Edinson Cavani Kecewa Kerana Tidak Dibenarkan Sertai Skuad Kebangsaan Uruguay

Penyerang Manchester United, Edinson Cavani dilihat sangat kecewa selepas Premier League pada awal minggu ini mengumumkan yang para pemain tidak dibenarkan pergi ke negara zon-merah.

Premier League memutuskan hal tersebut kerana kebimbangan mereka berkait tempoh waktu kuarantin yang perlu dilalui oleh para pemain seandainya memasuki negara zon-merah.

Cavani meluahkan rasa kecewa beliau dengan hal itu, dengan berkongsi tangkap layar berita pengumuman tersebut di laman instagram miliknya, dengan meletakkan tanda soal pada gambar tersebut.

Kesemua 20 pasukan yang beraksi dalam saingan Premier League sudah menyatakan persetujuan masing-masing berkait cadangan tersebut.

CEO Premier League, Richard Masters menyatakan yang beliau faham dengan kekecewaan yang dirasakan oleh bintang Uruguay itu.

Beliau turut merasakan hal yang sama dengan 60 lagi pemain lain yang terlepas kesempatan untuk beraksi bersama negara seperti Argentina, Brazil, Uruguay dan Egypt.

Kesemua negara tersebut disenaraikan sebagai negara zon-merah dan para pemain dari zon tersebut tidak dibenarkan untuk kembali skuad kebangsaan masing-masing.

“Kelab-kelab Premier League senantiasa menyokong pemain mereka, keinginan mereka untuk mewakili negara masing-masing, ini merupakan hal sangat membanggakan bagi semua pihak.”

“Walau bagaimanapun, kelab walau tidak sanggup, namun perlu memutuskan untuk tidak melepaskan para pemain mereka atas alasan kerana melihat situasi yang tidak begitu baik ini.”

“Kuarantin wajib bermaksud kebajikkan dan kecergasan para pemain akan sangat terjejas. Kami faham cabaran yang wujud dalam kalender antarabangsa dan kekal terbuka untuk mencari jalan penyelesaian.”

Pemain berusia 34 tahun itu bakal terlepas aksi kelayakan Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Uruguay bertemu Bolivia dan Ecuador.

Dengan usianya yang sudah semakin lanjut, Cavani merasakan yang beliau sudah tidak mempunyai waktu yang banyak untuk berkhidmat bersama skuad kebangsaannya.

Beliau tentunya mahu meninggalkan legasi yang cemerlang selepas segala sumbangannya bersama Uruguay setakat ini di pentas bola sepak antarabangsa.

Bekas penyerang PSG itu telah menjaringkan 53 gol dari 123 perlawanan untuk Uruguay sepanjang kariernya, dan beliau tentunya mahu menambah baik rekod tersebut.

Selain Cavani, para pemain lain terutama dari Amerika Selatan turut merasa kecewa kerana tidak dibenarkan untuk pulang sertai skuad kebangsaan masing-masing.

Tempoh kuarantin wajib sememangnya bakal merencatkan perjalanan pemain pada musim ini, dan sepertinya Premier League sudah membuat keputusan yang tepat untuk mengawal situasi tersebut.

Selepas dua perlawanan dalam saingan liga musim ini, Cavani masih belum diturunkan beraksi dalam skuad utama Manchester United.

Para peminat sudah rindu dengan aksinya dan berharap agar beliau akan kembali beraksi dan terus menjaringkan gol untuk setan merah.

Dari dua perlawanan, United berjaya mencatatkan kemenangan besar 5-1 menewaskan Leeds United pada perlawanan pembukaan saingan liga, minggu lalu.

Setan merah kemudiannya hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Southampton kemarin, dan terpaksa berpuas hati sekadar mengutip satu mata sahaja.

United tentunya mahu memastikan mereka kembali menemui rentak kemenangan selepas ini, kerana mereka menyasarkan untuk mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

Keciciran mata jelas sekali akan memberi impak negatif dan bakal menyulitkan laluan United untuk terus mencabar kedudukan sebagai Juara saingan Premier League musim ini.

Sumber: SB

BACA:  Premier League 2021/22: Liverpool 1-1 Chelsea