Ejen Dembele Diberi Amaran Supaya Berhenti Jual Nama Liverpool

Liverpool tampil memberi amaran kepada ejen Ousmane Dembele, Moussa Sissoko supaya berhenti berkongsi berita palsu tentang perpindahan pemain tersebut.

Menurut sumber laporan dari wartawan CBS, Ben Jacobs Liverpool kini tidak mahu berdiam diri dan terus membiarkan Sissoko menggunakan nama mereka.

Dembele dilaporkan sedang hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Nou Camp pada musim panas ini.

Walau sudah berbulan-bulan hal itu dibincangkan, sepertinya urusan Dembele bersama Barcelona masih belum selesai dengan kedua-dua pihak masih lagi melakukan rundingan sehingga ke hari ini.

Pemain kebangsaan Perancis itu dilaporkan sudah hampir untuk sertai Chelsea sebagai pemain free ejen pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, terdapat rumours terbaru yang menyatakan bahawa pemain penyerang itu sebenarnya masih berhasrat mahu kekal dan menandatangani kontrak baru di Nou Camp.

Liverpool juga merupakan antara kelab yang hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani Ousmane Dembele, namun menurut sumber laporan Ben Jacobs, The Reds sebenarnya langsung tidak pernah melakukan apa-apa rundingan dengan wakil pemain itu.

Ia hanya rumours yang dicetuskan oleh ejen, Dembele, Sissoko yang cuba memain-mainkan Barcelona dan berharap agar gergasi Catalan itu akan menawarkan kontrak lebih bernilai kepada anak buahnya.

Bercakap kepada The Done Deal Show, Jacobs menyatakan bahawa:

“Semuanya datang dari Sissoko yang cuba memanfaatkan, menakut-nakutkan, tetapi kenyataannya dia lakukan ketika Dembele sedang berunding dengan Barcelona dan dengan harapan akan dapat lebih.”

“Liverpool sebenarnya ketawa dengan kaitan itu dan mereka sebenarnya juga sudah beri amaran kepada Sissoko supaya tidak sebarkan berita palsu tentang minat mereka.”

“Mereka tak minat untuk dapatkan Dembele dan mereka sudah menjelaskan itu dengan memberitahu bahawa mereka tak gembira dikaitkan dengan pemain itu.”

Ketika artikel ini ditulis, Dembele bukan lagi pemain Barcelona dek kerana kontrak asalnya bersama kelab sudah tamat pada penghujung bulan Jun lalu.

Walau bagaimanapun, Dembele sebenarnya masih boleh kekal bersama kelab, seandainya beliau dan Barca sama-sama mahukan hal itu berlaku.

Dembele menyertai gergasi Catalan itu pada tahun 2017 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai €140 juta dari Borussia Dortmund.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya tidak mampu mempamerkan aksi persembahan setanding dengan berapa jumlah yang Barcelona keluarkan untuk mendapatkan khidmatnya.

Masalah kecederaan juga menjadi faktor mengapa Dembele gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya, apa lagi selepas memikirkan yang hospital seolah-olah rumah keduanya sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Beliau hanya mampu membuat 149 penampilan bersama kelab dan hanya menjaringkan 19 gol sepanjang tempoh 5 tahun bersama Barcelona.

Walaupun tidak menyumbang dan sekadar menghabiskan duit kelab untuk menanggung kos rawatannya, Dembele tetap meminta Barca untuk menaikkan gajinya.

Beliau mendesak pihak kelab supaya menawarkan kontrak baru dengan kenaikkan gaji yang sangat tinggi, namun pihak kelab tidak mampu melakukan hal itu.

Rundingan antara kedua-dua belah pihak sudah berlanjutan selama hampir setahun, namun masih lagi gagal untuk mendapatkan kata sepakat.

Dengan beliau dikenali sebagai pemain yang terlalu mudah cedera, agak mustahil untuk melihat Dembele akan sesuai bermain dengan sistem pressing yang diamalkan oleh Liverpool.

Bukan hanya itu sahaja, Liverpool juga jelas sekali mustahil untuk bersetuju membayar gajinya yang tidak masuk akal itu.

Oleh yang demikian, jelas sekali Liverpool tidak akan pernah berusaha mendapatkan Dembele kerana mereka tahu bintang Perancis itu tidak sesuai sama sekali dengan sistem mereka.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Griezmann Dan Dembele Meminta Maaf Kerana Menghina Pekerja Asia