Enam Pasukan Gergasi Berdepan Kemungkinan Tidak Layak ke Piala Dunia 2018

Pusingan kelayakan ke Piala Dunia 2018 kembali berlangsung pada minggu ini. Lapan pasukan telah memastikan mereka bakal menempah hotel awal-awal di Russia tahun depan – Brazil , Iran, Jepun, Mexico, Belgium, Korea Selatan, Arab Saudi dan tentunya tuan rumah – Russia.

Tatkala tahap saingan semakin kompetitif, terdapat beberapa pasukan yang gagal untuk memberikan cabaran seperti mereka sering lakukan dan lebih parah lagi, pasukan-pasukan yang boleh dikatakan sebagai gergasi ini derdepan kemungkinan gagal layak ke Piala Dunia 2018.

Belanda

Agak sukar untuk menerima Piala Dunia tanpa Belanda. Meski pun pasukan ini tidak pernah memenangi piala paling berprestij di dunia tersebut, namun kehadiran mereka sentiasa dinanti oleh peminat bola sepak di seluruh dunia.

Selepas lapan perlawanan, Belanda menduduki tangga ketiga kumpulan A di belakang Perancis yang berada di puncak, dan Sweden – dengan beza tiga mata.

Kedudukan kumpulan A | Gambar : Sportskeeda

Juara kumpulan akan layak secara automatik ke Russia dengan naib juara bakal melalui satu pusingan kalah mati.

Secara realitinya Perancis hampir pasti bakal muncul juara kumpulan, namun Belanda bakal bertemu Sweden dalam perlawanan terakhir di tempat sendiri untuk menghidupkan sisa-sisa perjuangan.

Nasib baik presiden FIFA bukan orang Belanda, kalau tak mesti dia dah ubah peraturan nak bagi Belanda layak.

Amerika Syarikat

Setakat ini hanya Mexico yang telah layak ke Piala Dunia dari Zon Concacaf di mana mereka selesa di tangga teratas kumpulan kelayakan tatkala kempen berbaki dua perlawanan. Costa Rica berada di tangga kedua diikuti Panama ketiga.

Dari zon ini, hanya tiga pasukan teratas akan layak secara terus ke Piala Dunia dan Amerika Syarikat berada di tangga keempat, satu mata dibezakan dengan Panama.

Amerika bakal bertemu Panama dan Trinidad dan Tobago dalam baki perlawanan mereka, dan jika mereka masih kekal berada di tangga keempat, mereka bakal bermain di pusingan kalah mati menentang pasukan dari Asia – sama ada Syria atau Australia.

Lagipun presiden Amerika, Donald Trump kan kaya. Hulur lah sedikit sebanyak rasuah ke pasukan lawan.

Chile

Baru beberapa tahun lalu Chile merupakan gergasi bola sepak Amerika Selatan di mana mereka telah menjuarai Copa America sebanyak dua kali berturut-turut 2015-2016.

Berada di tangga keenam, Chile berdepan cabaran yang sangat tinggi untuk layak. Empat pasukan teratas dari zon Amerika Selatan akan layak secara automatik dan pasukan di tangga kelima bakal melalui pusingan kelayakan menentang wakil Oceania iaitu New Zealand.

Berbaki dua perlawanan, Chile bakal bertemu Ecuador dan juga Brazil. Apa yang perlu Chile lakukan adalah mudah sekali – mereka perlu menang kedua-dua perlawanan dan pada masa yang sama cuba sabotaj saingan mereka – Argentina dan Peru.

Wales

Kalau nak ikut sejarah, Wales bukanlah satu pasukan gergasi namun kebangkitan sejak era mendiang Gary Speed secara tiba-tiba meletakkan Wales dalam peta bola sepak dunia.

Kini mereka berada di tangga kedua kumpulan D saingan kelayakan eropah, empat mata di belakang Serbia dan satu mata di atas Republik Ireland yang menduduki tangga ketiga.

Dua perlawanan terakhir Wales adalah menentang Georgia dan Ireland sendiri. Dengan Gareth Bale mengalami kecederaan, kekuatan pasukan ini boleh dikatakan sedikit terjejas.

Mungkin Coleman sudah boleh memanggil semula Ryan Giggs untuk menguatkan kembali pasukan ini.

Argentina

Kalau dilihat kepada senarai pemain, Argentina sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk layak ke Piala Dunia dengan mudah. Mana tidaknya, mereka mempunyai Leo Messi, Javier Mascherano, Gonzalo Higuain, Paulo Dybala dan Angel Di Maria.

Tapi tu lah, bola sepak adalah sukan yang penuh dengan kejutan.

Sakitnya tuh di sini | Gambar : Sportskeeda

Berbaki dua perlawanan, Argentina menduduki tangga kelima kumpulan kelayakan dan berhadapan saingan Peru serta Chile untuk merebut slot automatik.

Namun, jika mereka tetap berada di tangga kelima, mereka dijangka tidak menghadapi masalah untuk menewaskan New Zealand nanti.

Jika Argentina gagal ke Piala Dunia tahun depan, Messi mungkin akan menukar kerakyatan dan mewakili Catalonia.

Malaysia

Pasukan gagah dari Asia Tenggara ini tidak pernah gagal untuk layak ke Piala Dunia pada setiap edisi. Dalam edisi Piala Dunia 2014 di Brazil, pasukan yang digelar Harimau Malaya ini tewas kepada Argentina pada peringkat separuh akhir menerusi tendangan penalti.

Dengan kempen kelayakan masih berbaki dua perlawanan, Malaysia bakal berdepan saingan daripada pasukan yang sama kuat- Timor Leste dan Nepal.

Lagipun, dalam perlawanan menentang Syria bulan lalu, Harimau Malaya yang menurunkan barisan kedua mereka berjaya memebelasah Syria 7-0 dengan tenang.

Walaupun kedua-dua perlawanan ini bakal dilangsungkan di tempat lawan, Malaysia dijangka menang besar ke atas kedua-dua pasukan lantas dapat mengiringi Jepun, Iran, Korea Selatan dan Arab Saudi ke Russia tahun depan.

Artikel diolah dari sumber : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga