Enam Pasukan Liga Malaysia Berdepan Hukuman Dipotong Mata

Enam pasukan daripada Liga Super dan Liga Perdana mungkin akan dipotong mata jika mereka tidak mampu menyelesaikan baki gaji tertunggak kepada pemain, sebelum hari Jumaat nanti.

Daripada enam kelab tersebut, dua daripada Liga Super dan selebihnya Liga Perdana mempunyai hutang kepada pemain berjumlah RM5 juta dalam bentuk gaji, cukai pendapatan dan sumbangan untuk dana persaraan.

“Enam pasukan ini diberi tempoh sehingga hari Jumaat untuk menyelesaikan jumlah tertunggak. Kalau tak, mata akan dipotong,” kata CEO FMLLP, Kevin Ramalingam kepada The Star.

“Dah lama masa diberi kepada pasukan-pasukan ni. Kita pun ada bagi peringatan kepada diorang berkenaan akibatnya kalau tak langsaikan gaji tu.”

Ramalingam walaubagaimanapun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut, tetapi dia menyatakan bahawa presiden baharu FAM, Tunku Isamil menyokong hukuman ini.

“Presiden FAM ambil serius isu ini. Dia sangat menyokong perbelanjaan yang cermat. Kami memang dalam satu muka surat dalam isu ini,” tambah Ramalingam.

“Kami tahu sesetengah pasukan sedang mengalami masalah kewangan. Untuk membantu mereka, kami sedia menerima pembayaran berjadual kepada pemain yang terlibat. Kita nak pasukan-pasukan ini berusaha untuk selesaikan hutang-hutang ni.

“Saya harap semua pasukan dapat selesaikan masalah ni dan beritahu kami segera untuk mengelakkan sebarang tindakan.” kata Ramalingam.

Dua tahun lalu, Pahang telah dipotong enam mata liga, sekaligus menyebabkan mereka kehilangan tempat di Piala AFC selepas didapati bersalah gagal memenuhi tanggungjawab sosial seorang bekas pemain, dan sepatutnya pasukan-pasukan di Liga Malaysia mengambil ibrah daripada pemotongan mata ini.

Tapi tu lah, kalau tak kena ke batang hidung sendiri, memang dia buat bodoh je.

Hai-O ketika bermain bersama ATM

Persatuan Pemain Professional Bola Sepak Malaysia (PFAM) menerusi presidennya, Hairudin Omar berkata antara pasukan yang masih berhutang dengan pemain ialah Kelantan, Selangor, Sabah DYS, Kuantan FA dan juga Angkatan Tentera Malaysia.

Jadi, ada baiknya kalau selesaikan cepat gaji pemain tu. Jangan nanti dah kena potong mata tuduh satu pihak ni mempunyai perancangan halus untuk melemahkan pesaing dalam liga pula. Kesian pemain, hidup mereka bagaikan pelayar dipukul ombak di tengah laut, tidak tahu hala tuju nasib mereka.

Baca Juga

Baca Juga