El Clasico 2020/21: Real Madrid 2-1 Barcelona

Perlawanan paling hebat di dunia bola sepak, El Clasico datang lagi yang menemukan Barcelona dan Real Madrid pasti menjadi perlawanan yang ditunggu-tunggu saban musim.

Ada yang berpendapat La Liga bukan sekadar El Clasico namun hakikatnya peminat bola sepak akan mengenali La Liga melalui El Clasico yang jarang mengecewakan.

Perseteruan Real Madrid dan Barcelona bukan sekadar kepada bola sepak namun melibatkan pertikaian politik yang mewakili sayap kiri dan sayap kanan.

Jarang El Clasico menjadi perlawanan mengecewakan yang disajikan dengan gol padu, aksi keras, kad merah serta kontroversi.

Karim Benzema membuka tirai jaringan pada minit ke-13 dengan satu flick (ke backheel?) yang sangat jahat dan gagal diselamatkan oleh Marc-Andre ter Stegen.

Federico Valverde telah membelah pertahanan Barcelona dengan satu hantaran lolos mencari Lucas Vazquez disebelah kanan dan membuat hantaran silang.

Bijak bijak mencari peluang dan ruang untuk menerima hantaran Lucas Vazquez yang berakhir dengan gol pembukaan.

Ronald Araujo telah menghalang larian Vinicius Junior dan sepakan percuma diberikan dan Toni Kroos membuat sepakan yang terbias belakang badan pemain Barcelona.

Marc-Andre ter Stegen sudah mati langkah dan Jordi Alba hanya mempunyai beberapa mili-saat untuk bertindak namun tandukannya tidak tepat dan bola menerjah jaring.

Real Madrid hampir menjaringkan gol ketiga namun percubaan Federico Valverde pada minit ke-34 terkena tiang dan selepas itu hujan mula turun membasahi padang.

Lionel Messi hampir saja menjaringkan gol terus daripada sepakan penjuru namun bola terkena tiang.

Cantik dummy Antoine Grizemann yang melompat tinggi membiarkan bola hantaran Jordi Alba sampai kepada Oscar Mingueza yang terus menghayun melakukan voli.

Bola terkena tulang kering atau keting beliau tapi cukup untuk menghasilkan gol. Keting pun keting la.

Sikap tidak tamak Vinicius Junior tidak kena tempat apabila menghantar bola kepada Karim Benzema walaupun Vinicius Junior berada pada kedudukan lebih baik untuk merembat.

Selepas itu Toni Kroos membuat tandukan meliar ketika gawang sudah terbuka, Kroos mempunyai cukup masa untuk mengawal bola terlebih dahulu namun terus menanduk.

Pada minit ke-70, Zinedine Zidane mengeluarkan Karim Benzema, Vinicius Junior dan Toni Kroos mungkin untuk merehatkan pemain ini untuk perlawanan menentang Liverpool.

Perlawanan dihentikan seketika pada minit ke-78 selepas alat komunikasi pengadil dengan bilik kawalan VAR tidak berfungsi kerana terkena air hujan yang lebat.

Casemiro memang tidak beragak apabila mengutip dua kad kuning dalam tempoh seminit sekaligus dibuang padang oleh pengadil.

Lionel Messi menjadi mangsa terjahan kasar Casemiro untuk kad kuning pertama sebelum Oscar Mingueza menjadi mangsa kedua dan kad merah untuk Casemiro.

Beberapa saat sebelum perlawanan tamat, rembatan Ilaix Moriba hampir memberi gol penyamaan yang dramatik tetapi dinafikan palang.

Real Madrid berjaya menewaskan Barcelona dalam kesemua El Clasico La Liga bagi musim 2020/21 dan Barcelona tidak pernah menikmati kemenangan ke atas Real Madrid sejak 2020.

Lionel Messi tidak menjaringkan gol dalam perlawanan El Clasico sejak Mei 2018 dan itu merupakan perlawanan terakhir Cristiano Ronaldo menentang Barcelona bersama Real Madrid.

Sejak itu Messi telah melakukan 21 percubaan menentang Real Madrid di La Liga namun tiada yang diterjemah menjadi gol dan tujuh percubaan dalam perlawanan ini juga tidak membuahkan hasil.

Kemenangan ini boleh menjadi turning point untuk Real Madrid mengekalkan kejuaraan mereka dan memanjat ke tangga teratas selepas memotong Barcelona dan Atletico Madrid yang belum turun beraksi.

Direct freekick Messi hampir gol

Casemiro Kad Merah

Barcelona Palang minit akhir

Real Madrid XI: Courtois; Lucas Vázquez, Militao, Nacho, Mendy; Modric, Casemiro, Kroos; Valverde, Benzema, Vinicius.

Barcelona XI: Ter Stegen; Mingueza, Aruajo, Lenglet; Dest, Busquets, Pedri, De Jong, Jordi Alba; Messi, Dembélé. #ElClasico

Barcelona 1-3 Real Madrid

El Clasico perlawanan bola sepak antara yang tersengit di muka bumi ini berlangsung di bumi Sepanyol bagi musim 2020/21 sudah pasti melibatkan pasukan Barcelona dan Real Madrid.

