Erik Ten Hag telah dilaporkan sebagai dalang disebalik pemergian Ralf Rangnick dari Manchester United secara mengejut selepas Setan Merah telah melantik warga Belanda itu sebagai pengurus baharu.
Jika diikutkan kepada kontrak yang ditawarkan kepada Ralf Rangnick, usai tamat tempohnya selaku pengurus interim, dia akan berkhidmat sebagai perunding kelab seperti seorang tuan penasihat.
Ralf Rangnick memainkan peranan agak besar untuk membawa Erik Ten Hag ke Old Trafford dan antara syarat diletakkan oleh Erik Ten Hag adalah beliau mahukan kuasa penuh tanpa campur tangan pihak kelab.
Pada awalnya kuasa penuh dimaksudkan Ten Hag adalah untuk mengawal segala pembelian dan penjualan pemain yang menepati falsafah dan corak permainan yang bakal diterapkan.
Erik Ten Hag 'Forced Ralf Rangnick out of Manchester United after refusing to meet him in person' pic.twitter.com/0qnPZVMgRQ
— SPORTbible (@sportbible) June 24, 2022
Kehadiran Ralf Rangnick selaku perunding kelab juga tidak dijelaskan secara nyata dan terperinci oleh kelab dan perkara ini tidak disenangi oleh Erik Ten Hag.
Selepas seminggu tamat musim lalu, Manchester United mengumumkan bahawa Ralf Rangnick telah meletakkan jawatannya selaku perunding.
Alasan Rangnick ketika itu adalah kerana mahu memfokuskan kepada jawatannya selaku pengurus skuad kebangsaan Austria.
Ketika ramai sudah mula melupakan Ralf Rangnick, ESPN melaporkan bahawa Manchester United mengusulkan penamatkan kontrak Rangnick selepas berunding dengan Erik Ten Hag.
🚨 #MUFC and Ralf Rangnick agreed to cut ties at the end of the season in part because of Erik ten Hag's reluctance to work with the German in his proposed consultancy role. [@RobDawsonESPN] pic.twitter.com/d3pafTGod3
— United Punch (@UtdPunch) June 24, 2022
Selaku lelaki budiman Rangnick menerima cadangan itu dan melepaskan jawatan selepas Manchester United meminta beliau menandatangani nondisclosure agreement (perjanjian yang tidak didedahkan).
Rangnick juga agak terguris hati dan panas kepala kerana tidak dapat menyerahkan tugasannya selaku pengurus interim kepada pengurus baharu secara formal.
Menurut sumber ESPN itu juga mendakwa Rangnick menjangkakan untuk bertemu mata dan bersua muka dengan Erik Ten Hag dalam satu pertemuan penyerahan tugas secara terperinci.
Malangnya Erik Ten Hag menolak pertemuan secara bersemuka lalu memilih perbualan melalui panggilan telefon sahaja untuk membincangkan perihal kelab.
Erik ten Hag refused to grant a face-to-face meeting to Ralf Rangnick, with the pair discussing Man Utd over a phone call only https://t.co/y1GDj8Yhev pic.twitter.com/3qBTu5aKqc
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 24, 2022
Pada ketika itu pihak kelab gusar dengan dengan kenyataan secara terbuka Rangnick melondehkan sisi buruk pemain di dalam sidang media termasuklah kenyataan bahawa 10 pemain baharu diperlukan pada musim panas ini.
Pengulas di ESPN FC, Alejandro Moreno melontarkan pendapatnya bahawa sudah pasti Erik Ten Hag mahu berkuasa mutlak dalam menguruskan pasukan tanpa dipertikaikan oleh seorang perunding.
“Bila kita nak mula semula, baik bermula dari kosong, kau mesti tak nak orang lain datang bisik ‘kau pasti dengan keputusan ini?’Mungkin kita patut buat sesuatu berbeza’.”
“Tidak! Jika kau nak buat keputusan yang menetukannya adalah kau sorang je. Kaulah orangnya yang akan cakap ‘Inilah yang kita akan mainkan, ini pemain kita perlu dan pemain yang akan kita guna.'”
Kehadiran Rangnick pasti akan menimbulkan konflik dengan Ten Hag yang berkemungkinan Rangnick akan campur tangan dalam pengurusan Ten Hag kerana mahu membuktikan nilai dirinya.
“Kita tidak perlukan seseorang yang cuba membuktikan nilai dirinya , di mana Rangnick sedar beliau telah gagal sebelum ini.”
“Mungkin dia akan berkata ‘Lihat apa yang aku lakukan.’ dan ‘lihat apa yang aku cadangkan kepada Ten Hag.'”
“Untuk mengelakkan situasi ini pasti Ten Hag akan berkata ‘Ini pasukan aku, aku akan buat keputusan apa perlu dibuat dan aku tak perlukan sesiapa pun.'”
Erik ten Hag 'forced Ralf Rangnick out of Man Utd and German was told to sign NDA'https://t.co/hbpEY3kCEb
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) June 24, 2022
Rangnick boleh dikatakan gagal selaku pengurus sementara selepas pelantikannya pada November, hanya memenangi 11 daripada 29 perlawanannya serta gagal menepati sasaran mudah iaitu meraih tempat ke Champions League.
Kerjanya berakhir dengan kekalahan 1-0 menentang Crystal Palace pada hari terakhir musim ini dan United mengumumkan pemergiannya dalam satu kenyataan seminggu kemudian.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ralf Rangnick atas usahanya sebagai pengurus sementara sejak enam bulan lalu.”
“Dengan persetujuan bersama, Ralf kini akan memberi tumpuan semata-mata kepada peranan baharunya sebagai pengurus pasukan kebangsaan Austria dan oleh itu tidak akan mengambil peranan sebagai perunding di Old Trafford.”
“Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Ralf dalam bab seterusnya dalam kariernya.” — Rob Dawson