Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy mengakui yang beliau sebenarnya masih terkesan dengan isu berkait kegagalan beliau memenangi anugerah Ballon d’Or baru-baru ini.
Mendy dikatakan antara calon pilihan ramai untuk memenangi anugerah Ballon d’Or sebelum ini, namun sayangnya beliau gagal untuk membawa pulang anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.
Pemain berusia 29 tahun itu berjaya menjuarai saingan UEFA Champions League bersama skuad Chelsea tahun lalu dengan beliau memainkan peranan penting dalam sistem kendalian Thomas Tuchel.
Edouard Mendy:
"There have been some incredible moments and there have been some moments that have been more difficult. After the Ballon d’Or, I think that even if you try to rise above it, unconsciously you are still affected by it."
[via @ChelseaFC]
— Absolute Chelsea (@AbsoluteChelsea) June 17, 2022
Dan walau dianggap sebagai pemain paling berprestasi dan calon kegemaran untuk memenangi anugerah tersebut, namun hal itu sama sekali tidak menjadi kenyataan.
Gianluigi Donnaruma yang ketika itu baru sahaja membantu Itali menjuarai saingan Euro 2020 berada dalam senarai tersebut dan hal itu menambah lagi kekecewaan pada Mane.
Mendy mendedahkan yang beliau sangat kecewa dengan keputusan itu dan hal itu masih mengganggu beliau sehingga ke hari ini.
“Ada ketika kita akan melalui hal yang menakjubkan dan ada ketika memang kita akan melalui kesukaran.”
Jelas Mendy ketika bercakap tentang kariernya di Stamford Bridge.
JUST IN: The African Ballon d'OR ceremony should take place in July in Morocco, there could even be 2, that of 2020 & 2021. Édouard Mendy will win the 2020 African Ballon d'OR whiles Sadio Mané will win the 2021, that's what is likely. 🇸🇳🥇 @QuotidienSN pic.twitter.com/wtfOiMO5mz
— Ēñøçk Købiñä Ëssël Sãrkøbìñä Mäkåvïlé (@Sarkobina) June 12, 2022
“Selepas Ballon d’Or, saya rasa jika saya berusaha untuk naikkan semangat, dalam tak sedar hal itu sebenarnya sangat mengganggu saya. Tapi hal itu juga satu pengalaman baru untuk saya.”
“Kamu kena belajar dari setiap cabaran dan saya belajar cara tentang bagaimana untuk mengendalikan hal itu.”
“Ini adalah hal yang saya lalui dan menjadikan saya seseorang yang lebih baik walau ketika saya sedang berdepan masalah.”
Pemain kebangsaan Senegal itu kemudiannya turut berjaya membantu Senegal menjuarai saingan AFCON pada Februari lalu.
Mendy berjaya memenangi Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan AFCON dan kerana itulah ramai yang merasakan beliau selayaknya untuk memenangi anugerah itu.
La cérémonie du ballon d’or africain aura lieu le 14 juillet à Casablanca 🇲🇦
• Édouard Mendy recevra le ballon d’or 2020
• Sadio Mané recevra le ballon d’or 2021 pic.twitter.com/iUNZ9qRBmp
— Coupe d’Afrique des Nations 2023 🏆🇨🇮 (@CAN2023off) June 13, 2022
Mendy kemudiannya turut mendedahkan tentang perjalanan kariernya yang meningkat naik sejak beliau menyertai Chelsea pada tahun 2020 yang lalu.
“Saya juga menikmati detik-detik menakjubkan dalam saingan AFCON dan Champions League, Super Cup, menang piala ketika kamu berhak, ia membuat kamu ketagih dan menjadikan kamu seseorang yang lebih berdaya saing.”
“Untuk kejiranan saya di Caucriauville dan di Le Havre, ia merupakan kejayaan yang menakjubkan dan boleh membanggakan rakyat Senegal.”
🚨 La cérémonie du Ballon d’OR africain devrait se dérouler en juillet au Maroc, il pourrait même y en avoir 2, celui de 2020 & 2021.
Édouard Mendy pour 2020, Sadio Mané pour 2021, c’est ce qui est probable. 🇸🇳🥇 / @QuotidienSN. pic.twitter.com/xj8hwU6T2E
— L’EUROPE DES 5 ⚽️⚽️ (@ndiayefallou44) June 12, 2022
“Saya nampak mereka menari di jalanan, berpesta dan bergembira bersama-sama, ia memang menarik dan saya nampak ada yang memakai gambar saya serta menggunakan nama saya, ia benar-benar satu kepuasan untuk saya.”
Persembahan Mendy pada musim lalu agak merosot terutama pada akhir-akhir musim dan hal itu sedikit sebanyak merisaukan kem Chelsea.
Mendy pada ketika ini sedang mempersiapkan diri bersama skuad The Blues untuk menghadapi saingan musim baharu nanti.
Chelsea dikatakan akan mempersiapkan skuad terbaiknya pada musim baharu nanti dan mereka bertekad mahu memberi saingan kepada Manchester City dan Liverpool dalam perebutan gelaran liga.
🔴CAF :La cérémonie du Ballon d’or africain devrait finalement se dérouler en juillet prochain au https://t.co/q7nOj1vVnr l’instance du football africain aurait décidée de primer les meilleurs joueurs africains de 2021 et de 2022 .Mendy et Mané sont naturellement les favoris . pic.twitter.com/dVWlR0nczt
— Stades Football Club (@StadesC) June 12, 2022
Thomas Tuchel ketika ini sedikit bimbang melihat jadual mereka pada awal musim hadapan, namun beliau bertekad mahu membantu Chelsea untuk mengutip sebanyak mata yang boleh.
Sumber: SPORTbilbe