EPL 2023/24: Lawan Skuad Tempang Dan 10 Pemain Pun Liverpool Tak Dapat Menang

Manchester United datang ke Anfield dengan satu tujuan kata Ten Hag iaitu untuk menang. Mereka mahu membalas dendam kekalahan 7-0 yang lalu.

United turun dengan skuad agak tempang. Namun mereka ternyata membuatkan Liverpool mati kutu pada awal perlawanan.

Liverpool pada separuh masa pertama sangat dominan. Namun tidak begitu memberikan masalah kepada Andre Onana di gawang gol. Penjaga gol United itu melakukan 2 kesilapan pada separuh masa pertama namun Liverpool tak mampu menghukumnya.

Peluang terbaik Liverpool hanya hadir menerusi sepakan penjuru. Dengan Van Dijk menanduk deras ke arah Onana pada minit ke-28. Namun  penjaga gol United itu melakukan penyelamatan berkelas dunia.

Kemudian satu lagi percubaan daripada sepakan penjuru adalah tandukan Ibrahima Konate yang tersasar.

Separuh masa pertama, kedua dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan keputusan tanpa jaringan.

Pada awal separuh masa kedua  Liverpool terus mengasak ke kubu United. Alexander Arnold melakukan rembatan leret yang tidak tepat.

Gandingan Mohamed Salah dan Nunez hampir memperdaya Onana, namun penjaga gol itu tenang dan memenangi bola bahaya.

Pada minit ke-55, Garnacho memiliki peluang keemasan untuk menambah koleksi golnya musim ini namun Trent Alexander Arnold melakukan pintasan penting dan bola diselamatkan Alisson.

Minit ke-67, Rasmus Hojlund melakukan percubaan yang bahaya dan hampir sekali menewaskan Alisson.

Aksi kemudian menjadi rancak. Di mana kedua dua pasukan berbalas serangan. Namun masih gagal mencatatkan gol.

Pada minit ke-71, Ten Hag memasukkan senjata rahsianya, Marcus Rashford yang ada kepantasan untuk melakukan larian deras.

Liverpool seterusnya mengharapkan pengadil penalti kepada mereka. Namun pengadil dengan bijaksana tidak melayan permintaan itu. Teryata keadilan berjaya ditegakkan.

Dengan baki 2 minit sebelum masa sebenar, Liverpool kelihatan terdesak cuba melakukan apa sahaja untuk memenangi perlawanan. Namun Man United kekal tenang dan tidak panik.

Pengadil memberikan masa tambahan 5 minit.

Pemain antarabangsa Belanda, Cody Gakpo mempersia siakan peluang keemasan untuk menjadi hero di Anfield pada masa kecederaan dengan free header lemah.

Diogo Dalot kemudian dibuang padang kerana kad kuning kedua yang sia sia dengan membantah keputusan pengadil. Dia adalah pemain penting United sepanjang malam.

Tamat perlawanan Liverpool 0 Man United 0.

Liverpool melepaskan peluang untuk merampas kedudukan teratas liga. United terus gagal mencipta kemenangan di Anfield dan masih gagal menjaringkan sebarang gol di stadium itu sejak 2018.

Baca Juga

Baca Juga