Emre Marah Dan Kecewa Dengan ‘Perempuan Tua’

Perpindahan bekas pemain Liverpool, Emre Can ke kelab gergasi Italy, Juventus tidak berjalan seperti apa yang diimpikan kerana Can hanya mampu merancang.

Pemain tengah Jerman itu meninggalkan Liverpoll pada musim panas 2018 untuk mencari cabaran baru dan peluang untuk memenangi trofi.

Semuanya berjalan baik pada mulanya apabila Can bejaya menjulang trofi Bianconeri pada 2018/19 dan Can telah memainkan peranan yang menepati citarasa Max Allegri.

Namun disebalik julangan trofi, Can hanya bermula dari kesebelasan utama hanya untuk 20 perlawanan liga sahaja dan bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik dan konsisten.

Ketika Can mendakap trofi Serie A, Liverpool telah menjadi pasukan yang digeruni dan menakluk Eropah lalu bergelar Juara Eropah. Kehilangan Can langsung tidak dirasai.

Maurizio Sarri kini merupakan pengurus baharu The Old Lady menggantikan Max Allegri dan nama pemain Juventus untuk bermain di Champions League telah didaftarkan.

Malang buat Emre Can apabila namanya tidak tersenarai dalam skuad Juventus di Champions League, lalu membuatkan Can rasa marah, kecewa dan tertipu dengan Si Perempuan Tua. Mario Mandzukic juga tidak tersenarai.

“Aku sangat-sangat terkejut(lalu terkentut). Aku terima panggilan daripada staf Juventus, itupun tak sampai 60 saat dia bercakap. benda ni membuat aku marah dan sangat mengecewakan. Aku nak bermain di UCL.”

“Kelab berjanji dan memberitahu aku benda yang berbeza pada minggu lalu. Ketika itu PSG datang untuk melamar aku. Namun aku putuskan untuk kekal setia bersama Juventus dengan syarat aku perlu bermain di UCL.”

“Jurulatih tidak jujur dengan aku. Jika aku tahu ini akan berlaku, aku tidak akan berada di Juventus lagi.”

“Aku fikirkan mendung beterusan tapi mentari muncul lagi. Maaf ternyanyi pula.”

Penyokong Liverpool nyata tersenyum sinis dengan apa yang menimpa Can selepas apa beliau lakukan sebelum ke Juve.

Baca Juga

Baca Juga