EFL Cup 19/20 : Manchester United 3-0 Colchester United

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer melaungkan keyakinnya untuk mara ke final EFL Cup atau Piala Carabao musim ini.

Keyakinan ini lahir kerana Ole percaya dengan kualiti yang ada pada para pemain dalam pasukannya.

Ole sentiasa positif dengan pemain muda serta cergas dan cerdas dalam menggunakan pakai formula yang dicipta.

Dalam perlawanan menentang Colchester United Ole meurunkan pemain baru dan lama sekadar mahu memberi minit permainan dan tidak beku di musim sejuk.

Ternyata perlawanan ini mudah menjadi milik Setan Merah yang sangat santai dengan permainan yang penuh meyakinkan.

Secara statistiknya Manchester United juga lebih baik dan menguasai perlawanan dengan :

1. Lebih banyak percubaan
2. Lebih banyak pengusaaan
3. Lebih banyak hantaran

Keputusannya Manchester United menang tiga gol tanpa balas dengan statistik sebegini bukan tewas lima kosong macam pasukan tu.

Separuh masa pertama menyaksikan permainan biasa-biasa daripada kedua-dua pasukan dan permainan tamat tanpa sebarang jaringan.

Bersambung babak kedua, Setan Merah terus mematikan perlawanan dengan tiga gol dalam tempoh 10 minit.

Marcus Rashford menjaringkan gol padu dengan gerakan solo yang memukau hasil serangan balas kita pada minit ke-51.

Ryan Jackson telah menjaringkan gol sendiri untuk kedudukan dua kosong lima minit kemudian.

Tanpa perasaan, Anthony Martial menjaringkan gol ketiga pada minit ke-61 untuk Manchester United mara ke semi final.

https://twitter.com/arif_ahmad1486/status/1207424705772187649

MAN UTD (4-2-3-1): Romero 6; Young 6.5, Tuanzebe 6.5 (Garner 65, 6), Maguire 7, Shaw 6 (Williams 62, 6); Pereira 7.5, Matic 7; Greenwood 6.5, Mata 6.5, Rashford 8 (Lingard 62, 6); Martial 6.5.

Subs: Grant, Jones, McTominay, Chong.

COLCHESTER UTD (4-5-1): Gerken 6; Jackson 6.5, Eastman 6, Prosser 7, Bramall 7; Harriott 6 (Poku 77, 6), Pell 6.5 (Stevenson 66, 6), Comley 6 (Gambin 73, 6), Lapslie 6, Nouble 6.5; Norris 6.

Subs: Ross, Sowunmi, Brown, Clampin.

Baca Juga

Baca Juga