Dua Tahun Selepas Dibelasah 10-0 Dimana Kedudukan Pasukan Harimau Malaya?

Genap setahun selepas peristiwa memalukan di belasah UAE 10-0, apa perubahan yang berlaku kepada pasukan Malaysia? Apakah Ibrah yang diambil oleh FAM? Selepas perletakan jawatan Dollah Salleh seperti biasa senarai nama calon jurulatih dikeluarkan dan akhirnya Ong Kim Swee telah di pilih sebagai pengganti Dollah.

Bukan mahu merendahkan OKS tetapi dengan pengalaman yang beliau ada nyata jauh berbanding calon-calon yang disenarai pendekkan dan akhirnya pasukan Malaysia masih di takuk yang sama, rangking semakin teruk. FAM terus melakukan perkara yang seolah-olah mahu mencabar rancangan Maharaja Lawak Mega.

Dikatakan FAM menerima hampir 30 permohonan untuk menggantikan Dollah Salleh, antara nama besar yang dikhabarkan telah membuat permohonan seperti Pemain pertahanan Lagenda Chelsea Marcel Desaily, Bekas staff  kejurulatihan Alex Ferguson, Rene Meulesteen dan bekas penolong pengurus Mourinho di Chelsea, Ray Wilkins.

Daripada 30 permohonan hanya 3 disenarai pendek, Ong Kim Swee, Bojan Hodak dan Robert Alberts dengan alasan mereka bertiga mempunyai pengalaman dengan senario bolasepak Malaysia.

Perlawanan kononnya kelas AAA+ diatur FAM tetapi sekadar seri menentang pasukan yang berada diranking 195 dunia, Macau. Lebih perit lagi Macau hanyalah sebuah pasukan yang mempunyai pemain bertaraf amatur.

Pemain macau perlu menyara hidup dengan kerjaya tetap seperti guru, kerani dan penjawat awam di bandingkan dengan pemain Malaysia yang kononnya Profesional sehingga ada yang menerima gaji sehingga ratusan ribu ringgit sebulan.

pasukan macau
Gambar : Astro Awani

FAM tidak mengalah dalam usaha mencabar rancangan Maharaja Lawak Mega apabila terus mengatur perlawanan Pesahabatan Kelas AAAAAAAAAA++++XXXX menentang negara kepulauan Oceania iaitu Papua New Guinea, New Caledonia dan Fiji. Negara-negara di mana bolasepak bukan makanan ruji mereka.

Pada awal Februari 2016 FAM telah menukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia dengan slogan #tunjukkanbelangmu bagi memberi nafas baharu kepada skuad kebangsaan dan sehingga hari ini Harimau Malaysia masih sukar bernafas dan diharap tidak mampus begitu sahaja kerana belangmu belum ditunjukkan.

“Perkataan Malaya tidak menyeluruh. Saya harap Datuk Ong Kim Swee (pengendali pasukan kebangsaan) dapat bawa pasukan ke tahap maksimum,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika itu sambil mengumumkan peraduan mencipta logo skuad Harimau Malaysia.

Kebinatangan apakah Ibrah yang diambil FAM untuk bangkit dari peristiwa ini tidak tercapai oleh akal fikiran untuk di fikirkan. Dengan jadual liga yang huru-hara, perlawanan persahabatan yang mengarut apa lagi perlu di tagih?

UAE 10-0 Malaysia

Tanggal 3 September 2015 masih segar diingatan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 membabitkan pasukan UAE dan Malaysia di Stadium Mohamed Zayed, Abu Dhabi.

Perlawanan pada hari Khamis malam (Malam Jumaat) itu disaksikan secara Langsung melalui laman You Tube ekoran tiada siaran langsung di kaca televisyen tempatan menjadi kenangan abadi menyaksikan pasukan Harimau Malaya (nama ketika itu) memecahkan serta memperbaharui rekod kekalahan terburuk Malaysia tewas kepada New Zealand 8-2 dalam satu perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur kira-kira 50 tahun yang lalu.

Tanggal 3 September 2015 merupakan malam jumaat merupakan malam pahala dan Jimak bagi pasangan suami isteri tetapi bagi peminat Harimau Malaya (nama ketika itu) malam pahala ditukar kepada dosa dengan memaki hamun, sumpah seranah secara berjemaah samada di laman sosial, di dalam hati dan mungkin di halaman rumah apabila pasukan Malaysia tewas 10-0 kepada pasukan UAE.

Maka beruntunglah mereka yang sempat berjimak sebelum perlawanan.

Tanggal 3 September 2015 juga menyaksikan Dollah Salleh Jurulatih ketika itu memperbaharui rekod peribadi selaku pengendali Malaysia dimana pada 16 Jun 2015 Malaysia tewas 6-0 kepada Palestin.

Ramai yang kecewa bukan kerana kalah menjadi isu tetapi jumlah gol yang dilepas kan menjadi persoalan. Malaysia ketinggalan 5 gol selepas 30 minit pertama perlawanan dan tamat separuh masa pertama Malaysia ketinggalan 7 gol tanpa balas. Keputusan separuh masa pertama sahaja sudah cukup untuk membuat penyokong terkedu lalu terkentut.

Pada malam tersebut UAE memulakan pesta dengan jaringan gol pertama pada minit ke-16, sebelum berterusan menambah gol pada minit 22, 24, 25, 29, 33 dan 39 untuk menamatkan separuh masa pertama dengan penuh gaya.

Bersambung separuh masa kedua UAE terus menambah gol pada minit 70, 76 dan 78 untuk melengkapkan kemenangan 10 gol tanpa balas dan tanpa tentangan. Pemain nombor 10 UAE pada malam itu, Omar Abdulrahman mencuri tumpuan dan menjadi duri dalam daging pasukan Malaysia dan Dollah Salleh menyifatkan kehebatan Omar telah “membunuh” setiap pemain kendaliannya.

Rekod Kekalahan Terbesar Malaysia
Gambar : Astro Awani

Kekalahan tersebut nyata memberi tamparan hebat kepada Dollah Salleh sehingga gagal menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan mengatakan tidak tahu apa yang terjadi.

“Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.

“UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain No 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata ‘membunuh’ setiap pemain kami.

“Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri. Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah.

“Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia.

“Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.

“(Ditanya adakah dirinya akan meletak jawatan) Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Ekoran kekalahan yang memberi kemaluan yang besar tanpa memerlukan minyak lintah itu, Dollah Salleh meletak jawatan dan tugas itu di pangku Ong Kim Swee untuk perlawanan menentang Arab Saudi seminggu kemudian iaitu pada 8 September 2016.

Pada perlawanan menentang Arab Saudi itu penyokong yang di kepalai Ultras Malaya telah menyambut hari Raya Aidiladha lebih awal dengan membuat pesta dengan membakar suar, bunga api dan mercun ketika perlawanan sedang berlangsung.

Akibatnya Arab Saudi diberi kemenangan percuma dan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) didenda RM180,000 serta bermain tanpa penonton.

Baca : Rakaman Penyokong Membakar Suar dan Mercun Roket Semasa Perlawnan Malaysia VS Arab Saudi

Semua itu kisah lama dan detik hitam bola sepak Malaysia. Kini, FAM di bawah kepimpinan baru yang penuh berintegriti lagi terbuka menjadikan bola sepak Malaysia semakin bersinar dan bernafas kembali. Harimau Malaysia juga kembali kepada Harimau Malaya.

Rangkuman Perlawanan UAE 10-0 Malaysia

Video ini mengandungi visual yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

Baca Juga

Baca Juga