Enrique Dedah Sepanyol Berlatih 1,000 Sepakan Penalti Untuk Elak Kekalahan Tapi….

1000 penalti

Pengurus Sepanyol, Luis Enrique telah mendedahkan bahawa pemain Sepanyol telah pun berlatih 1,000 sepakan penalti sebelum hadir ke Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar, tapi…….

Tapi kesudahannya satu dunia tahu bagaimana, Sepanyol tersingkir dari Piala Dunia kali ini, tewas teruk dan tidak melawan di penentuan sepakan penalti.

Latihan tubi sepakan penalti Sepanyol ini sangat menakjubkan dan luar biasa dan semua ini dilakukan bagi mengelakkan kekecewaan teruk di penentuan sepakan penalti.

Sepanyol tersingkir daripada separuh akhir Euro 2020 oleh penjulang trofi perlawanan akhir, Itali dalam penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 1-1 selepas 120 minit dan mereka menang penalti vs Switzerland di suku akhir.

Luis Enrique mendedahkan bahawa, berikutan kekalahan itu, dia telah menetapkan pemainnya “kerja rumah” untuk mengambil “sekurang-kurangnya 1000” penalti, bertujuan untuk mengelak nasib dan kekecewaan yang serupa di Qatar.

“Saya membayangkan bahawa mereka telah membuat kerja rumah mereka. Lebih setahun yang lalu, di salah satu kem Sepanyol, saya memberitahu mereka mereka perlu ke sini dengan sekurang-kurangnya 1,000 penalti diambil.”

“Jika anda menunggu sehingga ke sini untuk berlatih penalti… [ia tidak akan mencukupi]” katanya kepada pemberita.

“Ia adalah detik ketegangan maksimum, masa untuk menunjukkan keberanian anda dan anda boleh melakukan sepakan penalti mengikut cara yang anda telah buat, jika anda telah berlatih sebanyak seribu kali.”

Luis Enrique telah melatih pemainnya untuk sepakan penalti sejak setahun yang lalu dan melahirkan keyakinan bahawa dengan latihan ini pemain mampu mengatasi ketegangan dan kurang bergantung kepada nasib.

“Ini dapat menggambarkan banyak perkara tentang setiap pemain. Ia boleh dilatih, terurus, cara anda menguruskan ketegangan.’

“Ia semakin kurang bergantung kepada nasib – penjaga gol mempunyai lebih banyak pengaruh. Kami mempunyai penjaga gol yang sangat baik, mana-mana daripada ketiga-tiga mereka boleh melakukannya dengan sangat baik dalam situasi ini.”

“Setiap kali kami tamat latihan, saya lihat ramai pemain mengambil penalti.”

Malahan Enrique bukan sahaja yakin dengan kemampuan sepakan penalti pemain pasukan Sepanyol tetapi ketiga-tiga penjaga mereka juga mampu untuk menyelamatkan gawang.

Keyakinan itu telah dilaungkan oleh Luis Enrique dalam satu sidang media menjelang perlawanan pusingan 16 terakhir menentang Maghribi dan Sepanyol bersedia dari segenap segi.

Dalam empat Piala Dunia terakhir, Sepanyol hanya melepasi pusingan 16 terakhir sekali — apabila mereka dinobatkan sebagai juara pada 2010.

“Saya tidak peduli dengan keputusan itu, saya mahu mengawal apa yang boleh saya kawal sebagai jurulatih. Saya menggalakkan pemain saya melupakan keputusan itu juga, keputusan akan datang,” kata Luis Enrique.

Luis Enrique langsung tidak mengambil pusing dengan rekod tidak berapa cantik Sepanyol di Piala Dunia selepas bergelar juara pada 2010.

“Bola sepak tidak selalunya permainan yang adil. Saya yakin kami mempunyai lebih banyak merit daripada Maghribi. Jika kami tidak melakukannya, saya akan baik-baik saja.

“Falsafah kami adalah sama. Kami cuba dan menghiburkan peminat supaya mereka seronok menonton kami. Kami tidak sepatutnya pergi dan meraih kemenangan, kami perlu menghiburkan penonton.”

Ternyata benar telahan Enrique yang sememangnya telah menghadirkan hiburan kepada penonton selepas keputusan perlawanan antara Sepanyol dan Morocco diketahui.

Morocco telah berjaya mencatatkan kemenangan di penentuan sepakan penalti dengan satu kemenangan yang selesa apabila Sepanyol gagal menjaringkan kesemua tiga sepakan pertama mereka.

Dan pendedahan Enrique mengenai 1,000 sepakan penalti sejak setahun yang lalu sepertinya tidak kena langsung dengan keputusan di padang lalu menjadi bahan jenaka.

Selepas terikat tanpa jaringan selepas 120 minit dengan deretan peluang saling berbalas tanpa jaringan perlawanan di bawa ke penentuan sepakan penalti.

Morocco mara dengan kemenangan mudah 3-0 dengan Bono cemerlang untuk menafikan kesemua sepakan penalti Sepanyol.

BACA:  Verratti, Barella, Jorginho vs Busquets, Pedri, Koke: Analisis Mendalam Siapa Yang Bakal Kelaut