Emre Can Sertai Juventus Dengan Kontrak 4 Tahun

Pemain tengah Liverpool, Emre Can telah bersetuju untuk menyertai Juventus musim hadapan selepas menerima tawaran kontrak selama 4 tahun, menurut sumber Sky Sports.

Can dilaporkan bakal menjalani pemeriksaan perubatan minggu ini sebelum pengumuman rasmi dilakukan. Kontrak pemain antarabangsa Jerman itu akan tamat pada penghujung bulan ini dan secara dasar telah memberitahu Liverpool niatnya untuk berpindah keluar.

Emre Can memilih jalan senang untuk memenangi liga dengan menyertai Juventus. Untuk rekod, Juventus telah memenangi Serie A buat kali ke-7 berturut-turut tahun ini

Can yang menyertai Liverpool pada tahun 2014, juga secara percuma, dibenarkan untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab dari luar England sejak Januari lagi. Beliau juga menolak beberapa tawaran kontrak dari Liverpool sebelum ini.

Liverpool juga telah bertindak pantas dalam pasaran perpindahan pemain dengan membawa masuk pemain antarabangsa Brazil, Fabinho yang bermain untuk Monaco bagi menggantikan tempat Can.

Selain Fabinho, pemain yang dibeli musim panas lepas, Naby Keita juga akan menyertai Liverpool musim hadapan. Kedua-dua pemain ini bakal mengisi bahagian tengah Liverpool dalam misi mereka untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga yang kini telah memasuki 28 tahun. Tengok sini jika tak percaya.

Giuseppe Moratta, individu yang bertanggungjawab menaikkan kembali Juventus selepas dihumban ke liga bawahan kerana mengatur perlawanan

Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Moratta dipetik berkata bulan lepas beliau yakin Juventus akan dapat membuat pengumuman rasmi mengenai Emre Can selepas selesai perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

“Saya sangat yakin kami akan mengumumkan Emre Can sebagai pemain baru kami selepas berakhirnya pentas final Liga Juara-Juara Eropah.”

Can memulakan musim denga baik dan dianggap sebagai komponen penting di bahagian tengah The Reds sehingga awal tahun ini. Walau bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan dan tempatnya dirampas oleh Jordan Henderson.

Dia datang tanpa sebarang bayaran dan dia keluar juga tanpa sebarang bayaran. Dialah Emre Can

Beliau gagal berada dalam kesebelasan utama ketika Liverpool tumpas di tangan Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan hanya masuk sebagai pemain gantian pada lewat permainan. Penampilan tersebut dijangka bakal menjadi penampilan terakhir Can dalam baju Liverpool.

Can bergelut untuk pulih dari kecederaan di bahagian belakangnya dan akibatnya, beliau diketepikan oleh Joachim Low untuk berada dalam skuad Jerman yang akan menghadapi Piala Dunia di Russia musim panas ini.

Sejak menyertai Liverpool, Can telah melakukan 167 penampilan dan berjaya menjaringkan 14 gol.

BACA:  Mourinho Tidak Akan Bayar Tiket Untuk Menonton Aksi Manchester United Sekarang