Legenda UFC, Anderson Silva dan Tito Ortiz dijadualkan akan bertemu dalam sebuah pertarungan epik di Fight Club pada 11 September nanti.
Bekas Juara middleweight UFC, Anderson Silva tidak dinafikan lagi sememangnya antara petarung terhebat dalam sejarah UFC, dengan beliau pernah mempertahankan kejuaraannya selama 2457 hari.
Petarung dari Brazil itu berjaya memenangi 10 perlawanan yang mempertaruhkan kejuaraannya ketika kariernya bersama UFC.
Anderson Silva and Tito Ortiz are looking to set up a boxing match with a targeted date of September 11, per @guicruzzz and @DamonMartin pic.twitter.com/8jNuC6lZiX
— Bleacher Report (@BleacherReport) August 11, 2021
Pada September ini, beliau akan turun bertarung dengan seorang lagi legenda terhebat sepanjang zaman dalam sejarah UFC.
Ortiz pernah mempertahankan kejuaraan light heavyweight miliknya selama tempoh 1260 hari, dengan memenangi lima perlawanan yang mempertaruhkan sabuk kejuaraan miliknya.
Beliau turut terkenal dengan sejarah perseteruannya bersama dua lagi legenda UFC Randy Couture dan Chuck Liddell sebelum ini.
Anderson akan membuat penampilan keduanya dalam gelanggang boxing, dengan beliau sebelum ini pernah menewaskan Julio Cesar Chavez Jr pada Jun lalu.
Kedua-dua mereka akan bertemu satu sama lain di malam yang sama dengan pertarungan antara Vitor Belfort bertemu Oscar de la Hoya.
UFC legends Anderson Silva and Tito Ortiz will clash in the boxing ring next month. 😳🥊#Triller | Full story: https://t.co/tBYfYoy01q pic.twitter.com/lpN60556yT
— MMA Junkie (@MMAjunkie) August 11, 2021
Sementara itu, Ortiz sebenarnya tidak pernah bertarung dalam gelanggang boxing, dengan petarung berusia 46 tahun itu sebelum ini hanya pernah mencabar Dana White untuk bertarung dengan Presiden UFC itu.
“Kami ketika itu sedang berada di dalam pesawat peribadi dan sedang dalam perjalanan ke Jepun, saya ketika itu bersama rakan kongsi saya Fertitta Brother’s, Tito Ortiz dan pengatur perlawanan kami pada ketika itu, Joe Silva.”
“Tito dan saya bergurau pada ketika itu dan dia mengunci leher saya.”
Jelas Presiden UFC itu pada Conan O’Brien.
Contracts have been signed for Anderson Silva to box Tito Ortiz in the co-main event of the Oscar De La Hoya vs. Vitor Belfort card on Sept. 11, Triller tells @MikeCoppinger 🥊
MMA Fighting first reported a bout was being targeted. pic.twitter.com/L9dUGCTB0g
— ESPN MMA (@espnmma) August 11, 2021
“Saya sudah tapping, tapi dia tak nak berhenti. Kamu sebenarnya boleh mendatangkan kecederaan teruk pada seseorang dengan mengunci leher dia, terutama sekali kalau orang itu besar dan kuat seperti Tito.”
“Saya kemudian terus menyerang bahagian rusuk dia, saya tumbuk bahagian rusuk dia dan ketika dia lepaskan saya, saya terus melompat dan memang berlaku pergaduhan besar di atas pesawat ketika itu.”
Triller sebelum ini mempromosikan kepulangan semula Mike Tyson ke gelanggang tinju pada tahun lalu, ketika Iron Mike beraksi bertemu Roy Jones Jr dalam satu perlawanan pertunjukan.
Mereka turut terlibat dalam mempromosikan pertarungan yang melibatkan Jake Paul, dengan Youtuber sensasi itu bertarung dengan Nate Robinson dan Ben Askren sebelum ini.
Anderson Silva sebelum ini turut pernah mencabar Logan Paul untuk bertarung dengannya, namun Youtuber sensasi itu menolak tawaran dari legenda UFC itu.
Kedua-dua Logan dan Jake ketika ini sedang benar-benar mencipta nama dalam dunia sukan tinju dengan mereka berjaya menganjurkan perlawanan-perlawanan yang boleh menghasilkan pendapatan cukup lumayan untuk petarung.
Anderson Silva and Tito Ortiz have both signed their contracts to meet in an eight-round cruiserweight boxing match that will serve as the co-main event of #DeLaHoyaBelfort, Triller tells @MikeCoppinger.
MMA Fighting first reported a bout was being targeted. pic.twitter.com/3Vhvul9tii
— ESPN Ringside (@ESPNRingside) August 11, 2021
Kerana hal itu jugalah ramai petarung mula mempertikaikan mengapa UFC tidak mampu membayar mereka dengan nilai yang sama seperti yang diterima oleh adik beradik Paul.
Dana White sebelum ini pernah mendedahkan mengapa bayaran sesetengah petarung itu sudah ditetapkan dan beliau sendiri menolak dakwaan Paul yang menganggap beliau ‘makan duit’ petarung.
Ramai bekas petarung UFC kini mengintai peluang untuk bertarung dengan dua beradik Paul itu kerana mereka sedar pulangan yang bakal diterima sungguh lumayan.
Sumber: SPORTbible