Ejen Bintang Serie A, Abaikan Panggilan Telefon Dari Arsenal

Usaha Arsenal untuk mendapatkan bintang Fiorentina, Dusan Vlahovic sepertinya akan berakhir dengan kegagalan, dek kerana ejen pemain itu sendiri menolak untuk menjawab panggilan telefon dari Gunners.

Mungkin inilah yang dianggap cara paling halus untuk memberitahu Arsenal bahawa beliau tidak berminat untuk melakukan rundingan dengan mengabaikan saja semua panggilan dari Gunners.

Arsenal sebelum ini mendahului perlumbaan untuk mendapatkan bintang Fiorentina itu selepas Tottenham Hotspur turut sama berminat.

Spurs sanggup menawarkan £68 juta untuk mendapatkan pemain muda berbakat itu, namun Arsenal yang dianggap sebagai calon kegemaran.

Vlahovic pada awalnya dijangka bakal melengkapkan perpindahannya menyertai Arsenal pada jendela perpindahan Januari ini, namun ejen beliau sepertinya mengelak dari melihat ia berlaku.

Menurut Gianluca di Marzio, Arsenal telah berusaha untuk berhubung dan memujuk bintang Serbia itu untuk ke Emirates, namun semuanya seperti tidak akan menjadi kenyataan.

Dengan semua panggilan telefon yang dibuat oleh Arsenal diabaikan terus oleh wakil kepada Vlahovic, maka sukar untuk Gunners meneruskan rundingan.

Bercakap kepada Sky Sports Italia, dan diterjemahkan semula oleh , Italy 24 News, Di Marzio menyatakan bahawa:

“Pada Januari, adalah sangat mustahil untuk diselesaikan kerana Fiorentina meminta ,€80 juta (£68.3 juta). Pada Jun lalu, Juve turut sama berminat untuk mendapatkan khidmat dia.”

“Pasukan yang paling berminat untuk dapatkan Vlahovic pada Januari nanti adalah Arsenal. Kelab Inggeris itu telah mencapai kata sepakat yang sangat positif dengan Fiorentina dan sanggup memenuhi permintaan kelab untuk memuktamadkan rundingan.”

“Masalah utamanya sekarang adalah Arsenal gagal untuk berhubung dengan ejen pemain itu, mereka langsung tak mahu jawab panggilan. The Gunners mahu bercakap dengan pemain, dan menjelaskan kepadanya tentang projek yang melibatkan dia, tapi sebab mereka tak jawab panggilan, maka sukar untuk melakukan rundingan.”

Kontrak Vlahovic bersama La Viola dijangka akan tamat pada 2023 nanti, beliau walau bagaimanapun telah menolak untuk menandatangani kontrak baru dan memutuskan untuk meninggalkan Stadio Artemio Franchi.

Juventus pada ketika ini dilaporkan sangat berminat untuk mendapatkan prospek masa hadapan Fiorentina itu, dan kerana masuk campur dari gergasi Serie ini, mungkin punca sebenar mengapa Arsenal diabaikan oleh ejen kepada Vlahovic.

Vlahovic telah berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan pada musim lalu, dengan beliau berjaya menjaringkan 21 gol dari 37 penampilan dalam saingan Serie A bersama Fiorentina.

Bekas bintang Partizan Belgrade itu terus mempamerkan aksi persembahan yang dasyat pada musim ini, dengan beliau telah berjaya menjaringkan 10 gol dari 13 penampilan dalam semua pertandingan.

Arsenal jelas sekali sangat berminat dengan pemain muda yang hebat dan berbakat seperti Vlahovic kerana sporting director kelab, Edu sememangnya mahu merekrut pemain muda.

Arsenal pada awal musim lalu berada di tahap persembahan terburuk mereka selepas mencatatkan tiga kekalahan dari tiga perlawanan awal, dengan mereka gagal menjaringkan sebarang gol serta mencatatkan sembilan bolos.

Hasil kepercayaan penuh yang diberikan kepada Mikel Arteta, Arsenal ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Gunners juga tidak dinafikan merupakan antara pasukan paling berprestasi pada ketika ini, dengan anak-anak buah Mikel Arteta itu masih belum mencatatkan sebarang kekalahan selepas mengharungi sepuluh perlawanan dalam semua pertandingan.

Mereka yang pada awalnya berada di kedudukan paling tercorot dalam saingan liga, kini sudah berjaya untuk berada di kedudukan keenam selepas mengharungi 11 perlawanan pada musim ini.

Tugas berat menanti Mikel Arteta selepas ini dengan beliau akan memimpin anak-anak buahnya untuk beraksi bertemu Liverpool di Anfield pada 21 November nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong Liverpool Terkejut Dapat Tahu Curtis Jones Sebenarnya Peminat The Gunners