Encik Jimie AC Milan ‘Dalam Kenangan’

Penghujung 2015 tidak silap penulis mula bertebaran di muka buka berita tentang seorang rakyat Malaysia yang berkhidmat bersama kelab gergasi Italy yang penuh bersejarah iaitu AC Milan bukannya jual gelang AC Mizal tuan-tuan.

Tetapi kini Encik Jimie dalam kenangan dan AC Milan masih ada dan Utuh. Segalanya berakhir setelah segala pembongakan Encik Jimie didedahkan dengan penuh bergaya oleh CO-Founder SemuanyaBola, Encik Ahmad Muzammil seperti bola sepakan penalti Sergio Ramos begitulah terjadi kepada akaun FB Encik Jimie, LENYAP!

Encik Jimie vs Encik Bakri

Kehadiran Encik Jimie yang #WeAreACMilan pantas dihidu oleh peminat dan penggemar bola sepak di alam maya. Penulis mula mengesan kehadiran Encik Jimie melalui satu ruangan komen selepas kekalahan Kedah kepada Selangor di Final Piala Malaysia 2015.

“Power betei pengetahuan beliau” Getus hatiku seraya menekan butang tambah kawan dan tidak menyangka bahawa tindakan itu bakal membawa ke AC Milan.

Tidak lama selepas itu Marcote tidak lagi bersama Kedah, kemudian telah tular satu posting di laman sosial bertajuk “Fakta siapakah coach Ramon Marcote aka Marco?” dan menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia dan ada beranggapan itu hanya fantasi si penulis.

Bermula disinilah penulis mula mengikuti Encik Jimie secara serius dan beliau mengakui bekerja sebagai scout atau pengesan bakat dan bukannya pengakap bersama AC Milan selepas berhenti kerja sebagai doktor perubatan.

Pengetahuan Encik Jimie dalam bola sepak sangat tinggi tanya saja pasal taktikal, teknikal, drill dan sains sukan semua boleh dijawab dengan jelas serta terang lagi bersuluh. Tidak cukup dengan itu Encik Jimie juga akan memberi beberapa pautan tambahan untuk rujukan lanjut.

Antara cerita yang pernah dimitoskan oleh Encik Jimie kepada penulis.

  1. Encik Jimie merupakan rakan karib kepada Ramon Marcote. NFDP mempertimbangkan untuk melantik dia. Dia expert in intelligent aspect in football. NFDP tiada expert in intelligent aspect. NFDP hanya focus pada technical aspect dan basic aspect sahaja.
  2. Saya sejak 2008. Pernah supply pemain pada PSV, Ajax, Benfica, Anderlecht, AC Milan, Atletico Madrid, Villareal, CSKA Moscow, Serie B dan liga Denmark. Total 42 orang pemain. Antara 42 orang tu, hanya 34 yang berjaya mencipta nama. Selebihnya masalah injury.
  3. Empat tahun lepas saya supply Donnarumma kepada AC Milan. Hari ni dah jadi goal keeper utama. AC Milan berpuas hati dan offer serta tawaran kerja pada saya.
  4. Arsenal
  5. AC Milan rate him very highly. Malah dah cop sebagai pengganti Buffon. Donnarumma hanya bermain penjaga gol futsal dan penjaga gol sekolah semasa saya nampak talent beliau selama dua minggu di Italy.
  6. Manchester United
  7. Untuk kedah, saya membuat scouting terhadap Liridon Krasniqi pada tahun 2010 dan membawa beliau pada tahun 2015. Jarak masa 5 tahun adalah kerana menunggu beliau tamat kontrak dan menunggu beliau sembuh kecederaan pada 2014.

Rentetan dari perkenalan dengan Encik Jimie maka penulis memperkenalkan Encik Jimie kepada Eikrem salah seorang penulis The Sukan yang ketika itu baru menamatkan kursus awalan kejurulatihan. Nyata hubungan Eikrem dan Encik Jimie mekar subur di hati. ??

Encik Jimie Dan AC Milan

Melalui akaun personalnya, Encik Jimie telah berkongsi info dan maklumat berkenaan AC Milan dan sering disudahi dengan hashtag #WeAreACMilan. Ulasannya mengenai taktikal bola sepak yang sebati dengan Itali, Cantenacio juga boleh dikatakan superb dengan penerangan yang panjang lebar, tepat dan jitu.

Sebelum menjadi jurulatih pemegang lesen kelas A UEFA, Encik Jimie turut mendakwa bahawa dia merupakan seorang doktor perubatan, namun demi minat yang mendalam dalam bola sepak, dia melepaskan tugasnya sebagai doktor.

Encik Jimie boleh penulis simpulkan sebagai individu yang sangat obses dengan dengan AC Milan dan amat membenci media Inggeris. Encik Jimie seringkali bersikap holier than thou, iaitu dia lebih betul daripada orang lain. Malah Encik Jimie juga pernah menempelak beberapa status page sukan yang berkongsi ilmu bola sepak dan bercakap mengenai AC Milan.

