England Juara Piala Dunia U17 Selepas Bangkit Membenam Sepanyol

Penantian England selama 51 tahun untuk menjulang Piala Dunia akhirnya makbul pada tahun 2017, Young Lions bukan sahaja mendapakap satu Piala Dunia tahun ini tetapi dua selepas skuad England menjulang Piala Dunia U17.

Pada awal tahun ini pasukan England U20 telah memenangi Piala telah menjadi pemangkin untuk skuad England U17 mengulangi pencapaian tersebut di Piala Dunia U17 yang berlangsung di India.

Skuad England U17 telah menewaskan Sepanyol 5-2 dengan aksi kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan dua gol tanpa balas. Rhian Brewster merapatkan jurang sebelum pemain tengah Wolve Morgan Gibbs-White menyamakan kedudukan.

Phil Foden meletakkan England dihadapan sebelum Marc Guehi menambah jaringan untuk kedudukan England mendahului 4-2. Foden yang jugak wonderkid dari Manchester City melengkapkan malam kebangkitan gemilang England untuk gol ke-5 dan gol ke-2 peribadi.

Kedua-dua gol Sepanyol pula di jaringkan Sergio Gomez. Satu perlawanan akhir yang penuh dramatik.

Baca Juga

Baca Juga