Ramai berpendapat kemeriahan dan kehangatan El Clasico sudah menjadi sejuk serta kurang menyengat sejak pemergian Cristiano Ronaldo ke Serie A untuk bersama Juventus.

Mungkin benar pendapat itu namun El Clasico ini bukanlah semata-mata pertembungan antara Cristiano Ronaldo dan Lionel malah menjangkau lebih dari itu dan sentiasa panas sepanjang zaman.

Perseteruan kedua-dua kelab gergasi ini bukanlah bermula dari 2013, atau 2009 malah lebih lama dari itu. Pada tahun 1930-an, Barcelona menjelmakan diri sebagai satu kelab yang mencabar pasukan ibu kota Sepanyol.

Ditambah pula presiden kelab Barcelona ketika itu Josep Punyol telah ditangkap dan dihukum tanpa perbicaraan oleh kerajaan Sepanyol di bawah diktator pemerintahan tentera Francisco Franco kerana Josep merupakan pemimpin parti Republikan yang memperjuangkan demokrasi.

Keadaan politik Sepanyol bertambah parah apabila Franco yang memimpin bersama sahabatnya Miguel Primo di Rivera telah mengharamkan kesemua bahasa dan budaya setempat seperti di Catalan, Seville dan kesemua wilayah di Sepanyol dan mereka perlu menyerap dan mengamalkan budaya Madrid atau Castille.

Disebabkan itu juga Barcelona mula menggunakan moto Mes Que Un Club – Lebih Dari Sebuah Kelab – untuk menaikkan semangat rakyat Catalan menentang penjajahan Madrid.

Semangat melawan ini terus dibawa di dalam bola sepak dan kekal hingga ke hari ini sehinggakan jarang ada pemain yang akan berpindah di antara kedua-dua kelab sama ada secara terus atau melalui kelab lain.

Barcelona sangat huru-hara musim ini dengan saga kekecewaan Lionel Messi yang mahukan penceraian serta penindasan ke atas Luis Suarez selepas tewas teruk kepada Bayern Munich.

Real Madrid pula mencetuskan tanda tanya dan berkelakuan aneh apabila tidak aktif dalam jendela perpindahan untuk mendapatkan pemain bintang. Sangat misteri.

El Clasico musim 2020/21 berlangsung dengan rancak dan kacak sekali dan selepas 10 minit permainan berlangsung kedudukan sudah terikat 1-1 dengan aksi kejar mengejar.

Real Madrid terlebih dahulu di depan kurang 5 minit permainan hasil jaringan Federico Valverde yang menyudahkan hantaran Karim Benzema dengan satu rembatan padu.

Namun jaringan tersebut hanya kekal selama 3 minit sahaja apabila pemain penyerang muda sensasi Barcelona, Ansu Fati menyamakan kedudukan selepas mudah menolak masuk umpanan Jordi Alba.

Gol keempat Ansu Fati musim ini di La Liga untuk kelab Catalan dan menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam perlawanan El Clasico.

Seperti biasa Barcelona kan mendominasi penguasaan perlawanan namun Real Madrid bukan biasa-biasa dan sangat padu menutup segala ruang dan peluang yang cuba dilakukan Barcelona.

Tony Kroos menjadi jeneral di tengah padang untuk separuh masa pertama.

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan tambahan sehinggalah minit ke-63.

Ketua pasukan Real Madrid dan pertahanan kental yang juga penjaring gol, Sergio Ramos meletakkan Real Madrid kembali di depan melalui sepakan penalti.

Penalti dihadiahkan selepas Clement Lenglet telah dikesan oleh pengadil telah menarik baju Sergio Ramos dengan bantuan Video Assistant Referee(VAR).

Luka Modric yang masuk menggantikan Federico Valverde pada minit ke-69 melengkapkan kemenangan bergaya Real Madrid dengan jaringan yang sangat jahat.

Mengutip bola muntah dari terpaan Neto yang keluar jauh dari gawang, Luka Modric telah mengayamkan Neto dengan acahan kiri dan kanan sebelum berjaya lepas.

Cubaan pemain pertahanan Barcelona menutup ruang tidak kesampaian apabila Modric telah melakukan satu cubaan dengan menggunakan bahagian luar kaki.

Thibaut Courtois sangat cemerlang dalam perlawanan ini dalam menafikan segala percubaan Barcelona.

Gol Velverde dan Ansu Fati

Gol Ramos

Gol Modric

Barcelona XI: Neto; Dest, Piqué, Lenglet, Jordi Alba; Busquets, De Jong; Pedri, Coutinho, Ansu Fati; Messi.

Real Madrid XI: Courtois; Nacho, Varane, Sergio Ramos, Mendy; Valverde, Casemiro, Kroos; Asensio, Benzema, Vinícius Junior.

BACA:  Barcelona Tidak Akan Lakukan 'Guard of Honour' Untuk Real Madrid