€1.26 Bilion – England Skuad Paling Bernilai Di Piala Dunia 2022

Dengan jumlah €1.26 bilion bersamaan nilai tukaran semasa RM5.95 bilion, England telah muncul sebagai skuad paling bernilai di Piala Dunia 2022, paling tinggi dalam 32 pasukan bertanding.

Nilaian ini adalah berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Transfermarkt berdasarkan harga pasaran semasa pemain.

Hanya Brazil dan Perancis yang melepasi jumlah nilaian €1 bilion selain dari England, ini tidak mengejutkan memandangkan mereka mempunyai banyak pilihan pemain bagi setiap posisi.

Brazil berada ditempat kedua dengan nilai €1.14 bilion manakala pasukan juara bertahan, Perancis pula ditangga ketiga dengan nilai €1.08 bilion.

England, bagaimanapun, mengatasi kedua-duanya dengan dua pemain masing-masing bernilai lebih €100 juta. Pemain tengah Manchester City dan Borussia Dortmund Phil Foden dan Jude Bellingham masing-masing mencecah €110 dan €100 juta.

Kapten England, Harry Kane masuk sebagai pemain ketiga termahal mereka dengan nilai €90 juta.

Penjaga Gol

Aaron Ramsdale (Arsenal) – €30 juta
Jordan Pickford (Everton) – €28 juta
Nick Pope (Newcastle United) – €18 juta

Pertahanan

Trent Alexander-Arnold (Liverpool) – €70 juta
Benjamin White (Arsenal) – €45 juta
Eric Dier (Tottenham Hotspur) – €30 juta
Harry Maguire (Manchester United) – €30 juta
John Stones (Manchester City) – €30 juta
Luke Shaw (Manchester United) – €28 juta
Conor Coady (Everton) – €18 juta
Kyle Walker (Manchester City) €15 juta
Kieran Trippier (Newcastle United) – €13 juta

Tengah

Jude Bellingham (Borussia Dortmund) – €110 juta
Phil Foden (Manchester City) – €100 juta
Declan Rice (West Ham United) – €80 juta
Mason Mount (Chelsea) – €75 juta
James Maddison (Leicester City) – €45 juta
Kalvin Phillips (Manchester City) – €45 juta
Conor Gallagher (Chelsea) – €32 juta
Jordan Henderson (Liverpool) – €15 juta

Penyerang

Harry Kane (Tottenham Hotspur) – €90 juta
Bukayo Saka (Arsenal) – €90 juta
Raheem Sterling (Chelsea) – €70 juta
Jack Grealish (Manchester City) – €70 juta
Marcus Rashford (Manchester United) – €55 juta
Callum Wilson (Newcastle United) – €18 juta

Pengurus pasukan England, Gareth Southgate telah menamakan skuad England yang disertai 26 pemain untuk Piala Dunia Qatar 2022 yang ditunggu oleh peminat bola sepak seluruh dunia.

Entah kenapa England sentiasa menjadi bualan peminat bola sepak, mungkin kerana populariti Premier League dan media England yang menjadi rujukan media seluruh dunia.

Skuad itu diumumkan pada petang Khamis lalu sebelum pemain tiba di kem pada pagi Isnin selepas perlawanan terakhir kelab domestik hujung minggu.

Jordan Henderson dan Raheem Sterling berada dalam senarai yang akan turut menyertai senarai terkenal pemain England yang pernah bertanding di tiga Piala Dunia.

Southgate telah memilih pasukan dengan gabungan pemain muda dan berpengalaman, dengan 13 pemain bersedia untuk Piala Dunia pertama mereka.

Tiga lagi menuju ke kejohanan utama senior sulung mereka iaitu Conor Gallagher, James Maddison dan Callum Wilson.

Conor Gallagher adalah seorang juara kerana mempunyai pingat Piala Dunia bawah 17 tahun pada tahun 2017, Phil Foden turut dinamakan antara pemain untuk kejohanan itu.

Pada Piala Dunia 2018, England mempunyai skuad kedua termuda apabila mencapai purata umur 26 tahun dan Three Lions telah menamakan satu lagi kumpulan pemain muda, dengan purata umur 26.4.

Pengurus Three Lions itu telah menamakan tiga penjaga gol, lapan pemain pertahanan, enam pemain tengah dan lapan penyerang dalam skuadnya, walaupun perlu diperhatikan fleksibiliti dalam skuad dengan pemain di setiap bahagian yang mampu bermain di beberapa posisi lain.

Perlawanan pembukaan Kumpulan B Three Lions menentang Iran di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Isnin 21 November 2022.

Perlawanan kedua England menyaksikan mereka menentang Amerika Syarikat pada Jumaat 25 November di Stadium Al Bayt sebelum perlawanan ketiga Kumpulan B menentang negara jiran Wales pada Selasa 29 November di Stadium Ahmad bin Ali .

Kejohanan itu akan berlangsung pada Isnin 21 November apabila tuan rumah Qatar menentang Ecuador dan Perlawanan Akhir berlangsung pada Ahad 18 Disember.

BACA:  Portugal Umum Skuad Rasmi Piala Dunia 2022