England Selayaknya Menanggung Derita Kalah Final Atas Kelakuan Mereka

Legenda Bayern Munich, Lothar Matthaus telah menegaskan yang England dan para penyokong mereka selayaknya untuk trauma atas kekalahan kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020.

Skuad kendalian Gareth Southgate berjaya mendahului permainan dalam aksi perlawanan akhir tersebut menerusi Luke Shaw pada minit ke-2 permainan.

Walau bagaimanapun, jaringan pendahuluan yang dijaringkan oleh Shawberto Carlos di hadapan para penyokong mereka di Wembley tidak bertahan lama.

Skuad kendalian Roberto Mancini berjaya untuk bangkit kembali mengikat kedudukan menerusi Leonardo Bonucci yang menjaringkan gol penyamaan pada aksi babak kedua permainan.

Harry Maguire dan Harry Kane kedua-dua mereka berjaya menjaringkan gol ketika aksi penentuan sepakan penalti untuk England.

Namun Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka masing-masing gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Harapan para penyokong England untuk menjulang Piala pertama mereka sejak 1966 terkubur sepi selepas kekalahan kepada Itali dalam aksi perlawanan akhir itu.

Sementara The Azzuri pula berjaya menjulang Piala kejuaraan European Championship 2020 seterusnya mengukuhkan rekod tidak terkalahkan mereka selepas mengharungi 34 perlawanan.

Terbaru, Matthaus telah mengeluarkan kenyataan seolah menambah garam dan lemon pada luka dihati para penyokong The Three Lions.

Matthaus mengecam dan mengeji perbuatan tidak bermoral yang ditunjukkan oleh para penyokong England sepanjang kejohanan Euro 2020 ini.

“Para penyokong England mengejek kanak-kanak perempuan yang memakai jersi Jerman.”

Tulis beliau dalam satu ruangan di akhbar Jerman, Bild.

“Mereka mengacau nyanyian lagi kebangsaan pasukan lawan. Penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel diganggu dengan suluhan laser ketika Kane mahu mengambil sepakan penalti yang mana Raheem Sterling dive untuk memenangi penalti dalam aksi perlawanan di peringkat separuh akhir itu.”

“Tambahan pula, mereka turut mengganggu para pemain mereka sendiri dengan gangguan berunsur perkauman. Kepada orang-orang Inggeris, itu bukan tindakan yang baik dalam sukan yang kami tak tahu kamu miliki sikap itu dan kami tak mahu melihatnya lagi.”

“Jadi, saya bersimpati dengan para pemain, tapi mereka semua selayaknya trauma dengan kekalahan menerusi sepakan penalti dalam perlawanan akhir itu.”

Para penyokong England dikritik terus kerana mereka mengejek salah seorang penyokong kanak-kanak yang menangis ketika kekalahan Jerman di tangan The Three Lions dalam pusingan 16 terbaik sebelum ini.

Kempen JustGiving telah berjaya mengumpul dana berjumlah £30,000 untuk kanak-kanak tersebut, namun mulianya hati beliau, kanak-kanak perempuan itu telah menyumbangkan semula semua dana itu kepada UNICEF.

Raheem Sterling dituduh dengan sengaja melakukan aksi dive dengan mendakwa beliau dikasari oleh Joakim Maehle, sebelum Kane menjaringkan gol dari kesempatan tersebut, seterusnya membawa England ke aksi perlawanan akhir.

Pengurus England Gareth Southgate turut memohon kepada para penyokong England supaya tidak mengganggu nyanyian lagu kebangsaan Itali selepas melihat penyokong mereka melakukan hal tersebut ketika Denmark dan Jerman menyanyikan lagu kebangsaan mereka.

Terlalu banyak contoh sikap tak bertamadun yang ditunjukkan oleh para penyokong England sepanjang kejohanan Euro 2020 ini dan seluruh dunia telah mengecam mereka.

Fil Sollof yang merupakan salah seorang ahli ‘England Fans Travel Club’ dan beliau telah menjadi penyokong The Three Lions di serata dunia selama hampir 20 tahun.

Beliau percaya situasi yang berlaku pada hujung minggu lalu itu tidak akan memberi impak pada jangka masa pendek ini sahaja, ia akan memberi impak yang besar pada jangka masa panjang juga.

