Newcastle sudah berjaya dapatkan persetujuan Lyon untuk dapatkan Guimaraes

Newcastle United sepertinya sedang dalam usaha untuk melengkapkan penandatanganan ketiga mereka pada jendela perpindahan Januari ini.

The Magpies bakal melengkapkan penandatanganan pemain ketiga mereka dalam masa terdekat ini dengan bidaan mereka bernilai €40 juta (£33 juta) telah diterima.

Newcastle United sebelum ini sudah melengkapkan penandatanganan Kieran Trippier dan Chris Wood pada jendela perpindahan Januari ini dalam usaha untuk memperkuat skuad sedia ada.

​Walau sudah berjaya mendapatkan dua pemain, Newcastle sepertinya masih aktif dalam pasaran pemain dan masih mencari pemain baru untuk ditandatangani.

The Magpies pada ketika ini sedang berada di zon penyingkiran dan pihak kelab mahu segera mendapatkan bintang-bintang besar dalam membantu mereka agar tidak tersingkir.

Pemain midfield Manchester United, Jesse Lingard terus hangat dikaitkan dengan bakal ditandatangani oleh Newcastle United.

The Magpies masih berusaha untuk membawa pemain berusia 31 tahun itu ke St James Park sebelum jendela perpindahan Januari ini ditutup pada hujung bulan nanti.

Walau bagaimanapun, sebelum berjaya mendapatkan Lingard, skuad kendalian Eddie Howe itu dilaporkan sudah hampir pasti untuk menandatangani Bruno Guimaraes dari Lyon.

Lyon dilaporkan sudah menerima bidaan bernilai €40 juta dari Newcastle untuk mendapatkan Bruno Guimaraes pada jendela perpindahan Januari ini.

Menurut laporan dari media Brazil, Globo yang mendakwa bahawa gergasi Perancis itu sudah menerima tawaran dari Newcastle dan urusan perpindahan akan dilengkapkan dalam masa terdekat ini.

Walau bagaimanapun, masalah terbesar yang ada pada ketika ini adalah pemain itu sendiri masih belum beri kata putus sama ada beliau mahu atau tidak sertai Newcastle.

Bruno Guimaraes dikatakan akan memberi kata putus dalam masa terdekat ini dan selepas mendapat jawapan dari beliau, kedua-dua kelab akan berunding melengkapkan urusan perpindahan beliau ke St James Park.

Guimaraes yang kini sudah berusia 24 tahun itu turut berjaya menarik minat gergasi Serie A, Juventus dan Arsenal yang sangat terdesak mahu mendapatkan khidmat pemain defensive midfielder itu.

Pemain kebangsaan Brazil itu menyertai Lyon dari Athletico Paranaense pada Januari 2020 dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £17 juta.

Beliau sudah turun beraksi sebanyak 25 penampilan dari semua pertandingan sepanjang musim ini dan turut menjadi nadi penting dalam skuad Lyon.

​Howe sangat berharap Guimaraes akan bersetuju untuk menerima tawaran dari Newcastle, kerana beliau benar-benar buntu mahu membantu Newcastle untuk keluar dari zon penyingkiran.

Newcastle selepas diambil alih oleh Syarikat konsortium Arab Saudi mereka kini menjadi pasukan paling kaya dalam dunia bola sepak.

Malang sekali kekayaan mereka gagal untuk memancing nama-nama besar dari menyertai mereka, dengan ada beberapa pemain termasuk Anthony Martial sudah menolak tawaran dari The Magpies sebelum ini.

Selepas menolak Newcastle, Anthony Martial kini sudah sah menyertai Sevilla sebagai pemain pinjaman sehingga akhir musim nanti.

Newcastle United dijangka akan melengkapkan satu ke dua penandatanganan lagi sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

The Magpies kini hanya satu mata sahaja dipisahkan dari Norwich untuk keluar dari zon penyingkiran, namun mereka memiliki kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Melihat kepada persembahan mereka pada ketika ini, dan berkemungkinan akan ada penambahan pemain baharu, sepertinya tiada masalah untuk mereka keluar dari zon penyingkiran.

Jendela perpindahan musim panas nanti, Newcastle berkemungkinan akan membawa masuk beberapa lagi pemain baru, terutama pemain-pemain berstatus free ejen.

Seandainya mereka berjaya kekal dalam saingan Premier League, sepertinya ia bakal membantu mereka untuk mendapatkan pemain baharu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Everton Bakal Perolehi Mata Negatif Selepas Premier League Desak Hukuman Kerana Langgar FFP