Eden Hazard Mahu Capai Tahap Lionel Messi & Cristiano Ronaldo

Pemain sayap Chelsea, Eden Hazard sedar beliau perlu menampilkan persembahan yang cemerlang dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona awal pagi esok untuk diangkat setaraf dengan pemain terbaik dunia yang lain seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Barcelona akan berkunjung ke Stamford Bridge awal pagi nanti dalam pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah dan pemain antarabangsa Belgium berharap beliau mampu mencapai keputusan yang berlainan berbanding ketika perlawanan terakhir menentang pasukan Messi.

Untuk menjadi pemain terbaik dunia, you’ve to beat the best

Untuk rekod kali terakhir Jazard dan Messi berkongsi padang yang sama adalah pada Piala Dunia Brazil 2014 di mana Argentina menyingkirkan Belgium di peringkat suku akhir dengan jaringan 1-0.

Ketika bercakap kepada pemberita menjelang pertemuan di Stamford Bridge awal pagi nanti, Hazard mengingatkan kepada umum mengenai persembahan cemerlang beliau dalam peringkat kumpulan menentang Atletico Madrid beberapa bulan yang lepas, tetapi beliau sedar dirinya masih lagi berada di belakang pemain terbaik dunia yang lain.

“Saya pernah bermain menentang Messi sekali ketika Piala Dunia dan Belgium kalah perlawanan tersebut. Saya berharap keputusan esok bukan keputusan yang sama.”

Perlawanan yang berakhir dengan air mata Hazard

“Saya gembira dibandingkan dengan pemain terbaik sepanjang zaman, Messi atau Ronaldo. Tetapi saya adalah pemain yang berbeza dengan mereka.”

“Mereka juga bermain di liga yang berlainan. Saya melakukan kerja sendiri untuk cuba mencapai tahap mereka berdua kerana mereka adalah pemain terbaik dunia. Saya cuba melakukan sehabis baik setiap musim.”

“Apabila beraksi dalam perlawanan besar sebegini, saya perlu menyerlah. Jika kamu mahu menjadi antara pemain terbaik dunia, kamu perlu beraksi baik dalam perlawanan ini.”

“Saya cuba menampilkan bolasepak yang terbaik dalam setiap perlawanan, setiap minggu dalam Liga Perdana Inggeris. Tahun lepas kami tidak bermain dalam Liga Juara-Juara tetapi tahun ini kami kembali. Saya bermain baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini seperti Atletico Madrid di tempat lawan dan juga AS Roma.”

Masih gembira di Chelsea, tetapi musim panas nanti mungkin cerita lain pula yang bakal berlaku

“Saya mahu menyerlah ketika berhadapan pemain terbaik dunia. Jika saya mahu mencapai tahap Messi, saya perlu menampilkan persembahan yang cemerlang esok.”

Hazard turut dikaitkan dengan perpindahan ke La Liga beberapa tahun kebelakangan ini untuk menyertai Real Madrid. Walaubagaimanapun, bekas pemain Lille ini mengakui beliau gembira untuk terus kekal di Chelsea. Chelsea di hatiku.

“Saya sudah bermain bersama Chelsea selama 6 tahun. Saya gembira disini. Saya mempunyai baki 2 tahun kontrak di Chelsea. Keluarga saya turut gembira di sini. Saya hanya mahu fokus terhadap bolasepak sehingga tamat musim ini.”

BACA:  Rasmi: Philippe Coutinho Kini Bergelar Pemain Barcelona