Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata beliau mungkin perlu melakukan sesuatu yang berlainan dari segi taktik apabila pasukannya melayan kunjungan Manchester United di Emirates Stadium awal pagi Isnin nanti.
Dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, Arsenal tumpas 3-1 kepada United dalam pusingan ke-4 Piala FA dimana mereka gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri.
Bagi pertemuan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini, Emery mengakui beliau perlu melakukan perkara yang berbeza dari perlawanan lepas sekiranya mahu memberikan Ole Gunnar Solskjaer kekalahan pertama dalam liga.
Arsenal dan Manchester United kini sedang bersaing sengit merebut slot untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan dengan 1 mata menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan.
Ketika bercakap kepada pemberita menjelang pertemuan penting itu, Emery mengakui pertemuan menentang Manchester United bakal menjadi perlawanan yang sukar buat mereka.
Freddie Ljungberg's sublimely executed dink… #ARSMUN @Arsenal pic.twitter.com/45yEBySb8P
— Premier League (@premierleague) March 8, 2019
“Dalam perlawanan terakhir kami dalam Liga Perdana Inggeris, kami bermain di tempat sendiri dengan keyakinan yang sangat tinggi dan cukup konsisten. Perlawanan pada hari Ahad nanti menentang Manchester United adalah perlawanan yang amat, amat sukar.”
“United kini berada pada tahap terbaik musim ini tetapi kami akan bermain di hadapan penyokong sendiri dan kami mahu mencipta satu suasana yang hebat untuk membantu pasukan ini supaya menunjukkan persembahan yang terbaik.”
Alexandre Lacazette could write his name into the @Arsenal history books on Sunday
Matchweek 30 stats ➡️ https://t.co/n6YIG5Ujfo pic.twitter.com/HnIsnwEqPK
— Premier League (@premierleague) March 6, 2019
“Kami mahu meneruskan mentaliti ini. Ini merupakan peluang terbaik untuk terus menunjukkan konsistensi dalam Liga Perdana Inggeris seperti yang kami tunjuk sebelum ini.”
“Apabila kami berdepan detik sukar dalam perlawanan, kami mampu menunjukkan permainan yang baik dan sekarang kami berada sangat dekat dengan Manchester United dalam carta Liga Perdana Inggeris.”
Mengenai kekalahan di tangan Red Devils dalam Piala FA tempoh hari, Emery mendakwa anak buahnya bermain baik dalam perlawanan tersebut walaupun tewas.
“Kami bermain sangat baik, mencipta banyak peluang. Kami menunjukkan yang kami mampu bersaing tetapi kami masih tewas.”
“Manchester United berada pada prestasi terbaik sekarang. Pada hari Ahad nanti, kami perlu melakukan sesuatu yang berbeza dari segi taktikal dan individu untuk meningkatkan keberkesanan pasukan apabila berhadapan dengan mereka.”
Walaupun dimalukan Rennes dalam pusingan 16 pasukan terakhir tempoh hari, Arsenal mempunyai rekod yang sangat baik ketika bermain di tempat sendiri.
Mereka berjaya mencatatkan kemenangan dalam 8 perlawanan terakhir mereka di Emirates Stadium.
Sekiranya Arsenal berjaya memungut 3 mata menentang skuad bimbingan Solskjaer nanti, ia bakal memberikan tonik terbaik kepada pasukan London itu dalam misi untuk kembali bersaing dalam kejohanan tertinggi Eropah.
Walau bagaimanapun, Emery mengakui kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah bukan petunjuk utama untuk memaparkan kemajuan kelab musim ini.
“Kami menunjukkan keputusan yang konsisten buat masa sekarang. Perlawanan terakhir yang kami lalui banyak memberikan kami maklumat. Kami mampu untuk menjadi positif pada hari Ahad nanti.”
“Ia bakal menjadi ujian besar bagi kami untuk berdepan pasukan besar yang dibintangi pemain ternama.”