Empat Calon Bakal Pengganti Mourinho

LONDON: Empat calon bakal pengganti Mourinho, Guus Hiddink, Avram Grant, Fabio Capello dan Brendan Rodgers antara calon dalam pertimbangan untuk menggantikan pengurus Chelsea, Jose Mourinho.

Guus Hiddink, Avram Grant, Fabio Capello dan Brendan Rodgers

Stamford Bridge mula menyenaraikan nama pengendali baharu untuk mengisi jawatan berkenaan selepas hubungan Mourinho dengan pemain dilihat semakin meruncing dan dilaporkan bakal dipecat.

Guus Hiddink yang pernah mengendali The Blues pada tahun 2009 menggantikan Luiz Felipe Scolari, antara calon paling berpotensi mengambil alih skuad daripada Mourinho selain Grant, Capello dan bekas pengendali Liverpool, Brendan Rodgers.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dan pasukan penasihatnya, bersama-sama lembaga pengarah kelab, mula membincangkan kedudukan Mourinho seleaps kekalahan 2-1 di tangan Leicester Isnin lalu.

Chelsea tewas sembilan daripada 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini, tetapi untuk memecat Mourinho, Abramovich perlu mengeluarkan lebih 40 juta pound (RM252 juta) sebagai pampasan kepada kontraknya yang masih berbaki empat tahun. – Agensi

Baca Juga

Baca Juga