Pengurus dan pemain penyerang Manchester United, Erik Ten Hag dan Marcus Rashford telah di pilih sebagai manusia terbaik bagi bulan September di saingan Premier League.
Erik Ten Hag telah diundi sebagai Barclays Manager of the month (Pengurus terbaik bulanan Barclays) bagi bulan September dan merupakan kemenangan pertama buatnya.
Pengedali berusia 52 tahun itu menjadi pengurus dari Belanda pertama meraih anugerah ini sejak Ronald Koeman meraih kemenangan sama ketika bersama Southampton pada Januari 2016.
Erik Ten Hag juga telah menjadi pengurus Manchester United yang terkini memenangi anugerah Pengurus terbaik bulanan selepas Ole Gunnar Solskjaer melakukannya pada Januari 2019.
Building his vision 👔
Erik ten Hag is @BarclaysFooty Manager of the Month for September!#PLAwards | @ManUtd pic.twitter.com/yIz5En2ezB
— Premier League (@premierleague) September 30, 2022
Berimej kepala botak, Erik Ten Hag telah merubah nasib buruk Manchester United pada awal musim dengan menewaskan Leicester City dan memberi Arsenal kekalahan pertama musim ini.
Kemenangan ini membolehkan Manchester United mendaki tangga kelima Premier League yang pada satu ketika berada dikedudukan tercorot liga.
Kemenangan Erik Ten Hag ini hadir melalui undian daripada orang awam yang dicampur dengan undian dari panel pakar bola sepak untuk menewaskan cabaran terdekat iaitu Antonio Conte dan Gary O’Neil.
Mikel Arteta yang cemerlang sejak awal musim membawa Arsenal sebelum ditamatkan Manchester United merupakan pengurus terbaik bulan Ogos.
⚽️ 2 goals
🅰️ 2 assists
💪 2 wins@MarcusRashford is your @easportsfifa Player of the Month for September 🏅#PLAwards | @ManUtd pic.twitter.com/9x0OLpGBwL— Premier League (@premierleague) September 30, 2022
Kegembiraan berganda buat peminat Setan Merah apabila Marcus Rashford pula telah dipilih sebagai pemenang EA SPORTS Player of the Month (Pemain Terbaik Bulanan EA SPORTS) juga bagi September.
Pemain bintang Manchester United ini telah meraih kemenangan ini apabila telah terlibat dalam empat gol ketika menang ke atas Leicester City dan Arsenal bagi meneruskan rentak 4 kemenangan secara berturutan.
Marcus Rashford telah menjaringkan dua gol dan mencipta dua assist pada september nyata bahagia dengan persembahan terkininya itu.
“Ia satu perasaan yang baik,” kata Rashford.
“Kami tidak memulakan musim dengan begitu kuat jadi untuk mendapatkan empat kemenangan secara berturut-turut adalah sangat bagus.
“Ia masih agak baru dengan pengurus dan kami lebih baik dalam melakukan perkara yang dia mahu kami lakukan. Tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan kami semua tidak sabar untuk melakukannya bersama-sama.”
Building his vision 👔
Erik ten Hag is @BarclaysFooty Manager of the Month for September!#PLAwards | @ManUtd pic.twitter.com/yIz5En2ezB
— Premier League (@premierleague) September 30, 2022
Rashford menjaringkan kedua-dua golnya pada September dalam perlawanan yang menamatkan permulaan sempurna Arsenal musim ini, tetapi penglibatannya dalam satu lagi gol menentang Gunners adalah yang terindah baginya.
“Momen kegemaran saya pada bulan September ialah bantuan gol sebenarnya!” tambah Rashford.
“Gol pertama Antony, pada penampilan sulungnya. Ia adalah saat yang besar dan ia memberikan kami kekuatan dan keberanian dan melihat dia masuk ke dalam pasukan dan menjaringkan gol serta-merta adalah sangat penting.”
Rashford memenangi anugerah itu buat kali kedua dalam kerjayanya selepas pertama kali memperoleh hadiah itu pada Januari 2019.
Our @PremierLeague award-winning duo! 🤩👏#MUFC || @MarcusRashford pic.twitter.com/4erYG6Foo0
— Manchester United (@ManUtd) September 30, 2022
Pemain berusia 24 tahun itu mengungguli senarai pendek enam pemain bersama-sama Philip Billing, Kevin De Bruyne, Pierre-Emile Hojbjerg, Alex Iwobi dan Jacob Ramsey.
Rashford menang selepas undian orang ramai di laman web EA SPORTS digabungkan dengan undian panel pakar bola sepak.
Pemain paling sensasi di Premier League musim ini dan hampir tidak dapat dihentikan, Erling Braut Haaland merupakan pemenang bagi bulan Ogos.
🔴 Always a team effort. #MUFC || @PremierLeague pic.twitter.com/5DP60aPN3d
— Manchester United (@ManUtd) September 30, 2022
Erik Ten Hag memulakan musim dengan penuh tekanan apabila tewas dalam dua perlawanan awal dengan cara yang sangat memalukan terutamanya di perlawanan kedua dengan rentetan aksi kelakar.
Namun gandingan Raphael Varane dan Lisandro Martinez telah memberi keseimbangan di bahagian pertahanan menginsafkan pemain-pemain lain untuk memberi yang terbaik dan mencatatkan empat perlawanan berturut-turut.