Enam Fakta Yang Mungkin Tidak Diketahui Sempena 100 Hari Manchester United di Tangga Keenam

Nombor enam, kalau dalam budaya orang putih merupakan nombor yang digemari syaitan, dan sebab itulah sebuah kelab dari Manchester yang menggunakan gelaran Syaitan Merah seolah-olah enggan meninggalkan tangga keenam pada musim ini. Sejak 3 Disember 2016, Manchester United mula menduduki tangga keenam, dan detik 14 Mac 2017 menyaksikan United tidak berganjak dari kedudukan tersebut selama 100 hari!

100 hari ni kalau dalam budaya Melayu hari terakhir tahlil arwah.

Jadi, sempena hari yang ke-100 ni, tak elok rasanya kalau kita biarkan detik manis bersejarah ini diabaikan. Jadi, kami kongsikan enam perkara yang mungkin diketahui atau sedari sempena ‘100 Hari di Tangga Keenam’.

Paul Pogba

Ketika Robin Van Persie menyertai Manchester United dari Arsenal, dia memilih nombor jersi 20, sebagai tanda bahawa United bakal memenangi kejuaraan liga buat kai ke-20.

Fesyen rambut dia lebih enam kali

Paul Pogba kembali ke United dengan rekod perpindahan dunia dan memilih jersi nombor enam – mungkin Pogba awal-awal lagi sudah nampak masa depan Syaitan Merah ini di tangga keenam. Entah-entah Pogba ni syaitan tak?

Kontrak David Moyes

Moyes – pengurus berpotensi besar di United

Selepas Alex Ferguson bersara, pihak pengurusan kelab telah menggantikan pengurus lagenda tersebut dengan seorang lagi pengurus yang berasal dari Scotland – David Moyes. Pada awalnya, Moyes diberikan kontrak selama enam tahun. Seperti yang diketahui umum, Moyes berjaya mengeluarkan United daripada tempat empat teratas, sekaligus gagal layak ke UCL pada musim berikutnya. Legend!

Chelsea Tewaskan Manchester United 6 kali

Sebagai rekod, Chelsea pernah menewaskan Manchester United sebanyak enam kali dengan kehadiran Jose Mourinho dalam perlawanan liga. Lima daripada kemenangan tersebut dicapai Chelsea ketika Mourinho menjadi pengurus, dan satu kemenangan United dengan Mourinho menjadi pengurus United.

Rooney Hatrik Enam Kali

Kapten United sekarang, Wayne Rooney telah menjaringkan hatrik sebanyak enam kali dalam Liga Perdana buat Syaitan Merah.

23 Januari 2010 – vs Hull City – 4 gol

28 Oktober 2006 – vs Bolton Wanderes – 3 gol

28 November 2009 – vs Portsmouth – 3 gol

2 April 2011 – vs West Ham – 3 gol

28 Ogos 2011 – vs Arsenal – 3 gol

20 September 2011 – vs Bolton Wanderes – 3 gol

Enam Kali Pemain Manchester United Jaringkan Lebih Daripada Tiga Gol

Sejak Liga Divisyen 1 ditukar kepada Liga Perdana Inggeris, hanya enam kali pemain Manchester United telah menjaringkan lebih daripada tiga gol dalam satu perlawanan, melibatkan empat pemain.

Andy Cole – 4 Mac 1995  vs Ipswich Town – 5 gol

Dimitar Berbatov – 27 November 2010 vs Blackburn Rovers – 5 gol

Ole Gunnar Solskjaer – 6 Feb 1999 vs Nottingham Forest – 4 gol

Andy Cole – 30 Ogos 1999 vs Everton – 4 gol

Ole Gunnar Solskajer – 4 Disember 1999 – 4 gol

Wayne Rooney – 23 Januari 2010 vs Hull City – 4 gol

Rooney di Tangga Keenam Penampilan Terbanyak

Kapten United, kini memegang rekod sebagai pemain keenam membuat penampilan terbanyak buat pasukan tersebut. 546 perlawanan domestik dan antarabangsa cukup untuk meletakkan Rooney sebagai seorang lagenda. Namun jumlah tersebut jauh banyak tiang berbanding Ryan Giggs yang mencatat 963 penampilan sepanjang 20 tahun bersama kelab.

Ryan Giggs – 963 penampilan
Sir Bobby Charlton – 758 penampilan
Paul Scholes – 718 penampilan
Bill Foulkes – 688 penampilan
Gary Neville – 602 penampilan
Wayne Rooney – 546 penampilan

Rujukan :

1- 6 kemenangan Chelsea

2- 6 hatrik Rooney

3- 6 pemain jaringkan lebih daripada 3 gol

4- Penampilan Rooney

Baca Juga

Baca Juga