Dua Pemain Yang Paling Trent Mahu Lihat Sertai Liverpool

Pemain full-back Liverpool, Trent Alexander Arnold telah menamakan dua pemain yang akan beliau sangat mahukan untuk berada dalam skuadnya.

Semua sedia maklum, jendela perpindahan musim panas lalu memperlihatkan begitu banyak pasukan yang berbelanja besar untuk mendapatkan pemain baru.

Pasukan-pasukan dalam saingan Premier League juga tidak kurang hebatnya dalam berbelanja untuk mendapatkan pemain terbaik, dalam usaha untuk memperkuat skuad masing-masing.

Namun kegembiraan para penyokong melihat kelab mendapat pemain baru tidak dirasai oleh para penyokong Liverpool, yang jelas sekali tidak akan gembira melihat aktiviti kelab dalam pasaran pemain.

Para penyokong The Reds antara yang paling tidak gembira selepas berakhirnya jendela perpindahan beberapa musim kebelakangan ini.

Musim lalu merupakan musim yang sangat sukar untuk Liverpool, yang mana mereka bergelut dengan masalah kehilangan pemain yang dibelenggu masalah kecederaan.

Walaupun sudah ada pengalaman sukar menempuh aksi saingan liga tanpa ramai pemain utama, namun Liverpool sama sekali tidak menjadikan hal itu sebagai pengajaran.

Pada musim panas lalu, mereka seolah-olah tidak menganggap ada jendela perpindahan yang dibuka dengan The Reds tidak menandatangani pemain berprofil tinggi.

Ibrahima Konate merupakan satu-satunya pemain yang ditandatangani oleh skuad kendalian Jurgen Klopp itu, dengan mereka membayar £36 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Pada dua musim yang lalu, yang mana Liverpool pada ketika itu merupakan juara bertahan saingan Champions League, mereka langsung tidak menandatangani mana-mana pemain untuk skuad senior pada musim panas selepas bergelar juara Eropah.

Duit banyak-banyak nak buat apa? Beli pemain pun punya kedekut FSG ni kan?

Pada musim panas tahun lalu, Liverpool membeli Diogo Jota, Thiago Alcantara dan Kostas Tsimikas, namun tidak keterlaluan untuk menganggap yang mereka sebenarnya memiliki dana yang lebih dari cukup untuk dapatkan pemain lain lagi.

Jadi dari tiga jendela perpindahan musim panas sebelum ini, Liverpool sebenarnya tidak berbelanja dengan banyak dan mereka boleh dikatakan ‘underspent’.

Menang macam-macam tapi tak guna untuk beli pemain? Adakah duit itu digunakan oleh pemilik kelab untuk beli kelab hoki ais? (Sekadar berjangan-jangan).

Namun begitu, nasib sememangnya menyebelahi Liverpool dengan mereka walau tidak berbelanja besar, namun masih tetap mampu memberi cabaran dalam merebut kejuaraan liga musim ini.

Tak berbelanja besar pun dah boleh cabar liga, bayangkan kalau duit yang ada dibelanjakan dengan betul.

Walau bagaimanapun, seandainya Liverpool benar-benar mahu menandatangani pemain berprofil tinggi, siapa agaknya pemain yang akan mereka tandatangani?

Trent Alexander-Arnold turut ditanya soalan yang sama sebelum ini, dengan beliau telah memilih dua bintang Premier League, yang paling beliau impikan untuk melihat mereka menyarung jersi Liverpool.

Trent diminta untuk memilih dua pemain yang ada dalam saingan Premier League pada ketika ini, yang mahu beliau tandatangani untuk Liverpool.

Trent kemudiannya diam seketika, lalu beliau menjawab:

“De Bruyne dan Son.”

“De Bruyne kerana saya sangat meminati dia sebagai seorang pemain.”

“Vision dia, teknik dia, accuracy dia. Pemain yang sungguh menakjubkan. Assists dia dan peluang yang dia cipta sungguh mengujakan.”

Jelas Trent Alexander-Arnold.

“Son, sama juga, seorang pemain yang luar biasa menakjubkan. Kelajuan, penyudah, ketenangan dia.”

Sukar untuk dibayangkan bagaimana gempaknya skuad Liverpool seandainya mereka benar-benar berjaya untuk mendapatkan dua pemain yang Trent Alexander Arnold maksudkan.

Sudah tentu Liverpool bakal menjadi antara pasukan yang paling digeruni dalam dunia bola sepak, dan sangat cerah potensi untuk melihat mereka menjuarai saingan Premier League.

Trent dan Kevin De Bruyne jelas sekali memiliki kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan dan dengan adanya penyerang berkualiti di hadapan, sudah tentu mudah untuk mereka menambah koleksi assists masing-masing.

Son Heung-min pula jelas sekali bakal mencipta gandingan mantap bersama Salah dan Mane di hadapan, dan kemantapan tiga pemain ini sudah cukup untuk membuatkan pertahanan lawan menggigil ketakutan.

Namun begitu, ia hanyalah sekadar angan-angan dan sangat sukar untuk melihat hal ini menjadi kenyataan terutama memikirkan bagaimana kedekutnya pemilik Liverpool.

Mereka mungkin boleh mendapatkan khidmat Son Heung-min, namun tidak Kevin De Bruyne yang jelas-jelas memiliki gaji paling tinggi dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, tiada yang mustahil untuk berlaku dalam dunia bola sepak hari ini, siapa tahu Liverpool akan berjaya juga dapatkan dua pemain itu di masa hadapan.

Sumber: Anfield talk

BACA:  Son Heung-min Bidas Spurs Skuad Lembik Selepas Kalah Lagi