Eksperimen Luiz Gagal – Conte

Chelsea mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri semalam apabila sekadar seri 3-3 menentang kelab Itali, AS Roma, meskipun telah mendahului 2-0 pada satu masa.

Selepas perlawanan tamat, Conte mendedahkan dia sebenarnya melakukan eksperimen ke atas David Luiz di mana pemain tersebut diletakkan di posisi pemain tengah bertahan – dan eksperimen gagal.

Dalam perlawanan tersebut, Chelsea mendahului menerusi gol dari Luiz dan Eden Hazard, namun Roma merapatkan jurang sebelum waktu rehat melalui Aleksandar Kolarov. Dua gol pada separuh masa kedua meletakkan Roma di hadapan dan memaksa Conte menukar formasi daripada 3-5-2 kepada 4-3-2-1.

Perubahan in ternyata berhasil apabila Eden Hazard menjaringkan gol penyamaan dan mereka menyambut gol tersebut bagaikan memenangi piala. Pelik betul.

“Pemain telah buat sehabis baik dan aku berterima kasih kepada mereka,” kata Conte.

“Kami agak terpana dalam separuh masa pertama dan keputusan untuk mengubah sistem tak berapa berhasil, dan hampir menyentap nyawa kami.

“Lagipun kami sekadar mencuba sahaja dalam perlawanan tersebut dan ternyata kami sengsara ditekan oleh Roma.

“Kami jaringkan dua gol, tapi tak dapat nak mengawal perlawanan. Semua ini adalah salah aku, memandangkan aku yang tukar sistem kerana kami tidak punya banyak pilihan.

“Aku tukar posisi David Luiz untuk menguatkan bahagian tengah, tapi tu lah, tak berhasil,” kata Conte lagi.

Conte walaubagaimanapun enggan menggunakan alasan ramai pemainnya sedang mengalami kecederaan sebagai punca mereka gagal memenangi perlawanan tersebut.

Chelsea turun menentang Roma tanpa N’Golo Kante, Victor Moses dan Danny Drinkwater, menjadikan Luiz sebagai pilihan tunggal untuk bermain di tengah.

“Sebenarnya, bukan sebab kecederaan,” tambah Conte. “Tetapi lebih kepada untuk mencari tonik terbaik untuk pasukan.

“Pemain sama jugalah yang kita uji ketika pra-musim. Kami mempunyai tiga pemain cedera, bukan tujuh atau lapan, tapi situasi ini masih dikira sebagai kecemasan bagi kami.

“Luiz mengalami masalah dengan pehanya, Bakayoko pula sakit celah kangkang tapi aku harap tak serius la semua tu. Naya la aku nanti.

“Pun begitu, kami berjaya seri dengan pasukan Roma yang boleh dikira sebagai kuat dan aku hanya mampu memuji pemain aku.

“Bila kau tukar sistem ni ibarat kau main cuba-cuba dan malam ni kami memang cuba-cuba.

“Kalau ikutkan aku tak suka sangat keadaan macam ni sebab aku sukakan kekemasan dan melawan dengan cara kami sendiri.

“Apapun, aku berterima kasih kepada pemain aku di atas usaha mereka, sebab tanpa usaha, kami mungkin kalah malam ni,” ujar Conte panjang lebar, berbahasa Melayu yang pekat dialek Itali.

Sumber berita : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga