Edouard Mendy Terus Jadi Mangsa, Kali Ini Dirompak Donnarumma?

Penjaga gol Chelsea Edouard Mendy terus menjadi mangsa, kali ini menjadi mangsa rompakan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma yang telah memenangi Yashin Trophy.

Gianluigi Donarumma menjadi pemenang Yashin Trophy tahun 2021 sekaligus menobatkan penjaga gol Paris Saint Germain ini sebagai penjaga gol terbaik dunia ketika ini dan merupakan pemenang kedua sejak di perkenalkan pada 2019.

Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or 2019 yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis khas untuk penjaga gol yang sering dianaktirikan dalam anugerah bola sepak.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy pada 2019.

Gianluigi Donarumma telah menewaskan penjaga gol handalan lain seperti Edouard Mendy, Jan Oblak, Ederson, Manuel Neuer dan ramai lagi.

Namun ada yang mempertikaikan kenapa Edouard Mendy tidak dipilih sebagai pemenang lantaran rekodnya yang cemerlang bersama Chelsea dan Senegal.

Kebelakangan ini, Edouard Mendy sering dilihat menjadi mangsa keadaan apabila gambarnya digunakan oleh media yang tersilap apabila melaporkan kes salah laku oleh pemain Manchester City, Benjamin Mendy.

Selepas itu Edouard Mendy telah menghentam FIFA di laman media sosial kerana merasakan ada kesilapan aneh yang dilakukan oleh pasukan media FIFA dalam satu muat naik mereka di laman instagram.

Muat naik tersebut menunjukkan lima penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini, yang menjadi calon akhir anugerah FIFA Best bagi kategori penjaga gol terbaik.

Mendy, Manuel Neuer, Gianluigi Donnarumma, Kasper Schmeichel dan Alisson Becker merupakan lima penjaga gol yang ada dalam gambar tersebut.

Walau bagaimanapun, ada yang aneh dengan gambar tersebut kerana kesemua empat penjaga gol lain dalam gambar itu dilihat memakai jersi kebangsaan masing-masing.

Sementara Mendy pula, gambar beliau yang ada dalam muat naik tersebut adalah gambar ketika beliau hanya memakai ‘training under-top’ sahaja.

Pemain berusia 29 tahun itu berhak untuk rasa bengang melihat gambar itu, kerana ia seolah-olah ada unsur penindasan terhadap negara yang beliau wakili, Senegal.

Senegal kini akan beraksi di pusingan play-off untuk menentukan adakah mereka bakal layak atau tidak untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Benarkah Mendy dirompak Donnarumma?

Setiap kali tiba anugerah bola sepak dan pemenang diumumkan akan ada saja yang mempertikaikan kenapa pemain itu dan pemain ini tidak menang walaupun secara statistiknya lagi padu.

Lionel Messi yang menjadi pemenang Ballon d’Or juga dipertikaikan kemenangannya lantaran prestasi buruk Barcelona tapi masih bergelar penjaring terbanyak tetapi cemerlang bersama Argentina.

N’Golo Kante, Robert Lewandowski dan Jorginho dilihat pada mata ramai terlebih layak untuk menang berbanding Lionel Messi.

Situasi yang sama terjadi kepada Eduoard Mendy yang sebenarnya bukan sahaja dirompak Donnarumma malah terlebih awal dirompak oleh penganjur anugerah Ballon d’Or sendiri.

Dalam senarai 30 calon akhir Ballon d’Or nama Eduoard Mendy langsung tidak tercalon dan hanya berada dalam senarai akhir Yashin Trophy yang dimenangi Donnarumma.

Edouard Mendy dianggap sebagai salah satu nama tercicir yang paling tidak munasabah dalam sejarah Ballon d’Or. Ini selepas prestasi cemerlang penjaga gol Senegal itu ketika bersama dengan Chelsea sejak dua musim lalu.

William Hill tampil dengan statistik yang mencabar keputusan Ballon d’Or tidak menyenaraikan Mendy dalam senarai akhir atau sekurang kurangnya 30 senarai pendek untuk calon akhir Ballon d’Or 2021.

Edouard Mendy malah sebelum ini tertanya tanya, dia mungkin akan berada dalam 30 senarai calon akhir itu jika dia lahir di Perancis?

Mungkin Ballon d’Or terlepas pandang kepada Mendy kerana dia tidak beraksi dalam Euro? Kata Mendy lagi.

