Eric Cantona membidas pandangan pihak yang menganggap menyokong hak asasi manusia di Palestin terus dicop walahamas ataupun pro Hamas.
Hamas dan rakyat Palestin dua perkara yang berbeza menurut legenda Man United itu. Media barat seringkali memainkan sentimen bahawa menyokong Hamas adalah satu bentuk sokongan kepada keganasan.
Sebelum ini pemain Bayern, Mazaroui antara pemain yang bakal berdepan tindakan daripada kelabnya kerana dituduh menyokong Hamas hanya kerana dia mendoakan kesejahteraan dan keamanan di Palestin.
Berbeza pula dengan Zinchenko yang terbuka menyatakan sokongan kepada Israel. Di mana kelabnya Arsenal dan barat menyokong tindakannya.
Kini legenda Perancis dan Man United, Eric Cantona menegaskan bahawa, sokongan kepada Palestin tidak seharusnya diputar belitkan.
Dia menjelaskan, orang melaungkan Free Palestine agar rakyat negara itu tidak berterusan ditindas dan dipenjarakan di negara sendiri.
Senario lebih menyedihkan adalah, Israel sudah mencabuli hak asasi manusia yang asas di Palestine sejak berdekad dekad lamanya. Dan menghalang rakyat Palestin untuk akses kepada infrustruktur di negara mereka sendiri.
Namun setiap kali ada pihak yang menyebut Free Palestine, setiap kali itulah ada pihak lain yang terus melabel mereka pengganas dan penyokong Hamas.
Cantona menulis: “Mempertahankan hak asasi manusia oleh Palestin bukan bermaksud kamu pro Hamas. Menyebur ‘Free Palestine’ bukan bermaksu kamu anti-semitik atau mahu semua puak Yahudi mampus.”
“Free Palestine bermaksud, bebaskan rakyat Palestin daripada pendudukan Israel yang telah merompak asas hak kemanusiaan sejak 75 tahun lamanya. Free Palestine bermaksud, hentikan perbuatan mengurung 2.3 juta rakyat Palestin dalam penjara langit terbuka yang terbesar di dunia, separuh daripadanya adalah kanak kanak.”
“Free Palestine bermaksud tamatkan dasar apartheid yang digunakan oleh kerajaan Israel. Free Palestine bermaksud memberikan rakyat Palestin hak untuk mengawal infrastrutktur asas di negara mereka.”
📲| Eric Cantona releases a statement on the Israel and Palestine conflict: pic.twitter.com/gc4cPY8FE9
— CentreGoals. (@centregoals) October 17, 2023
Post itu mendapat reaksi pelbagai pihak. Pastinya ramai yang setuju dengan Cantona dan melabel: ‘Itulah sebabnya kamu GOAT’ kata seorang peminatnya.
Namun ada juga tak setuju dengan Cantona. Kerana menurut mereka Israel adalah mangsa serangan daripada Hamas yang disokong rakyat Palestin.