EPL Akan Dihabiskan Dengan Konsep Seperti Piala Dunia

Premier League mungkin akan dihabiskan menggunakan cara ‘mega event’ seperti kejohanan Piala Dunia musim panas nanti.

Semua pengadil perlawanan, para pemain, pengurus pasukan, staff pasukan dan segala pihak yang terlibat akan ditempatkan di hotel dan dikuarantinkan disana.

Menurut FA, kesemua baki perlawanan akan dihabiskan di dua tempat berbeza iaitu di London dan di Midlands dengan kesemua perlawanan diadakan secara tertutup.

Penularan penyakit pandemic Covid-19 kini semakin mengancam semua lapisan masyarakat di seluruh dunia.

Banyak negara didunia kini terkesan dengan penularan wabak itu, dan kebanyakkan negara telah menyekat pergerakkan rakyatnya untuk mengawal penyebaran virus Covid-19 itu.

Sukan bola sepak antara yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini. Semua Liga utama kini sedang digantung dan tidak pasti sampai bila tarik penggantungan itu berakhir.

Ada yang sudah membatalkan liga mereka dan ada yang sedang mencari jalan penyelesaian untuk menghabiskan baki perlawanan liga musim ini.

Menurut laporan dari Independent, premier league kini dalam langkah untuk berusaha menghabiskan juga baki perlawanan Liga musim ini.

Memandangkan pihak FA turut memikirkan kesan buruk dan kerugian banyak pihak sekiranya Liga dibatalkan jadi mereka tetap mahu menghabiskan juga perlawanan liga musim ini.

Menurut laporan sama, pihak FA merencana untuk menghabiskan kesemua baki 92 perlawanan pada bulan Jun dan Julai nanti.

Konsep yang akan digunakan nanti adalah seperti acara Piala Dunia dengan setiap hari akan ada perlawanan.

Para petugas, pemain dan semua pihak yang terlibat akan ditempatkan di beberapa hotel dan mereka akan berada dibawah pengawasan petugas kesihatan untuk memastikan keadaan selamat.

Kesemua mereka akan dikuarantinkan disana bagi mengelakkan penularan virus Covid-19 itu.

Pihak FA juga mahu kesemua perlawanan itu akan disiarkan di television walaupun kesemua perlawanan diadakan secara tertutup.

Setiap hari akan ada perlawanan mungkin lebih dari satu perlawanan sehari sama seperti perlawanan perebutan piala antarabangsa.

Pihak FA menjadikan langkah ini sebagai langkah terakhir sekiranya virus Covid-19 ini masih lagi tidak berjaya dikawal sehingga Jun nanti.

Setelah pelbagai spekulasi yang timbul sebelum ini, cadangan untuk menghabiskan baki musim dengan acara seperti ini kelihatan paling bijak dan munasabah.

Jadi, walaupun semakin banyak pengurus yang menyokong untuk membatalkan saja Liga musim ini, pihak FA telah memikirkan langkah yang bijak untuk tidak membatalkan liga dan menghabiskan baki musim ini.

Mungkin ini perkhabaran gembira untuk kem Liverpool? Adakah mereka akan berjaya menjulang Kejuaraan Premier League pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini?

Segala keputusan muktamad akan dimaklumkan oleh pihak FA dari masa ke semasa.

BACA:  Erling Haaland Dinasihatkan Boikot Ballon d'Or Jika Messi Menang Lagi