El Clasico: Barcelona 1-2 Real Madrid

Sejak ketiadaan Cristiano Ronaldo di La Liga selepas berhijrah dari Real Madrid ke Juventus perlawanan terhebat di Sepanyol, El Clasico antara Real Madrid dan Barcelona menjadi agak suram.

Jika dahulu hampir sedekar El Clasico berkisar kepada pertembungan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, kisah dua pemain ini dimainkan di media siapa pemain paling hebat.

Peminat kedua-dua pemain yang menjadi antara pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman teramatlah ramai dan masing-masing cuba membuktikan idola merekalah yang terhebat.

Pasca pemergian Cristiano Ronaldo dari Real Madrid telah dilalui dengan baik oleh Real Madrid yang masih lagi muncul juara La Liga dan menjadi pencabar setiap tahun.

Musim 2021/22 menyaksikan Lionel Messi telah meninggalkan Barcelona yang kini menjadi kelab paling bermasalah dengan kewangan meruncing yang membawa kesan kepada aksi di padang.

Lionel Messi kini bersama PSG di Perancis dan Cristiano Ronaldo pula kembali menjadi Setan Merah. Barcelona terus bergelut dan semakin sendu tanpa Lionel Messi.

El Clasico juga semakin kurang serinya tanpa Messi yang sebelum ini menjadi wajah dan bahan pemasaran La Liga. Adakah El Clasico akan terus relevan tanpa Ronaldo dan Messi.

Sejarah yang panjang lagi hebat perseteruan antara Real Madrid dan Barcelona ini mungkin masih relevan bagi peminat bola sepak sejati kerana pertembungan dua kelab ini menyajikan hiburan.

Tanpa Ronaldo Real Madrid kini telah dipacu dan dikuasakan oleh Karim Benzema manakala Barcelona mungkin terpaksa bergantung harap kepada Memphis Depay yang cuba diangkat sebagai wira baru.

Sergino Dest telah terlepas peluang keemasan dan terbuka apabilam merembat tinggi melewati palang dan Sergino Dest sepatutnya mampu melakukan sesuatu yang lebih baik.

Sergino Dest merupakan seorang pemain Full back namun telah digunakan sebagai penyerang oleh Ronaldo Koeman membentuk trio serangan bersama Memphis Depay dan Ansu Fati. Lain macam.

Real Madrid mendahului tuan rumah pada minit ke-32 hasil jaringan pemain pertahanan, David Alaba dengan merembat kencang dan sedap hantaran Rodrygo dengan kaki kiri.

Perlawanan separuh masa pertama tidaklah menarik dan boleh dijadikan bahan perbualan apabila Barcelona gagal menghadirkan sebarang percubaan tepat.

Real Madrid memperolehi gol kedua pada penghujung perlawanan di minit ke-94 melalui seorang lagi pemain pertahanan, Lucas Vazquez melalui satu serangan balas.

Gerakan solo dari Marco Asensio yang membuat rembatan yang berjaya ditepis Marc-Andre ter Stegen namun bola sampai kepada Lucas Vasquez yang melakukan satu tolakan mudah.

Namun cubaan Barcelona untuk bangkit sudah terlewat, gol voli cantik dari Kun Sergio Aguero pada minit ke-97 sekadar menjadi gol saguhati dan tidak cukup untuk meraih sebarang mata.

Kemenangan ini telah melonjakkan Real Madrid ke puncak La Liga dengan 20 mata buat sementara sahaja apabila kembali dipotong Real Sociedad yang turut mencatatkan kemenangan.

Kedudukan Real Madrid juga boleh dipotong bila-bila masa oleh Sevilla dan Atletico Madrid yang kurang satu perlawanan.

Kesebelasan Utama Barcelona (4-3-3): Ter Stegen; Mingueza, Piqué, Eric García, Alba; Busquets, De Jong, Gavi; Dest, Memphis, Ansu Fati

Pemain Simpanan : Riqui Puig, Demir, Neto, Coutinho, Lenglet, L De Jong, Aguero, Roberto, Umtiti, Pena, Nico, Balde

Kesebelasan Utama Real Madrid (4-3-3): Courtois; Lucas Vázquez, Militao, Alaba, Mendy; Casemiro, Kroos, Modric: Vinicius, Rodrygo, Benzema.

Pemain Simpanan : Lunin, Luis Lopez, Carvajal, Vallejo, Nacho, Hazard, Asensio, Marcelo, Valerde, Mariano, Camavinga, Blanco

BACA:  Pochettino Jadi Sasaran Real Madrid Untuk Ganti Tempat Zidane