Erik Ten Hag Beri Sebab Kenapa Shaw Berbanding Maguire

Erik Ten Hag telah memberikan sebab musabab kenapa dia lebih rela untuk menurunkan Luke Shaw bermain di luar posisi asalnya berbanding Harry Maguire yang ternyata lebih tulen lagi asli.

Pengurus dari Belanda itu memilih bek kiri Luke Shaw sebagai pertahanan tengah untuk perlawanan liga kedua berturut-turut. Shaw berganding bahu dengan Raphael Varane, sekali gus meninggalkan Harry Maguire di bangku simpanan sekali lagi.

“Empat pertahanan belakang dan penjaga gol melakukan kerja yang baik,” sambung Ten Hag.

“Tetapi ia sentiasa kerja berpasukan dan tekanan separuh masa pertama tidak bagus, separuh masa kedua – lebih baik.”

Apabila ditanya sama ada Shaw bermain di bek tengah kiri adalah semata-mata kerana dia kaki kiri – tidak seperti Maguire – Ten Hag mengangguk sebelum turut mengakui kelajuan Shaw yang jauh lebih baik.

“Itulah salah satu sebabnya,” sambung Ten Hag.

“Anda mendapat sudut yang lebih baik dalam penguasaan bola, tetapi dalam permainan ini adalah penting [untuk memilih Shaw] kerana mereka mempunyai kepantasan di sayap kanan.

“Shaw boleh mempertahankan itu dan menutupnya dan membolehkan kami membawa bek kiri [Tyrell Malacia] lebih tinggi. Dengan Shaw ia [Tyrell Malacia] sentiasa dilindungi.”

Kualiti yang ada pada Luke Shaw ini, adalah ciri-ciri yang dimahukan oleh Erik Ten Hag yang juga terdapat pada Lisandro Martinez yang masih lagi dalam tempoh bercuti.

Selepas Lisandro Martinez kembali maka Luke Shaw akan menjadi pilihan pertahanan tengah ketiga dan pasti akan kembali ke posisi asal dan Maguire pasti akan terus terpinggir.

Erik Ten Hag mendedahkan bahawa Luke Shaw sendiri menawarkan diri untuk bermain sebagai pertahanan tengah ketika menentang Burnley namun dia meletakkan Casemiro di posisi itu dan dua perlawanan seterusnya menjadi milik Shaw.

“Minggu lalu dia menawarkan dirinya dan datang kepada saya dan berkata ‘Saya boleh bermain di bahagian tengah menentang Burnley.’ Tetapi kami memilih Casemiro untuk kerja itu. Dia mempunyai permainan yang hebat. Bertindak dengan sangat baik.”

Walaupun tidak berpengalaman bermain sebagai center-back dalam pertahanan empat serangkai, Luke Shaw mempamerkan aksi menakjubkan dan telah menghasilkan perlawanan tanpa bolos secara back-to-back untuk menutup tahun 2022 dengan cemerlang.

Marcus Rashford juga memuji peranan baru Shaw dan kagum dengan versatilitinya seperti walaupun bergurau menyatakan Shaw tidak gembira dengan tugas.

“Kami mempunyai pemain yang bersedia dan berkebolehan, seperti Luke, untuk bermain di luar posisi dan meletakkan diri mereka dalam situasi di mana mereka mungkin tidak 100 peratus selesa,” kata Rashford kepada MUTV.

“Shaw telah melakukannya untuk perlawanan berturut-turut sekarang dan saya tidak pasti dia menikmatinya seperti yang dia katakan, tetapi ia pastinya satu kelebihan besar bagi kami untuk mempunyai pemain yang mampu bermain dalam posisi berbeza kerana sepanjang musim ini kami akan memerlukannya.”

Baca Juga

Baca Juga