Emi Martinez Buat Gila Selepas Ambil Trofi Golden Glove

martinez golden gloves

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez telah membuat perangai gilanya selepas mengambil trofi anugerah Golden Glove yang diberikan kepada penjaga gol terbaik di sepanjang kejohanan Piala Dunia 2022.

Anugerah Golden Glove atau sarung tangan emas itu mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan pada mulanya dipanggil Lev Yashin Award yang dinamakan sempena nama penjaga gol legenda Soviet, Lev Yashin.

Ia kemudiannya dijenamakn semula sebagai Sarung Tangan Emas pada tahun 2010. Pengiktirafan ini diputuskan oleh Kumpulan Kajian Teknikal FIFA, yang menilai prestasi penjaga gol sepanjang kejohanan.

Walaupun penjaga gol mempunyai anugerah khusus ini untuk posisi mereka, mereka masih layak untuk memenangi anugerah Golden Ball juga, seperti dilakukan oleh Oliver Kahn pada tahun 2002.

Lantaran kecemerlangan Emiliano Martinez bersama Argentina yang boleh dianggap sebagai pakar penentuan sepakan penalti, Martinez telah dipilih sebagai pemenang anugerah sarung tangan emas.

Selepas menerima trofi itu, Martinez menuju ke pentas sebelah untuk sesi penggambaran namun dalam perjalan Martinez telah melakukan sesuatu yang gila.

Berbanding menjulang trofi kemenangan, Martinez telah meletakkan trofi itu di atas ‘kepala adiknya’ yang berada di bawah perut dengan penuh bangga.

Aksi itu disiarkan secara langsung ke seluruh dunia namun Martinez selamba saja melakukannya dan insiden ini menjadi tular di media sosial.

Perlawanan akhir antara Perancis dan Argentina dilihat sangat berat sebelah dan langsung tidak menarik lantaran tiada langsung tentangan dari Perancis selepas ketinggalan dua gol diseparuh masa pertama.

Penalti Lionel Messi dan penyudah tenang Angel Di Maria membolehkan Argentina mendahului dengan selesa dan Perancis gagal menghadirkan sebarang percubaan pada separuh masa pertama.

Bersambung perlawanan, dominasi Argentina di teruskan sehinggalah pada minit ke-78, Kylian Mbappe yang hilang sepanjang perlawanan tiba-tiba muncul untuk satu kegilaan perlawanan akhir Piala Dunia.

Dua gol dalam tempoh 97 saat daripada melalui sepakan penalti dan juga satu voli padu namati nyata telah merubah perlawanan akhir ini menjadi sangat epik.

Mbappe kembali menyamakan defisit dan perlawanan dibawa ke masa tambahan, Lionel Messi kembali meletakkan Argentina di depan sebelum Kylian Mbappe menyamakan kedudukan dengan jaringan hatrik.

Dipenentuan sepakan penalti, Emiliano Martinez muncul wira dengan melakukan satu save dan membaca dengan tepat hampir kesemua sepakan untuk menang 4-2.

Emiliano Martinez dapat dilihat membuat aksi gil dengan menari-nari ketika sepakan penalti bagi memberi tekanan kepada pemain lawan.

Aksi menyelamat Martinez dari rembatan saat akhir Randal Kolo Muani menjadi aksi terpenting yang hampier menafikan kejuaraan Perancis.

Disepanjang tujuh perlawanan Piala Dunia 2022, Emiliano telah melalui tiga perlawanan tanpa bolos dan telah memberikan Argentina ketenangan dan kestabilan di bahagian belakang.

Namun anugerah ini bukan dinilai kepada jumlah perlawanan terbanyak tanpa bolos atau clean sheet namun dinilai prestasi sepanjang kejohanan dan pecabar terdekat Martinez adalah Dominik Likakovic (Croatia) dan Yassine Bounou (Maghribi).

Emiliano Martinez Dominik Likakovic dan Yassine Bounou mempunyai persamaan yang nyata merupakan pakar penyelamat sepakan penalti yang sangat dominan di penentuan sepakan penalti sepanjang Piala Dunia 2022.

Senarai Pemenang Golden Glove Piala Dunia:

Lev Yashin Award

Piala Dunia 1994 – Michel Preud’homme (Belgium)- 2 Clean sheet
Piala Dunia 1998 – Fabien Barthez (Perancis) – 5 Clean sheet
Piala Dunia 2002 – Oliver Kahn (Jerman) – 5 Clean sheet
Piala Dunia 2006 – Gianluigi Buffon (Itali) – 5 Clean sheet

Golden Glove

Piala Dunia 2010 – Iker Casillas (Sepanyol) – 5 Clean sheet
Piala Dunia 2014 – Manuel Neuer (Jerman) – 4 Clean sheet
Piala Dunia 2018 – Thibaut Courtois (Belgium) – 3 Clean sheet
Piala Dunia 2022 – Emiliano Martínez (Argentina) – 3 Clean sheet

BACA:  Martinez Lancar Perang Psikologi Minta Ronaldo Ambil Sepakan Penalti