Erik Ten Hag Beri Bayangan Sancho Akan Kembali Beraksi

Erik Ten Hag memberi bayangan bahawa Jadon Sancho yang lama menghilang untuk menjalani proses pertapaan fizikal dan mental akan kembali beraksi selepas tiga bulan tidak melibatkan diri dalam permainan.

Pengurus dari Belanda itu ternyata mahu mengembalikan yang terbaik dari potensi yang ada pada skuadnya terutamanya pemain bintang yang kini hampir kembali kepada prestasi terbaik.

Jadon Sancho dilihat memerlukan masa yang lebih berbanding pemain lain dan telah menjalani latihan sendirian untuk mengembalikan prestasi dan kembali ke Carrington beberapa minggu lalu.

Bukti kepada peningkatan prestasi adalah dengan keputusan di padang, Manchester United kini berada dalam top 4 hanya kurang empat kemenangan sahaja lagi untuk menyamai rekod sepanjang musim lalu selepas 20 perlawanan.

Musim 2021/22 adalah prestasi terburuk Manchester United dalam sejarah kewujudan Premier League apabila mengutip 58 matadengan 16 kemenangan 10 seri 14 kalah dengan 57 gol serta 57 bolos.

Kunci utama kepada kebangkitan semula Manchester United adalah ketegasan Erik Ten Hag untuk semua pemain mematuhi disiplin yang telah ditetapkan lalu mewujudkan kestabilan dalam pasukan. Tiada pemain yang lebih besar dari kelab.

Kemerosotan prestasi Jadon Sancho bermula sejak menyertai Manchester United di mana dia bukan lagi seperti Sancho dunia kenali seperti di Borussia Dortmund, sendunya berkadar terus dengan masa.

Kali terakhir Jadon Sancho beraksi adalah pada 22 Oktober 2022 dan dalam dua perlawanan berikutnya hanya duduk dibangku simpanan sahaja untuk melengkapkan skuad tanpa sebarang minit permainan.

Menjelang pertemuan menentang Reading dalam perlawanan Piala FA, Erik Ten Hag memberi bayangan Jadon Sancho mungkin akan kembali beraksi dan jaminan tempat berdasarkan prestasi di sesi latihan.

โ€œDia sudah berlatih bersama pasukan dan kami akan melihat bagaimana. Dia semakin meningkat, dia sedang membuka langkah dan kami akan membuat keputusan selepas latihan.โ€

โ€œSaya cakap dia dalam perjalanan pulang, dia sedang mengorak langkah, dia sudah kembali dalam latihan pasukan dan kami perlu lihat dia sudah bersedia kembali untuk perlawanan atau tidak.โ€

Menjelaskan kehilangan Sacho pada awal Disember lalu, Ten Hag berkata:

โ€œMula-mula kami tidak melihatnya dalam perlawanan terakhir untuk United, jadi dia tidak berada dalam status yang betul, tidak dalam keadaan kecergasan yang betul, jadi sekarang dia ikuti program individu dan kami mahu dia menamatkan program itu dan semoga, kami berjumpa dengannya kembali tidak lama lagi.โ€

Kehadiran Sancho pasti akan menjadi satu tambahan kekuatan yang penting dan berharga jika dia dapat kembali ke prestasi asalnya dan menambah sengat di bahagian serangan Manchester United.

BACA:ย  Sebab Utama Sancho Enggan Mohon Maaf Didedahkan Orang Dalam MU