Pemain yang sering menjadi bahan cacian para penyokong Manchester United di Malaysia, Marcus Rashford, telah menjaringkan gol pada minit k 90+3 dalam perlawanan menentang West Ham United di Old Trafford, sekaligus memberikan tiga mata penting buat kelab yang menjadi bahan jenaka pada musim ini.
Kemenangan ini membawa Syaithon Merah kembali ke top 4 dalam carta liga selepas sekian lama terkandas di tangga ketujuh. Walaubagaimanapun, kedudukan United di tangga keempat ini mungkin tidak bertahan lama memandangkan pasukan di tangga keenam, Tottenham Hotspur, hanya ketinggalan dua mata dengan kurang tiga perlawanan, manakala Arsenal pula kurang tiga mata dan mempunyai kelebihan dua perlawanan.
Keadaan di dunia laman sosial dilihat sangat meriah dengan keraian para penyokong pasukan ini, dan mereka dilihat bagaikan sudah lama tidak merasa nikmat kemenangan.
ASDFOLHGFDXSCDFGHNJKL
— Manchester United (@ManUtd) January 22, 2022
Dalam perlawanan pada waktu tengah hari di kota Manchester tersebut, United dilihat seakan bakal menghampakan para penyokong mereka di mana anak buah Ralf Rangnick dilihat gagal menghadirkan ancaman yang berkualiti ke arah kubu West Ham yang dikawal rapi oleh pemain pertahanan yang bermain sangat deep.
United berpeluang untuk mendahului lawan seawal minit keempat menerusi satu gerakan serangan balas yang sangat pantas dan telah mencipta satu situasi tiga lawan tiga di antara pemain kedua-dua pasukan.
Akan tetapi, ketika bola berada di kaki Mason Greenwood, dia memilih untuk melakukan cubaan ke arah gol meskipun di hadapannya terdapat dua pertahanan West Ham yang sedia menghalang, berbanding melorongkan bola kepada Ronaldo yang dilihat tidak dikawal di sebelah kirinya.
Masuk minit ke-15 perlawanan, United dilihat sangat selesa mendominasi perlawanan dan sering mengasak gol lawan, namun dihampakan dengan ketumpulan di barisan hadapan.
Pada minit ke-20, United sekali lagi mendapat peluang untuk mendahului The Hammers apabila bola hantaran Bruno Fernandes ke dalam kotak enam ela dan hanya beberapa milimeter sahaja melintasi rambut yang disapu pomade Ronaldo.
Man Utd 1-0 West Ham
A league of late goals sees Man Utd get in on the act, Rashford scoring the best chance of the game. Will David Moyes ever win away at one of the Big Four? pic.twitter.com/LXM6ce7cpI
— The Analyst (@OptaAnalyst) January 22, 2022
Ronaldo mendakwa dia ditarik oleh Kurt Zouma di dalam kotak penalti pada minit ke-36, lantas membuatkannya terjatuh dan meminta sepakan penalti daripada pengadil. Namun, dengan pengalaman yang ada dan sudah biasa melihat aksi terjunan bertaraf Olimpik, Jonathan Moss sekadar buat tak tahu dan mengabaikan permintaan suci Ronaldo tersebut.
Dalam ulang tayang, memang terdapat sentuhan daripada Zouma ke atas Ronaldo namun tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai hujah untuk mendapat sepakan penalti.
Sepuluh minit dalam separuh masa kedua, West Ham hampir-hampir mendahului lawan apabila tandukan Jarrod Bowen daripada sepakan penjuru sekadar singgah di sisi jaring David De Gea.
Empat minit kemudian, giliran United pula mendapat sepakan penjuru dan pemain pertahanan, Raphael Varane, telah membuatkan penyokong United bangkit dari bangku apabila glancing header daripadanya sedikit melepasi palang gol West Ham.
Melihat barisan serangannya terkial-kial dalam mencari gol, Rangnick mengambil keputusan untuk mengeluarkan penyerang muda, Anthony Elanga dan menggantikannya dengan pemain wonderkid, Marcus Rashford pada minit ke-62.
Ketika perlawanan masuk ke fasa 10 minit terakhir, Bruno Fernandes mengambil keputusan untuk melakukan aksi diving di dalam kotak penalti selepas kakinya disentuh oleh Ryan Federicks, namun sekali lagi Encik Moss tidak layan permintaan penalti sebegitu rupa.
Cristiano Ronaldo 🆚 West Ham
Minutes played
90'
Shots on target
1
Shots blocked
2
Touches
48
Acc. passes
32/39 (82%)
Key passes
2
Long balls (acc.)
1 (1)
Ground duels (won)
4 (1)
Aerial duels (won)
2 (1)
Was fouled
1
Offsides
3
Clearances
3
SofaScore rating 6.8
➡️#MUNWHU pic.twitter.com/Qe9jlWBHlX— Fast Heat Maps (@NinjaFooty) January 22, 2022
Seminit kemudian, Rangnick memasukkan Edinson Cavani dan Anthony Martial, masing-masing menggantikan Fred dan Greenwood, dalam usaha untuk menyerang habis-habiskan demi mendapatkan tiga mata berharga.
Walaubagaimanapun, West Ham yang dilihat lebih bahaya terutamanya menerusi set piece di mana bola tandukan Tomas Soucek telah lalu di hadapan gol United yang terbuka tanpa sempat ditampan oleh mana-mana rakan sepasukannya pada minit ke-87.
Marcus Rashford has scored more 90th-minute winners in the Premier League than any other Man Utd player in the competition's history:
90+2' vs Hull
90+2' vs Bournemouth
90+3' vs Wolves
90+3' vs West HamClutch 🔥🔴 pic.twitter.com/RLyMGLdnDT
— United Zone (@ManUnitedZone_) January 22, 2022
Pada minit ke-90, cubaan leret Ronaldo di dalam kotak penalti West Ham sangat lemah dan berjaya diselamatkan penjaga gol, Areola. Seminit kemudian, Martial pula mensia-siakan peluang di dalam kotak penalti lawan apabila dia secara kelam kabut menyepak bola dengan kaki kirinya dan tertampan ke kaki pemain West Ham dan ditangkap oleh Areola.
Walaubagaimanapun, penantian United untuk mendapat gol berakhir pada minit ke 90+3. Alex Telles menghantar bola ke depan dari kawasan United, sebelum bola ditanduk sipi-sipi oleh Federicks, dan menyebabkan bola singgah ke kaki Ronaldo.
Dengan tenang Ronaldo mengawal bola ke depan dan sebaik sahaja dua pemain West Ham cuba menerjah bola, Ronaldo sempat membuat hantaran kepada Martial di sebelah kirinya.
Martial kemudiannya bertindak menolak bola kepada Cavani dan menewaskan perangkap ofsaid West Ham, sebelum pemain Uruguay itu menyepak leret ke hadapan gol lawan lalu bola ditolak masuk ke dalam gol oleh Rashford.
Ada yang cakap Cavani ofsaid, betul ke?
Kesebelasan pasukan
Manchester United : David de Gea; Diogo Dalot, Raphael Varane, Harry Maguire, Alex Telles; Scott McTominay, Fred, Bruno Fernandes; Mason Greenwood, Cristiano Ronaldo, Anthony Elanga.
West Ham : Areola, Vladimir Coufal, Craig Dawson, Kurt Zouma, Aaron Cresswell; Declan Rice, Tomas Soucek; Pablo Fornals, Manuel Lanzini, Jarrod Bowen; Michail Antonio.