Encik Jimie Scammer/Penipu?

Beberapa hari sebelum pendedahan mengenai Encik Jimie ini dibuat oleh Encik Ahmad Muzammil di laman muka bukunya telah kedengaran bahawa Encik Jimmy ini penipu. Agak terkejut, terkedu lalu terkentut tanpa membuang masa segera ke tandas melepaskan hajat.

Namamu Selamanya Dihati

Ramai yang menjadi mangsa dan merasa tertipu dengan Encik Jimie tetapi mereka termasuk kami di The Sukan mengakui Encik Jimie seorang yang berpengetahuan tinggi dalam bola sepak tetapi kenapa perlu menipu?

Encik Jimie juga dikatakan telah mempermainkan hati wanita dengan pesona AC Milannya tetapi kita serahkan saja cerita ini kepada page Kisah Rumah Tangga kerana lagi ramai hati lelaki yang bergelar peminat bola sepak dimainkan oleh Encik Jimie terutama Eikrem.

Encik Jimie vs Encik Eikrem

Rasanya Eikrem merupakan individu yang paling terkesan di dunia ini dengan pembongakan Encik Jimie ini, selepas diperkenalkan kepada Encik Jimie hampir setahun yang lepas hubungan mereka kekal kembang subur di hati masing-masing umpama pokok kunyit.

Melalui penyelongkaran yang dibuat ke atas telefon pintar Eikrem kali terakhir mereka berhubung pada 8 Februari 2017. Sungguh intim. Kah Kah Kah.

Seakan tidak dapat menerima kenyataan dengan berita ini, Eikrem telah bermimpi (aku rasa mengigau) dengan menyebut nama Jimie! Jimie! ketika di dalam bas dan mungkin kerana menganggu penumpang lain pemandu bas telah mengejutkan dengan menempeleng ubun-ubun Eikrem laju-laju.

Hingga terbawa ke mimpi. Apa kejadahnya! Kah Kah Kah. Hanya mampu ketawa dan menambah derita serta menyebarkan cerita ini melalui penulisan untuk dibahan. Tetapi banyak ilmu yang Encik Jimie curahkan kepada Eikrem.

Semoga Eikrem Hanya bermimpi Dan Tidak Menangis Dan Terus Menulis Di The Sukan

Keterangan Lanjut

Eikrem juga dihubungi oleh beberapa teman istimewa Encik Jimie. Berseloroh banyak benda yang realiti. Seperti nama penuh Encik Jimie dan pelbagai maklumat peribadi beliau. Kami tidak akan kongsikan di sini demi menjaga adab bersosial.

Di katakan namanya Zul. Mengundi di Kedah & iras Lubnan itu ada. Biarlah menjadi rahsia Eikrem buat selama-lamanya.

Untuk pengetahuan semua. Sejak perkenalan penulis dengan Encik Jimie, beliau mudah untuk menjawab semua soalan yang ditanya. Suka berchatting. Kalau dah pegang keypad jangan harap ianya akan berhenti.

Pesanan Akhir Encik Jimie

No komen Eikrem sebab saya tak buat AFC. You simpan & guna tips tu betul-betul. Because probably in 3-4 days later, saya deactivate FB ni. Nak create new fb just for running page. I plan nak buka page untuk sharing silibus latihan, probably page in english. Using this fb for sharing drills, wartawan selalu kacau saya, nak interview sana sini. Milan didn’t give me power to accept any interviews. Only yang pangkat ketua je dapat power tu. Contoh ketua akademi, ketua development, ketua jurulatih, ketua youth coach, ketua scout, ketua medical team, ketua sport science, ketua fisio, ketua diet, ketua chef etc etc.

Kesan Sampingan di The Sukan

Eikrem terus menonton movie Fight Club untuk membetulkan semula mindanya yang telah disenggama selama setahun lebih.

Eikrem selaku penguber tegar tidak lagi kisah tenang fare rate pada aplikasi Uber beliau. 1.4km selamba dihenjutnya demi menghilangkan bayangan muka Jimie.

Encik Bakri demam serta gastrik. Semoga cepat sembuh.

Rusdy Ahmad telah mendidikasikan sebuah lagu kepada Encik Jimie dengan nada naik turun.

Bagi yang membaca kisah ini anda perlu faham cara penulisan & penyampaian The Sukan. Bukan sahaja pasukan di Liga Inggeris bahkan penulis sendiri akan dibahan-adunkan oleh penulis yang lain.

Encik Jimie

Semoga Encik Jimie membaca tulisan ini. Kembalilah Jimie kami sedia menerima kamu kembali. Ku sambut tanganmu di lembayung senja, lukisan sejarah mengukir kulitmu.

Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Kesimpulan

Syurga Dipenuhi Pendosa Yang Bertaubat, Neraka Pula Dipenuhi Orang Alim Yang Munafik.

Baca Juga

Baca Juga