“Adakah ini adil untuk Senegal?” soal Mendy.

“Perkara seperti ini memberikan motivasi kepada saya untuk bekerja lebih keras. Jujur, saya sendiri tertanya tanya [kenapa namanya tiada dalam senarai 30 akhir].”

“Jika saya bermain untuk Perancis dan bermain dalam Euro, mungkinkah kita akan ada perdebatan dan tanggapan seperti ini?”

Dalam rekod, terdapat kira kira 130 orang penjaga gol yang bermain sekurang kurangnya 2 perlawanan dalam liga utama Eropah musim ini.

Di kalangan mereka, Edouard Mendy menciptakan rekod sebagai penjaga gol dengan ratio saves yang tertinggi.

Mendy setakat ini sudah bermain 13 perlawanan. Mencipta 86.5% save selepas berhadapan dengan 37 percubaan tepat. Itu bermakna Mendy menyelamatkan 32 daripadanya.

Berdasarkan penyelamatan vs percubaan on target yang dihadapinnya, Edouard Mendy menjadi penjaga gol yang paling banyak menghalang on target lawan daripada masuk di Liga Perdana Inggeris musim ini. Tiada penjaga gol lain lebih bagus daripada beliau.

Mendy merekodkan 7 clean sheets. Lebih tinggi daripada angka bolos beliau iaitu 5.

Seterusnya, Edouard Mendy mencipta kadar saves tertinggi di UCL sejak musim lalu, bagi penjaga gol yang bermain 5 perlawanan dan lebih. Dalam pada masa yang sama, beliau turut menjadi penjaga gol dengan clean sheets terbanyak di kalangan mereka.

Mendy hanya dibolosi 4 kali daripada 17 perlawanan UCL terakhirnya.

Selain itu, tiada penjaga gol yang melakukan clean sheets lebih banyak daripada Mendy dalam satu musim UCL. Menyamai rekod Canizares pada 2000/01 dan Keylor Navas pada 2015/16, dengan 9 kali clean sheet dalam semusim UCL.

Mendy bermain 12 aksi UCL, merekodkan 9 clean sheets dan hanya bolos 3 kali musim lalu di UCL. Menjadikan Mendy sebagai pemegang rekod baharu untuk clean sheets terbanyak dilakukan penjaga gol dalam musim debut mereka di UCL.

Pada tahun ini, Mendy bermain 50 kali untuk kelabn dan negaranya. Mencatatkan 27 clean sheets dalam tahun 2021 dan hanya bolos 29 kali.

Sejak menyertai Chelsea, Mendy bermain 62 perlawanan. Mencatatkan 36 clean sheets. Jumlah clean sheets beliau sama dengan jumlah bolos beliau iaitu 36. Power kan?

Beliau sudah memenangi UCL, Piala Super Eropah dalam kariernya bersama Chelsea.

Dan di sebalik kehebatan statistik beliau di atas dalam dua musim terkahir ini, Mendy masih gagal berada dalam pencalonan akhir Ballon d’Or. Malah tidak berada dalam senarai 30 akhir sekalipun.

Di mata France Football, Edouard Mendy tidak cukup bagus untuk mencabar Ballon d’Or.

Seterusnya, Mendy turut tewas dalam perebutan Anugerah Yachine yang mengiktiraf penjaga gol terbaik pada malam gala Ballon d’Or. Mendy tewas di tangan Donnarumma dalam perebutan tersebut.

Jika dibandingkan secara statistik dan jumlah trofi yang dimenangi oleh Eduoard Mendy dan Gianluigi Donnarumma bagi tahun 2021 maka jelas disini Mendy terlalu unggul dan terlalu baik untuk saya.

Eduoard Mendy

Perlawanan – 50
Clean Sheets – 27
Bolos – 29
Trofi – 2 (UEFA Champions League, UEFA Super Cup)

Gianluigi Donnarumma

Perlawanan – 54
Clean Sheets – 14
Bolos – 47
Trofi – 1 (EURO 2020)

Untuk calon akhir Ballon d’Or satu kesilapan dari France Football dari awal terlepas pandang Mendy dan untuk anugerah Yashin Trophy ini boleh disalahkan panel yang dilantik untuk membuat undian.

BACA:  Pemenang Anugerah Ballon D'or 2021 Sudah Disahkan