Enam Perlawanan Setiap Hari Di Piala Dunia 2026

Piala Dunia 2026

Piala Dunia 2026 yang akan dikelolakan oleh tiga tuan bersama USA, Kanada dan Mexico djangka akan mempunyai 6 perlawanan dilangsungkan setiap hari bagi peringkat kumpulan.

Gianni Infantino telah mengumumkan bahawa Piala Dunia di Qatar adalah yang terbaik dalam sejarah kejohanan sebelum perlawanan akhir yang menyaksikan enam gol, satu kebangkitan dan penentuan sepakan penalti berlangsung.

Dengan aksi perlawanan akhir itu mengesahkan kenyataan itu dan ramai bersetuju apabila perlawanan akhir impian ramai telah disajikan dengan pelbagai kegilaan.

Namun di barat terutamanya Eropah mereka terus mengutuk Qatar dan menuduh pujian Gianni Infantino itu adalah untuk menutup cerita negatif Qatar sebagai tuan rumah.

Hakikatnya Piala Dunia Qatar adalah yang terbaik dengan aksi di atas padang pastinya membuahkan hasil, dengan banyak keterujaan dan kejutan, semuanya diakhiri dengan Lionel Messi yang menjulang trofi.

Lantaran terkejut dengan kekalahan kepada Arab Saudi, Argentina dan Lionel Messi terus melantun-lantun lalu menjadi juara.

Cabaran besar menanti FIFA untuk menyajikan hiburan tanpa batas di edisi seterusnya yang melibatkan 48 pasukan, bukannya 32 pasukan sepertimana yang telah gunapakai sejak 1998, dan ini bermakna mereka perlu memikirkan bagaimana format kejohanan akan dilakukan.

Dengan 32 pasukan lebih ringkas dan mudah kerana FIFA tiada masa untuk pening kepala apabila pusingan kalah mati membabitkan 16 pasukan dan kemudian lapan, empat dan dua, manakala dengan 48 pasukan tidak begitu mudah.

Cadangan awal adalah FIFA mahu menukar format kepada satu kumpulan dengan tiga pasukan, tetapi kemudian mereka menyedari betapa menariknya perlawanan ketiga di Qatar sebenarnya, terutamanya apabila Sepanyol dan Jerman hampir pulang awal pada satu ketika.

Dengan format satu kumpulan dengan tiga pasukan yang mewujudkan 16 kumpulan, semua pasukan akan bermain dua perlawanan sahaja di peringkat kumpulan dan penalti akan diperkenalkan untuk keputusan seri.

Dua teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati pusingan-32 β€” pusingan kalah mati tambahan daripada format semasa. Format ini secara asasnya sudah diterima namun kembali dikaji dan dipertimbangkan semula

Jika Piala Dunia 2026 mengekalkan format lama iaitu satu kumpulan dengan empat pasukan, ini bermakna kejohanan itu ditetapkan menjadi 104 perlawanan, diadakan selama 33 hari.

Untuk memastikan kejohanan tidak berlarutan lagi, sesuatu yang perlu diwaspadai oleh kelab, mereka perlu mengadakan enam perlawanan setiap hari semasa peringkat kumpulan

Qatar 2022 adalah kejohanan yang memakan masa lebih pendek, hanya 29 hari, tetapi masih mempunyai 64 perlawanan seperti biasa, bermakna terdapat empat perlawanan setiap hari sepanjang kumpulan.

Edisi sebelum ini hanya tiga perlawanan sehari untuk saingan peringkat kumpulan dan hanya perlawanan terakhir peringkat kumpulan dijalankan serentak. Dengan 6 perlawanan sehari akan menyaksikan 2 atau 3 perlawanan akan dilangsungkan serentak.

Sudah pasti 6 perlawanan sehari akan memberi kesukaran kepada stesen penyiar dan jadual perlawanan pasukan besar akan dilangsungkan bukan pada waktu perdana.

Piala Dunia 2026 berkemungkinan besar akan dimainkan dalam 12 kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan, mungkin akan ada pusingan 32 akhir atau terus ke pusingan 16.

Jika mempunyai pusingan 32 akhir maka juara dan naib juara akan layak secara automatik diiringi 8 pasukan tempat ketiga terbaik, jika terus ke puingan 16 akhir juara kumpulan akan layak secara automatik diiringi 4 pasukan naib juara terbaik yang langsung tidak menarik.

Semua ini hanya kemungkinan selagi FIFA tidak mengesahkan format sebenar, apa yang pasti Piala Dunia 2026 di US, Kanada dan Mexico akan mempunyai 48 pasukan.

Slot Piala Dunia 2026 mengikut benua:

AFC (Asia): 8 tempat langsung + satu untuk play-off dunia
CAF (Afrika): 9 tempat langsung + satu untuk play-off dunia
Concacaf (Amerika Utara dan Tengah, serta Caribbean): 6 tempat terus + 2 tiket play-off
CONMEBOL (Amerika Selatan): 6 tempat langsung + 1 play-off dunia
OFC (Oceania): 1 langsung + 1 play-off dunia
UEFA (Eropah): 16 tempat langsung

BACA:Β  Jabulani Dipilih Sebagai Bola Terhebat Dalam Sejarah Piala Dunia