Barcelona melancarkan bidaan untuk mendapatkan pemain tengah Manchester United, Paul Pogba dengan pakej tawaran €50 Juta bersama pertukaran dua pemain Yerry Mina dan Andre Gomes dalama usaha untuk memperkasakan kembali skuad Catalan itu.
Peminat dan penyokong Setan Merah telah melabel tindakan Barcelona itu sebagai ‘biadap’ dan ‘meneydihkan’. Manchester United sendiri tidak mahu menjual pemain yang penting dan berharga buat kelab.
https://twitter.com/utdxtra/status/1026559954197594112
Barcelona signed Coutinho for a reported €140m and Ousmane Dembélé for a reported €105m. To bid €50m + two players they have been open to moving the entire summer for a player like Paul Pogba seems incredibly disrespectful. To both the player and Man United. Very bizarre.
— Jonas Giæver (@CheGiaevara) August 6, 2018
Super Ejen, Mino Raiola yang mewakili Paul Pogba sebelum ini telah dilaporkan mengadakan perbincangan dengan pasukan Barcelona bagi memastikan pemain yang diuruskannya itu akan berhijrah ke Nou Camp.
Pogba dikatakan berjauhan hati dengan pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang bermulut puaka sesuka hati mengkriti Pogba kerana tidak memberikan yang terbaik ketika bersama kelab seperti dilakukan bersama Perancis.
Barcelona’s bid for Paul Pogba of €50 million plus Yerry Mina and Andre Gomes must have been done by the work experience boy for a laugh on his last day…
— Sam Pilger (@sampilger) August 6, 2018
Pemain tengah Manchester United itu yang merupakan pemain skuad juara Piala Dunia 2018 bersama Perancis menjadi perhatian kelab besar dan sebelum ini Juventus dikatakan berminat tetapi sepi.
Barcelona agak sibuk menyailang pemain lawan pada pasaran perpindahan kali ini dan setakat ini telah mengikat Arthur, Clement Lenglet dan Malcom serta yang terkini pemain tengah Bayern Munich, Arturo Vidal.
https://twitter.com/utdxtra/status/1026559954197594112