Dunia Terkejut dan Tidak Percaya Bagaimana Haaland Boleh Terlepas Peluang Ini

Seluruh dunia bola sepak masih terkejut dan tidak percata bagaimana pemain penyerang bereputasi tinggi seperti Erling Braut Haaland boleh terlepas peluang terbuka ketika gawang terbuka luas.

Erling Braut Haaland hampir hilang dalam perlawanan ini dan peluang yang tercipta pula gagal disudahkan antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan Manchester City kepada Liverpool.

Haaland memperoleh peluang keemasan untuk membuka akaun jaringan dalam debut bersama Manchester City tetapi telah dipersia-siakan dengan sebaik mungkin.

Rembatan Phil Foden telah berjaya dihadang oleh penjaga gol Liverpool, Adrian pada masa kecederaan dan hadangan Adrian masih lagi meletakkan bola dalam bahaya.

Haaland ketika itu berjaya lolos dari kawalan James Milner dan Joel Matip serta dalam masa yang sama Adrian masih lagi terbaring di tanah hanya mampu berdoa sahaja.

Namun rembatan sekuat hati daripada Haaland itu terlebih power dan bola menyentuh sedikit palang lalu hampir tegak jugalah menuju ke bulan.

Haaland hanya mampu meletakkan tangan ke muka, berlalu pergi sambil tersengih tidak percaya dengan kegagalannya menyudahkan peluang terbuka.

Mungkin Haaland hanya mampu menyedapkan hatinya dengan berkata ‘Kalau masuk pun kalah jugak! Masa nak habis dah kot.’

Untuk tempoh 45 minit pertama, Erling Braut Haaland hanya menyentuh bola sebanyak 8 kali sahaja dan situasi ini menimbulkan kegusaran walaupun masih awal untuk menilai prestasi Haaland.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai City dalam perjanjian perpindahan bernilai £51 juta awal bulan ini dari Borussia Dortmund dan sudah pasti akan mengetuai barisan pasukan Pep Guardiola.

Haaland telah menempa nama selaku pemain penyerang yang prolifik ketika bersama RB Salzburg dan Borussia Dortmund, tetapi ia mungkin akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.

Ia terbukti dalam 45 minit pembukaan di Stadium King Power yang menyaksikan pemain antarabangsa Norway itu hampir tidak terlibat dan hilang dalam perlawanan.

Haaland dikawal dengan baik oleh pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk dan Joel Matip pada sebahagian besar separuh masa dan Liverpool mendahului 1-0 pada rehat.

Walaupun begitu, Haaland berjaya mencipta dua peluang untuk dirinya hanya selepas setengah jam tetapi gagal diterjemah sebagai gol untuk disorak.

Dia berjaya mewujudkan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol Liverpool, Adrian tetapi melepaskan tembakannya terus ke arah penjaga gol Sepanyol itu.

Beberapa saat kemudian, dia gagal melakukan sentuhan yang kemas dari hantaran silang Joao Cancelo dan melihat percubaannya berputar tinggi ke udara.

Sebelum ini Haaland pernah memuji Manchester City ketika mengenang kembali ketika dia masih bersama Dortmund dan menentang City di Champions League.

Dalam perlawanan itu Haaland gagal menyentuh bola selama 25 minit dan kini bersama City perkara hampir sama terjadi. Adakah Haaland masih terkesima walaupun sudah bersama City.

Rakan sepasukan Haaland, Julian Tavarez yang melakukan debut diseparuh masa kedua berjaya menjaringkan gol dan situasi ini pasti menambah tekanan kepada Haaland.

Darwin Nunez tonggak baru Liverpool yang yang sentiasa dibandingkan dengan Haaland juga berjaya menepati jangkaan dengan aksi cemerlang walaupun beraksi selama 30 minit sahaja dengan satu gol.

Statistik dipamerkan oleh Nunez sangat membanggakan apatah lagi bertemu lawan sekuat dan sekental Manchester City, Nunez lebih banyak melakukan percubaan (4) berbanding hantaran (3).

Liverpool 3-1 Manchester City

Community Shield bagi musim 2022/23 telah pun berlangsung dengan menemukan pasukan juara Premier League. Manchester City menentang bakal juara semua piala musim ini, Liverpool yang merupakan juara Piala FA.

Berlangsung Community Shield atau Perisai Masyarakat ini menjadi satu perlambangan bahawasanya musim baharu Premier League akan bermula kurang seminggu lagi.

Bagi pasukan yang bertanding merebut perisai masyarakat, perlawanan ini boleh diangap sebagai penutup sebenar kepada jelajah pra-musim pasukan.

