Dua Pemain Alternatif Untuk Liverpool Sebagai Pengganti Jude Bellingham

Bukan rahsia lagi apabila Liverpool telah dikaitkan dengan pemain tengah berpotensi besar Jude Bellingham dan pemain tersebut juga telah menunjukkan tanda-tanda keinginannya untuk ke Anfield.

Namun itu semua tidak akan berlaku dalam tempoh jendela perpindahan ini lantaran harganya amat keras walaupun kontrak bersama Borussia Dortmund hanya berbaki setahun.

Liverpool lebih tenang mengambil sikap bersabar untuk satu musim lalu sebelum menyambar pemain itu secara percuma bagi memperkasan lagi jentera tengah.

Selepas membuat perpindahan mega Darwin Nunez dari Benfica, Liverpool terus berbelanja sakan mendapatkan pula Calvin Ramsay dan Fabio Carvalho untuk membina kembali pasukan dengan tenaga muda.

Pembelian ini menjadi faktor kenapa Liverpool tidak meneruskan niat dan menangguhkan cubaan mendapatkan Jude Bellingham musim ini.

Kini bahagian tengah Liverpool masih dikuasakan oleh pemain yang sudah berusia iaitu Thiago Alcantara, Jordan Henderson dan James Milner yang sudah melepasi umur 30 tahun.

Sedar dengan situasi Liverpool, Glen Johnson telah mencadangkan dua pemain alternatif buat Liverpool untuk didapatkan sementara menanti ketibaan Jude Bellingham.

Dua nama yang dicadangkan oleh bekas pemain Liverpool itu sepertimana dinyatakan kepada GGrecon di saluran Twitch adalah Declan Rice mahupan Nicolo Barella.

Glen Johnson percaya Declan Rice merupakan pengganti yang sangat cocok untuk Jordan Henderson dan menyatakan pemain tengah West Ham United itu sangat sesuai dengan peranan yang dipegang oleh Henderson yang mampu menjadikan pasukan Liverpool sempurna.

Jordan Henderson akan kekal bersama Liverpool sehingga kontraknya tamat pada tahun 2025 dan masih lagi menjadi ketua pasukan Jurgen Klopp.

Namun Johnson percaya Henderson boleh memilih untuk melakukan apa yang dilakukan Sadio Mane, angkat kaki mencari cabaran baru.

“Aku memilih Declan Rice, dalam tempoh beberapa tahun, Jordan Henderson mungkin lakukan apa yang Sadio Mane lakukan dan pergi.”

“Aku fikir Declan Rice sangat cocok dengan peranan itu.”

Declan Rice merupakan salah seorang bakat yang terbukti di Premier League dan benarlah cadangan yang telah dikemukakan olehnya kerana Rice mungkin sesuai untuk menjadi pengganti Henderson.

Malahan kedua-dua pemain ini merupakan pemain Inggeris. Jika sudah namanya Inggeris, harganya sudah pastilah teramat tinggi mungkin melebihi harga Jude Bellingham.

West Ham United bertegas tidak akan melepask Declan Rice pada ketika ini, Manchester United pernah menggatal namun harga diletakkan West Ham adalah 100 juta untuk Rice.

Alternatif lain adalah Nicolo Barella pemain Inter Milan yang boleh menjadi sasaran yang lebih logik dan masuk akal untuk didapatkan.

Nicolo Barella telah dikaitkan dengan pertukaran ke Liverpool, di mana perjanjian pertukaran ini dilaporkan akan membabitkan pemain berkaki kaca, Naby Keita.

Glen Johnson percaya, Nicolo Barello akan memberi nilai tambah dari segi gol dan bantuan gol di Anfield.

“Aku percaya, Barella boleh menjadi satu penambahan yang baik. Untuk menjaringkan gol dan mencipta assist bukan mudah walaupun dia tidak pernah beraksi di Premier League.”

“Bila seorang pemain itu mempunyai teknikal yang sangat bagus dan mampu menjaringkan gol atau assist secara konsisten maka jangan harap kau nak tengok dia bergelut.”

“Lebih ramai pemain di atas padang yang mampu menyumbangkan kepada gol maka itu amat baik untuk pasukan.”

Itu cuma sekadar altenatif sahaja yang dicadangkan oleh Glenn Johnson dan Jude Bellingham adalah sasaran utama dan Liverpool dilihat sebagai pilihan utama pemain itu.

Namun apa yang pasti Jude Bellingham atau Declan Rice tidak mungkin ke Liverpool dalam tempoh terdekat dan Nicolo Barella berada dalam kemungkinan untuk datang.

BACA:  "Sudah Ku Duga"- Teori Konspirasi Arteta Pergunakan Guardiola Untuk Dapatkan Rice