Enam punca kemerosotan Chelsea musim ini – punca keenam mungkin menjadi punca utama.

Enam punca kemerosotan Chelsea musim ini – punca keenam mungkin menjadi punca utama.

Lima bulan lalu Chelsea dikalungkan pingat kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk musim 2014-15, dan ramai telah meramalkan cuti musim panas bakal digunakan sepenuhnya The Special One untuk memperkuatkan barisan juaranya untuk mempertahankan gelaran juara EPL musim ini.

LIma bulan yang lalu......
Lima bulan yang lalu……

Ternyata ramai tersilap, termasuk aku sendiri.

Chelsea terperosok ke tangga ke-15, dengan hanya 11 mata dari 10 perlawanan!

Lebih parah lagi, Chelsea telah tewas 5 kali, dan bolos 19 biji – 3 biji melebih jumlah bolos sepanjang musim ketika Mourinho mula menjawat jawatan pengurus The Blues pada tahun 2004.

Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan nasib The Blues dirundung malang ini? Adakah Mourinho sudah disantau oleh David Moyes?

Cesc Fabregas

Fabregas ni kalau dengan Wan Zack pun dia nak ambil kisah, tahu la level mental dia macam mana
Fabregas ni kalau dengan Wan Zack pun dia nak ambil kisah, tahu la level mental dia macam mana

Awal musim lalu, Fabregas telah membuat 12 assist dalam hanya 8 perlawanan – satu pencapaian yang tidak tertanding oleh mana-mana pemain tengah dalam EPL pada tempoh tersebut. Namun segalanya berubah apabila calendar EPL memasuki bulan Januari.

Prestasi Fabregas secara tiba-tiba merudum dan terus merudum sehingga ke akhir musim dan lebih teruk lagi, terbawa-bawa ke musim baru.

Inilah antara sebab kenapa Barcelona dengan rela hati melepaskan Fabregas kepada Chelsea pada awal musim 2014-15, kerana prestasinya terumbang-ambing.

Jika di awal musim lalu, Fabregas dan Matic membentuk satu gandingan yang luar biasa dan membebaskan Hazard dari cengkaman pihak lawan dan membenarkannya bergerak bagai kapas di udara, ke sana ke sini dengan bebas.

Tetapi musim ini, Matic dan Fabregas bagaikan tiada kesefahaman antara mereka. Fabregas kurang mengambil tanggungjawab untuk bertahan dan sebaliknya mengharapkan Matic dan pertahanan untuk menangkis serangan pihak lawan.

Si Kuda Tua Terry

Terry - kuda tua yang semakin tenat
Terry – kuda tua yang semakin tenat

John Sleep-With-Friend’s-Wife Terry menjangkau usia 35 tahun pada tahun ini dan seperti pemain lain, semakin berusia, semakin perlahan pergerakannya. EPL memang kita sedia tahu satu liga yang sangat laju hinggakan pemain hebat seperti Shevshenko, di Maria, Crespo dan lain-lain lagi gagal untuk menyesuaikan diri.

Setiap pasukan yang bertanding di EPL mempunyai pemain serangan yang pantas, kerana taktikal bola sepak Inggeris lebih banyak fokus untuk serangan balas dan bertunjangkan poacher.

Lihat kejayaan Manchester City yang mempunyai Sterling dan Aguero, Arsenal  pasca Alexis Sanchez, Leicester yang mempunyai kepantasan Jamie Vardy dan rakan-rakan, dan West Ham yang mempunyai kepantasan Sakho, Payet dan Valencia.

Lebih teruk lagi, Gary Cahill pula gagal memainkan peranan dengan baik untuk membantu John Terry memperkuatkan barisan pertahanan sang juara. Dari Matic sehingga ke Cahill, segalanya tidak menjadi!

Petr Cech

Begovic ganti Cech? Seriously?
Begovic ganti Cech? Seriously?

Menjual Petr Cech kepada musuh setempat – Arsenal adalah satu kesilapan, tetapi kesilapan yang lebih besar ialah menggantikan penjaga gol lagenda dengan seorang pemain yang belum pernah bermain di peringkat tertinggi – Asmir Begovic, yang diambil dari Stoke City.

Musim lalu, Curtois sentiasa mempamerkan prestai yang cemerlang kerana secara psikologinya dia faham bahawa kesilapan yang bodoh akan menyebabkannya kehilangan tempat utama kepada seorang lagi penjaga gol hebat, Cech.