Shaw dan Phillips cuba tenangkan Saka

Penyokong yang kini berusia 56 tahun itu telah mendedahkan bahawa:

“Saya sudah merantau ke seluruh dunia untuk menonton dan menyokong England dan saya tak pernah lihat situasi seperti hujung minggu lalu.”

“Ia sesuatu yang sangat memalukan dan membuatkan saya rasa malu untuk mengaku yang saya penyokong England.”

“Malam itu sepenuhnya tidak terkawal dan pihak steward juga tak mampu nak urus. Segala harapan untuk kita urus Piala Dunia 2030 patut berakhir.”

Persatuan bola sepak England bakal berdepan dengan empat pertuduhan dari UEFA ekoran dari kekecohan yang berlaku ketika aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 di Wembley hujung minggu lalu.

Perlawanan akhir pertama England sejak 55 tahun lalu telah dicemari sepenuhnya oleh insiden ngeri, kejam dan tindakan dungu para penyokong Three Lions di luar Stadium.

Menjelang sepak mula perlawanan, penyokong yang tidak mempunyai tiket telah merempuh masuk ke stadium dan turut merobohkan beberapa pintu masuk di Wembley.

Penyokong-penyokong dungu itu juga telah menimbulkan kekecohan yang melampau dan turut mencetuskan pergaduhan sesama mereka.

Kebanyakan penonton mengeluh kerana tempat mereka telah diambil oleh si dungu yang merempuh masuk stadium tanpa tiket itu.

Perbalahan di luar stadium di bawa ke dalam stadium dengan mereka bergaduh berebut tempat duduk antara penyokong ada tiket dengan si dungu yang tiada tiket.

Lebih teruk lagi, anak lelaki kepada pengurus Itali, Roberto Mancini terpaksa menonton aksi babak pertama perlawanan dari tangga stadium sahaja selepas tempat duduknya diambil oleh orang lain.

Pihak FA telah didenda dengan denda bernilai £25,630 kerana mereka gagal untuk mengawal masalah berkait para penyokong tak bertiket itu.

Ia juga termasuk kesalahan para penyokong yang menyuluh laser ke muka Kasper Schmeichel ketika aksi kemenangan England menewaskan Denmark di peringkat separuh akhir sebelum ini.

Kini mereka berdepan dengan empat lagi pertuduhan termasuk kesalahan penceroboh padang, kesalahan melontar objek dari tempat duduk penyokong ke arah Leonardo Bonucci, buat kecoh semasa Itali menyanyikan lagu kebangsaan dan pembakaran bom suar di dalam stadium.

UEFA turut mengesahkan yang badan disiplin mereka sedang menyiasat beberapa lagi kesalahan berkait keganasan yang dilakukan oleh para penyokong England.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh UEFA yang menyatakan bahawa:

“Kertas siasatan telah dibuka berkait insiden yang berlaku ketika aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020.”

“Pertuduhan yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak England:

– Pencerobohan masuk ke dalam padang permainan oleh penyokong – Artikel 16(2) (a) mengikut peraturan disiplin UEFA (DR)

– Melontar objek oleh para penyokong – Artikel 16(2) (b) DR

– Kekacauan yang dicetuskan oleh penyokong ketika nyanyian lagu kebangsaan – Artikel 16(2) (g) DR

– Menyalakan bom suar/ bunga api oleh para penyokong – Artikel 16(2) (c) DR

“Urusan ini akan diuruskan oleh unit kawalan, Etika dan badan disiplin UEFA (CEDB) dalam tempoh tertentu.”

“Berkecuali dan bersesuaian dengan Artikel 31(4) DR, unit etika UEFA dan pegawai tatatertib telah dilantik untuk mengambil tindakan dan menyiasat tentang kesalahan yang berlaku ketika insiden yang berlaku di dalam dan di sekitar stadium.”

“Segala maklumat terperinci tentang hal ini akan diumumkan pada waktu yang ditetapkan nanti.”

Sumber: SPORTbible

Daily Mail

BACA:  England Layak ke Pusingan Kalah Mati Euro 2020 Selepas Belgium Tewaskan Finland