Eric Cantona Umum Dirinya Sebagai Pengurus Baru Manchester United

Pemain legenda Manchester United, King Eric Cantona telah membuat pengumuman mengejutkan apabila mengumumkan bahawa dirinya kini adalah pengurus baru Manchester United.

Pengumum ekslusif ini telah dilakukan melalui akaun Instagram rasmi King Eric yang terkenal dengan kisah tendangan kung fu beliau ke arah penonton.

King Eric merupakan seorang pemain bola sepak yang dianugerahkan dengan bakat yang sangat menakjubkan, King Eric telah menjaringkan 70 gol di Premier League untuk Setan Merah dari tahun 1992 sehingga 1997.

“Cantona membuka pintu untuk kejayaan United ketika bersama kelab itu selama lima musim. Dia akan sentiasa dilihat sebagai ‘The King’.” – Martin Keown

Namun selepas bersara, bekas pemain berusia 55 tahun itu tidak mengembangkan karier bola sepaknya ke bidang pengurusan dan hanya pernah melatih pasukan bola sepak pantai Perancis.

Dalam video di Instagramnya, King Eric telah berkata:

“Hai kawan-kawan. Aku ingin memberitahu anda secara ekslusif bahawa aku adalah pengurus baru Manchester United.”

“Aku akan memberitahu kemudian nama staf aku yang hebat. Jumpa korang dalam masa terdekat.”

Walaupun nampak sangat serius ketika membuat pengumuman dalam video, rasanya sukar untuk penyokong Setan Merah mempercayainya.

Selepas bersara Eric Cantona lebih berminat untuk mengembangkan lagi kariernya sebagai pelakon dalam dunia perfileman Perancis dan banyak filem dibintangi King Eric sejak tahun 1995.

Hampir setiap tahun King Eric mendapat kerja lakonan untuk filem bukan drama serta terlibat dalam beberapa dokumentari yang kebanyakkannya menjadi dirinya sendiri.

Peranan pertamanya King Eric dalam dunia perfileman adalah sebagai pemain ragbi dalam Le bonheur est dans le pré, penggambaran dilakukan semasa penggantungannya pada tahun 1995 daripada bola sepak.

Pada akhir 1990-an, King Eric menerima peranan sebagai duta Perancis dalam filem Inggeris Elizabeth (1998). Pada tahun 2002, beliau mengarahkan sebuah filem pendek, Apporte-moi ton amour.

Dia membintangi film sebagai ahli falsafahmisteri dalam filem British bebas Jack Says, dikeluarkan dalam bentuk DVD pada September 2008.

King Eic membintangi sebagai The Corsican di barat Denmark The Salvation, yang ditayangkan di Festival Filem Cannes 2014 pada 17 Mei 2014.

Pada Januari 2020, Cantona memainkan peranan The King dalam video muzik untuk single Liam Gallagher “Once”.

Eric Cantona menyertai skuad Alex Ferguson pada tahun 1992 dari Leeds United dan telah memenangi 4 kejuaraan liga dalam 5 musim.

Sebelum menyertai Manchester United, Cantona pernah memenangi liga Divisyen 1 pada musim 1991-92, dan kemudiannya menjaringkan 70 gol dalam 156 perlawanan liga sebelum bersara pada tahun 1997.

Kalau nak ikutkan, Cantona sebenarnya bersara sangat awal iaitu pada usia 30 tahun. Pada tahun tersebut, ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa Cantona sebenarnya merajuk dengan Ferguson yang membeli Teddy Sheringham, sedangkan pasukannya sudah memiliki penyerang yang bagus.

Entah lah. Cakap-cakap orang kan? Tak tahu la betul ke tidak.

Ferguson Tolak Zidane Demi Cantona

Pengurus legenda bola sepak, Sir Alex Ferguson telah mendedahkan kenapa beliau telah menolak peluang keemasan untuk mendapatkan pemain paling berpotensi pada ketika itu, Zinedine Zidane.

Kisah Blackburn Rovers dan Zinedine Zidane sentiasa menjadi sebutan tatkala jendela perpindahan pemain dibuka kerana pada zaman kegemilangan Blackburn mereka telah menolak pemain muda yang penuh potensi iaitu Zinedine Zidane.

Ada yang menganggap keputusan Rovers menolak peluang mengikat Zidane yang pada ketika itu bermain bersama Bordeaux adalah sesuatu tindakan yang memalukan. Rovers menolak Zidane untuk menyertai mereka kerana mereka sudah mempunyai Tim Sherwood.

Pada waktu itu Manchester United di bawah pengurusan Alex Ferguson menerima tawaran untuk mendapatkan lagenda Perancis itu tetapi ditolak dengan penuh beradab di atas sebab yang lebih boleh diterima akal.

Dalam temuramh bersama laman sesawang rasmi Manchester United, bekas ketua operasi, Martin Edwards telah mendedahkan bahawa Setan Merah pernah berpeluang membawa Zidane dari Bordeaux ke Old Trafford tetapi ada sebab yang menghalang.

“Semasa Idan (panggilan manja Zidane) di Bordeaux, ketua peninjau bakat, Les Kershaw memberitahu kepada aku bahawa kita patut mengambil budak ini dan aku pun memaklumkan perkara ini kepada Pak Fergie.” Ketika itu Fergie belum menyertai Black Eyed Peas lagi.

“Pak Fergie menjawab bahawa Eric Cantona juga ada memaklumkan dan menyebut nama Idan kepada beliau tetapi Pak Fergie merasakan Idan bermain di posisi sama seperti Eric Cantona.

Pada ketika itu Eric Cantona sedang menjalani penggantungan kerana menyajikan tendangan kung fu kepada penyokong Crystal Palace.

Tetapi ternyata kesetiaan Ferguson menunggu kembalinya Cantona berbaloi. Selepas 8 bulan Cantona membuktikan kemampuannya apabila mengetuai Setan Merah untuk kembali merampas takhta Premier League.

Kejayaan dari kehebatan Cantona termasuklah kejuaraan berganda Manchester United pada musim 1995/96 apabila Cantona menjaringkan gol lewat permainan dalam perlawanan penuh dramatik ketika menentang Liverpool power this our year di Final Piala FA.

BACA:  Seedorf Sifatkan Kehilangan Zidane Punca Kejatuhan Real Madrid, Bukan Ronaldo