Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib menimpa England kerana telah didenda oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) selepas beberapa pemain telah melanggar peraturan yang ditetapkan FIFA.
FA telah didenda selepas FIFA mendapati beberapa orang pemain England telah melanggar peraturan media dan pemasaran ketika perlawanan suku akhir menentang Sweden di mana England menang dan layak ke separuh akhir.
“Beberapa pemain pasukan England secara berterusan mempamerkan jenama komersil yang tidak dibenarkan dalam pemakaian pemain sebelum dan ketika perlawanan suku akhir Piala Dunia antara Sweden dan England.” Jelas FIFA dalam satu kenyataan rasmi.
“FIFA sebelum ini telah meminta Football Association(FA) untuk menghentikan aktivit yang boleh dikenakan denda.”
#England fined for @TRUsox transgression. Joint second highest fine at #WorldCup behind #Argentina's 105,000 Swiss franc (£80,000) punishment after fans threw objects and chanted homophobic abuse. Well done #FIFA for keeping those priorities in order https://t.co/qntlhfUgoI
— Tristan (@TDP_Sports_Ent) July 11, 2018
Hukuman ini dikenakan kerana Raheem Sterling, Eric Dier dan Dele Alli telah memakai stokin yang tidak dibenarkan oleh badan bola sepak dunia itu.
FIFA nyata tidak gembira dengan Trusox yang merupakan satu jenama bebas yang diedarkan dari Devon mendapat pendedahan percuma.
Fungsi stokin itu adalah untuk menyokong kaki pemain dengan memberi lebih cengkaman dan selesa ketika beraksi di padang.
Stokin sukan ini mempunyai panel anti-slip, teknologi cengkaman ketika basah dan dan menyerap kelembapan pada tahap maksimun sekaligus memberi rasa sedap kepada kaki pemain.
Sweden defender Andreas Granqvist receives £50,000 fine from FIFA because some black dots on his socks visible, which is giving the trusox company free exposure.
— Mootaz Chehade (@MHChehade) July 8, 2018
Pemakaian stokin ini sangat popular dikalangan pemain ketika perlawanan. Luis Suarez, Alexis Sanchez, Radamel Falcao dan Gareth Bale antara pemain yang memakai stokin ini.
Trio England, Raheem Sterling, Eric Dier dan Dele Alli dilihat memakai stokin menerima nasib sama seperti pemain Sweden Andreas Granqvist yang turut didenda.
Pemain veteran Sweden itu telah memakai stokin Trusox bersama stokin tajaan Adidas yang menaja stokin pasukan Sweden semasa kempen Piala Dunia termasuklaj perlawanan menentang England.
Denda yang dikenakan adalah sebanyak lebih £50,000.