England Akhirnya Umum Skuad Rasmi ke Piala Dunia 2022

skuad england

Pengurus pasukan England, Gareth Southgate telah menamakan skuad England yang disertai 26 pemain untuk Piala Dunia Qatar 2022 yang ditunggu oleh peminat bola sepak seluruh dunia.

Entah kenapa England sentiasa menjadi bualan peminat bola sepak, mungkin kerana populariti Premier League dan media England yang menjadi rujukan media seluruh dunia.

Skuad itu diumumkan pada petang Khamis sebelum pemain tiba di kem pada pagi Isnin selepas perlawanan terakhir kelab domestik hujung minggu ini.

Jordan Henderson dan Raheem Sterling berada dalam senarai yang akan turut menyertai senarai terkenal pemain England yang pernah bertanding di tiga Piala Dunia.

Southgate telah memilih pasukan dengan gabungan pemain muda dan berpengalaman, dengan 13 pemain bersedia untuk Piala Dunia pertama mereka.

Tiga lagi menuju ke kejohanan utama senior sulung mereka iaitu Conor Gallagher, James Maddison dan Callum Wilson.

Conor Gallagher adalah seorang juara kerana mempunyai pingat Piala Dunia bawah 17 tahun pada tahun 2017, Phil Foden turut dinamakan antara pemain untuk kejohanan itu.

Pada Piala Dunia 2018, England mempunyai skuad kedua termuda apabila mencapai purata umur 26 tahun dan Three Lions telah menamakan satu lagi kumpulan pemain muda, dengan purata umur 26.4.

Pengurus Three Lions itu telah menamakan tiga penjaga gol, lapan pemain pertahanan, enam pemain tengah dan lapan penyerang dalam skuadnya, walaupun perlu diperhatikan fleksibiliti dalam skuad dengan pemain di setiap bahagian yang mampu bermain di beberapa posisi lain.

Kakitangan kejurulatihan England akan menuju ke St. George’s Park pada hujung minggu, sebelum ketibaan pemain pada hari Isnin.

Mereka kemudiannya akan terbang ke Qatar pada pagi Selasa menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan B Three Lions menentang Iran di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Isnin 21 November 2022.

Perlawanan kedua England menyaksikan mereka menentang Amerika Syarikat pada Jumaat 25 November di Stadium Al Bayt sebelum perlawanan ketiga Kumpulan B menentang negara jiran Wales pada Selasa 29 November di Stadium Ahmad bin Ali .

Kejohanan itu akan berlangsung pada Isnin 21 November apabila tuan rumah Qatar menentang Ecuador dan Perlawanan Akhir berlangsung pada Ahad 18 Disember.

Dan inilah senarai akhir skuad rasmi England ke Piala Dunia 2022:

Penjaga Gol:

Jordan Pickford (Everton)
Nick Pope (Newcastle United)
Aaron Ramsdale (Arsenal)

Pertahanan:

Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
Conor Coady (Everton, loan from Wolverhampton Wanderers)
Eric Dier (Tottenham Hotspur)
Harry Maguire (Manchester United)
Luke Shaw (Manchester United)
John Stones (Manchester City)
Kieran Trippier (Newcastle United)
Kyle Walker (Manchester City)
Ben White (Arsenal)

Tengah:

Jude Bellingham (Borussia Dortmund)
Conor Gallagher (Chelsea)
Jordan Henderson (Liverpool)
Mason Mount (Chelsea)
Kalvin Phillips (Manchester City)
Declan Rice (West Ham United)

Penyerang:

Phil Foden (Manchester City)
Jack Grealish (Manchester City)
Harry Kane (Tottenham Hotspur)
James Maddison (Leicester City)
Marcus Rashford (Manchester United)
Bukayo Saka (Arsenal)
Raheem Sterling (Chelsea)
Callum Wilson (Newcastle United)

Penantian dan teka-teki skuad akhir yang bakal dibawa Gareth Southgate akhirnya menemui titik noktah dan pasti keputusan Southgate ini akan terus menjadi pertikaian.

Sebelum ini Southgate telah mengeluarkan nama 55 pemain untuk senarai awal atau skuad sementara Piala Dunia 2022 sebelum menyisihkan pemain sehingga tinggal untuk senarai akhir.

Perbincangan mengenai pemain tertentu terus mencetuskan perdebatan dengan persaingan yang wujud. Tetapi akhirnya, keputusan muktamad terletak pada Gareth Southgate.

Chris Smalling yang cemerlang bersama AS Roma tidak tersenarai untuk Piala Dunia 2022 walaupun Jose Mourinho berpendapat bek tengah itu berhak mendapat peluang kedua dalam skuad Three Lions selepas menyerlahkan kepelbagaian beliau bermain dengan tiga bek.

BACA:  Jack Butland Salahkan Polisi Perpindahan Stoke Sebagai Punca Mereka Tersingkir