Emery: Mesut Ozil Masih Ada Masa Depan Dengan Arsenal

Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata khidmat Mesut Ozil masih lagi ditagih Arsenal walaupun tidak menurunkannya ketika menentang Tottenham Hotspurs dalam sainganPiala Carabao beberapa hari yang lalu.

Walaupun sudah sembuh dari kecederaan belakangnya, nama Ozil langsung tidak kelihatan dalam kesebelasan utama Arsenal ketika tumpas di tangan Spurs.

Jangan risau peminat Arsenal, Ozil tidak akan dijual . Siapa nak bayor gaji Ozil mahal macam tu ? Arsenal je yang sanggup.

Ozil yang berada di tempat duduk VIP bersama TMJ dan David Beckham, hanya mampu menonton rakan sepasukannya bergelut untuk melakukan serangan ke kubu pihak lawan.

Ketiadaan Ozil sejak kebelakanga n ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai masa depannya bersama Arsenal. Walaupun baru sahaja menandatangani kontrak lumayan berjumlah £350,000 seminggu pada tahun lepas, Ozil dilihat seperti tidak mempunyai tempat dalam sistem yan ingin diterapkan Emery.

Terbaru, beberapa laporan dari akhbar tabloid Britain mendakwa Ozil akan meninggalkan Arsenal pada Januari nanti secara pinjaman.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut disangkal Emery sambil berkata Ozil masih lagi sebahagian daripada rancangannya di Emirates.

Arsenal dimalukan di hadapan penyokong sendiri

Ketika bercakap kepada pemberita menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Burnley hujung minggu ini, Emery berharap kualiti yang ada pada Ozil akan membantu Arsenal dalam mengharungi baki saingan musim ini.

Emery juga ditanya sama ada beliau akan menurunkan Ozil ketika menentang Burnley malam ini.

“Ya. Saya mahu setiap pemain yang mempunyai mentaliti yang bagus untuk membantu pasukan ini. Beliau mampu membantu pasukan dengan kualiti dan karakter yang dimilikinya.”

“Setiap pemain mahu bermain dan membantu pasukan ketika khidmat mereka diperlukan. Semua pemain akan berasa kecewa apabila mereka tidak dapat bermain.”

“Saya sudah beritahu Ozil apa yang saya mahu dari beliau. Beliau bersedia untuk membantu kami dengan kualiti dan karakter yang dimilikinya apabila pasukan memerlukan khidmatnya di atas padang.”

“Beliau akan berada dalam skuad 18 pemain esok [malam ini].”

Arsenal akan turun berhadapan dengan Burnley selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut di tangan Southampton dan Spurs. Emery berkata beliau terdesak untuk memastikan Arsenal mencapai kemenangan malam nanti bagi merapatkan jurang dengan empat pasukan teratas.

“Perlawanan ini sangat penting. Pasukan lain berjaya memenangi perlawanan mereka dan tidak berhenti. Mereka semua bertambah baik.”

“Selepas tewas di tangan Southampton, kami sangat memerlukan 3 mata.”

Xhaka anak emas Emery.

Antara punca Arsenal bergelut dengan masalah prestasi adalah disebabkan masalah kecederaan yang membelenggu bahagian pertahanan mereka. Shkodran Mustafi, Rob Holding dan Sead Kolasinac antara pemain pertahanan yang tidak dapat bermain kerana mengalami masalah kecederaan.

Disebabkan itu, Emery terpaksa meletakkan pemain tengah Granit Xhaka di bahagian pertahanan tengah ketika menentang Southampton dan Spurs.

“Saya ada baca terdapat kritikan terhadap Xhaka yang bermain di bahagian pertahanan. Tetapi saya tetap gembira dengan beliau kerana Xhaka memiliki personaliti yang sangat besar.”

“Xhaka banyak membantu kami. Kadang-kadang beliau bermain sebagai bek kiri dan saya rasa beliau bermain dengan baik.”

BACA:  Arsenal Menandatangani Wonderkids Paling Muda Yang Dianggap Jelmaan Messi