Musim ini Curtois dilihat secara totalnya akan mengekalkan tempatnya di antara dua tiang gol Chelsea kerana pencabarnya, Begovic dan Blackman, bukanlah penjaga gol kelas dunia. Lihat sahaja kesilapan Begovic ketika pra musim di Amerika Syarikat apabila melepaskan gol mudah menentang pemain remaja kelab Major League Soccer.

Kesimpulannya, seorang penjaga gol kelas dunia memerlukan saingan penjaga gol yang bagus, jika bukan kelas dunia, untuk membantunya meningkatkan prestaasi.

Nasib Curtois seakan sama dengan nasib penjaga gol Liverpool – Mignolet dan Kelantan – Apek; tiada saingan untuk merebut tempat.

Pembelian musim panas yang teruk!

Stone - gagal dibeli Chelsea
Stone – gagal dibeli Chelsea

Tidak seperti biasa, Mourinho begitu mudah sekali mendapatkan pemain idamannya tetapi situasi musim panas 2015 berlainan. Chelsea dikaitkan dengan ramai pemain  terutamanya John Stone.

Stone adalah pemain muda bermain di posisi pertahanan tengah bersama pasukan Everton dan dia dilihat sebagai pertahan utama masa depan England dan dia adalah seorang calon jangka panjang yang sesuai untuk menggantikan John Terry.

Malangnya, Chelsea tidak mahu membayar harga yang ditetapkan Everton yang dilihat terlalu mahal – itu juga merupakan taktik Everton untuk tidak melepaskan ayam tambatan mereka.

Satu lagi kesilapan Mourinho ialah mendapatkan Radamel Falcao untuk memberikan saingan kepada Diego Costa, dan itu adalah sesuatu yang yang mustahil akan berlaku!

Falcao telah membuktikan bahawa EPL bukanlah tempatnya untuk mencari makan ketika beraksi bersama Manchester United musim lalu.

Kesilapan meminjam Falcao ditambah pula dengan pembelian Pedro Rodriguez-seorang wing forwad. Chelsea bukanlah satu pasukan yang gemar menyerang dengan menggunakan bahagian sayap dan kemasukan Pedro bagaikan cuba membawa dimensi baru kepada Chelsea – tetapi gagal!

Tekanan yang dialami Mourinho

mourinho-wenger
Mourinho lebih fokus untung bertengkar dengan Wenger dari menyelamatkan Chelsea

Menjadi pengurus pasukan Chelsea merupakan satu kerja yang sangat memeningkan. Seseorang pengurus itu perlu memuaskan hati tiga pihak – pemain yang semakin lama semakin DIVA, penyokong dan pemilik – Encik Abramovich.

Abramovich seorang yang sangat suka mendesak. Ketika Mourinho membawa kejuaraan demi kejuaraan ketika kali pertama mengurus Chelsea, Abramovich mahukan permainan yang cantik seperti tiki-taka. Akan tetapi jika permainan cantik tetapi kalah, pengurus akan dibuang.

Dalam keadaan yang semakin terdesak ini, Mourinho sangat memerlukan sokongan dari pemilik – sesuatu yang mustahil, dari peminat – yang sentiasa berada di belakangnya, dan terutamanya para pemain – yang dilihat mula mengalami masalah di bilik persalinan.

Ironinya, ketika Chelsea dirundung malang, Mourinho dilihat lebih fokus untuk bertikam lidah dengan pengendali Arsenal, Arsene Wenger. Minggu lalu ketika dia ditanya mengenai denda Premier League terhadanya yang berjumlah 50,000 GBP, Mour telah mengaitkan kesalahannya dengan Wenger. Sukar untuk memahami insan istimewa ini.

 Eva Carneiro

BvwYuz8IMAA8q4d
Wajah dan ‘wajah’ yang dirindui pemain Chelsea

Sebaik sahaj Eva disingkirkan dari Chelsea, para pemain Chelsea bagaikan anak ayam kehilangan ibu.  Bermain tanpa arah tujuan, hantaran bola tidak tepat, jaringan gol tidak disambut.

Sangat berbeza.

Mungkinkah pemain Chelsea kekurangan kasih sayang setelah ketiadaan Eva?

Mungkin juga.

Baca Juga

Baca Juga