Semua sedia maklum bahawa Liverpool berdepan dengan jadual perlawanan yang ketat pada bulan disember kerana kehebatan dan kecemerlangan mereka.
Bulan disember jadual liga sahaja sudah begitu padat ditambah dengan EFL Cup dan Piala Dunia Kelab untuk kelab-kelab hebat.
Liverpool telah mengumumkan senarai penuh 23 pemain yang akan turut serta dalam kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA.
Ternyata sekali pasukan juara Eropah 6 kali tersebut telah membawa pasukan terkuat mereka untuk ke Qatar.
2 – This will be just the second League Cup meeting between Aston Villa and Liverpool, with the other coming in the 2002/03 quarter-final – the Reds won 4-3 on their way to winning the competition that season. Memories. #CarabaoCup #AVLLIV pic.twitter.com/fl4D2zyNHF
— OptaJoe (@OptaJoe) December 17, 2019
Liverpool berhadapan dengan dilema untuk memilih pasukan utama yang akan beraksi.
Ini kerana kekangan isu jadual yang sangat padat sehinggakan ada dua perlawanan berlangsung dalam tempoh 24 jam.
Jadual suku akhir Piala Carabao adalah pada 18 Disember manakala perlawanan pertama di Qatar adalah pada 19 Disember.
19y & 182d – With an average age of 19 years & 182 days, Liverpool have named their youngest ever starting line-up for a competitive game in all competitions. Opportunity. #CarabaoCup #AVLLIV pic.twitter.com/9oiMXLFyop
— OptaJoe (@OptaJoe) December 17, 2019
Lalu mereka memutuskan membawa kesemua pemain skuad utama ke Qatar.
Paling menarik, beberapa pemain muda termasuk Rhian Brewster, Curtis Jones dan Neco William turut dibawa sekali.
Pasukan B-23 akan bermain untuk Piala Carabao. Klopp turut membawa kesemua staf pasukan utamanya.
6 – Liverpool have won each of their last six visits to Aston Villa in all competitions, all coming in the Premier League between December 2011 and November this season. Fearless. #CarabaoCup #AVLLIV pic.twitter.com/lxXNw1gDGz
— OptaJoe (@OptaJoe) December 17, 2019
Ini bermakna pengurus pasukan B-23 Neil Critchley untuk mengambil alih tugasan itu.
Seperti diduga pasukan simpanan Liverpool yang dibarisi pemain muda ini mudah menjadi makanan Aston Villa.
Separuh masa pertama menyaksikan Liverpool sudah ketinggalan 4-0 kepada Aston Villa di Villa Park.
4 – Liverpool have conceded four first half goals for the first time in any competition since May 2015, against Stoke in the Premier League. Leaky. #CarabaoCup #AVLLIV pic.twitter.com/ZsmHAjLYv4
— OptaJoe (@OptaJoe) December 17, 2019
Dua gol awal yang dilepaskan oleh Caoimhin Kelleher mengingatkan kepada aksi lagenda Liverpool, Loris Karius.
Babak kedua Aston Villa bermain dengan lebih bersahaja dan tenang dengan deretan peluang dibazirkan.
Baik hati betul Villa tidak mahu memusnahkan terus masa depan sekumpulan anak muda.
2012/13 – Aston Villa have reached the semi-finals of the League Cup for the first time since 2012/13, whilst Dean Smith has become the first Englishman to lead the Villans to the semi-final stage of the competition since John Gregory during the 1999/00 campaign. Progressing. pic.twitter.com/Fx6AvC2UCA
— OptaJoe (@OptaJoe) December 17, 2019
Sebelum tamat 90 minit permainan, Wesley menjaringkan gol kelima.
Pemain muda Liverpool telah bermain sepenuh hati dan mempunyai kualiti yang tinggi tetapi dipisahkan dengan pengalaman.
Nasib nyata tidak menyebelahi prospek masa depan terulung.
Aston Villa: Nyland; Elmohamady, Chester (Hause 77′), Konsa, Taylor; Douglas Luiz, Lansbury, Hourihane; Trezeguet, Jota, Kodjia (Wesley 73′)
Subs not used: Kalinic, Guilbert, McGinn, Grealish, El Ghazi
Liverpool: Kelleher; Hoever (Norris 82′), Van den Berg, Boyes, Gallacher; Chirivella, Kane, Christie-Davies (Clarkson 77′); Elliott, Hill, Longstaff (Bearne 65′)
Subs not used: Winterbottom, Clayton, Dixon-Bonner, Stewart