Perlawanan antara yang dinanti peminat bola sepak bagi melihat adaptasi Erling Braut Haaland bersama City dan juga Darwin Nunez yang memegang tanda harga yang tinggi.

Permainan pressing bertekanan tinggi dipamerkan menyaksikan tiada aksi menarik yang ditampilkan untuk tempoh 20 minit pertama.

Selepas perlawanan penuh membosankan akhirnya Liverpool mencipta bahaya namun mudah dipatahkan Manchester City.

Tidak lama selepas itu Liverpool berjaya di hadapan melalui jaringan Trent Alexander Arnold.

Liverpool saling bertukar hantaran dan berlegar di kawasan Manchester City, hantaran Mohamed Salah kepada Trent Alexander Arnold.

Tanpa berlengah Trent Alexander Arnold cuba melakukan hantaran namun terkena kepala Nathan Ake yang terus menerjah jaring.

Kemudian permainan kembali membosankan di mana Manchester City melakukan satu dua percubaan namun gagal menghasilkan gol.

Gol Trent Alexander Arnold pada minit ke-21 kekal hingga tamat 45 minit pertama.

Kemunculan yang dinanti tiba apabila Darwin Nunez dimasukkan menggantikan Roberto Firmino pada minit ke-59. Julian Alvarez membuat penampilan dengan masuk menggantikan Riyad Mahrez.

Manchester City berkerja keras mencari gol penyamaan, Erling Braut Haaland memperoleh beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal disudahkan.

Pada minit ke-70 Julian Alvare berjaya menyamakan kedudukan namun video assistant referee (VAR) campur tangan kerana ada unsur subahah untuk gol itu.

Selepas penelitian dilakukan maka VAR telah mengekalkan keputusan dan gol Julian Alvarez telah disahkan untuk kedudukan kembali seimbang.

Ketika perlawanan berbaki 7 minit, Liverpool memperoleh sepakan penalti yang pada mulanya tidak diendahkan pengadil namun campur tangan video assistant referee (VAR) telah mengubah keputusan awal pengadil.

Dalam pemerhatian lanjut VAR jelas kelihatan bola telah terkena tangan Ruben Dias untuk sepakan penalti buat Liverpool walaupun Dias membantah keras keputusan pengadil.

Mohamed Salah tiada masalah untuk menjaringkan penalti walaupun Ederson Morais hampir saja membuat penyelamatan namun sepakan Salah terlalu laju.

Manchester City mula menekan butang panik untuk kembali menyamakan kedudukan dan berusaha keras untuk mencari gol yang diperlukan tetapi sebaliknya terjadi.

Darwin Nunez yang agak dipertikaikan prestasinya lantaran tanda harga yang tinggi membuktikan pembeliannya adalah tepat dengan menjaringkan gol ketiga.

Hantaran melalui sundulan dari Andrew Robertson berjaya disudahkan Darwin Nunez juga melalui kepala dan gol itu diraikan dengan bukaan baju mempamerkan susuk tubuh yang berketak-ketak.

Gol penghujung perlawanan dari Nunez ini terus membunuh perlawanan dan kerana keraiannya itu, Darwin Nunez telah dilayangkan kad kuning.

Darwin Nunez menjadi pemain keempat Liverpool yang menjaringkan gol dalam debut dibawah Jurgen Klopp selepas Sadio Mane, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.

Kemenangan mutlak buat Liverpool yang sememangnya memulakan musim 2022/23 dengan langkah kanan bagi menjadi juara semua kejohanan musim ini.

Kesebelasan utama Liverpool (4-1-2-3) Adrian; Trent Alexander-Arnold, Joel Matip, Virgil van Dijk, Andrew Robertson; Fabinho; Jordan Henderson, Thiago; Mohamed Salah, Roberto Firmino, Luis Diaz.

Pemain simpanan : Davies, Joe Gomez, Ibrahima Konate, James Milner, Naby Keita, Jones, Harvey Elliott, Darwin Nunez, Carvalho.

Kesebelasan utama Manchester City (4-1-2-3) Ederson; Kyle Walker, Dias, Ake, Cancelo; Rodri; De Bruyne, Bernardo; Mahrez, Haaland, Grealish.

Pemain simpanan : Ortega Moreno, Phillips, Stones, Gundogan, Alvarez, Foden, Mbete, Palmer, Wilson-Esbrand.

BACA:  [VIDEO]: Walker Dan Haaland Mengamuk Dengan Jurulatih Arsenal Selepas City Tewas