Erik Ten Hag Dijangka Akan Simpan Harry Maguire Untuk Perlawanan Menentang Liverpool

Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag, dilaporkan sedang berkira-kira akan menggugurkan kapten pasukan, Harry Maguire, daripada aksi perlawnaan menentang seteru utama, Liverpool, pada hujung minggu ini.

Setakat ini, Maguire telah diturunkan dalam kesebelasan utama dan digandingkan dengan pemain baharu, Lisandro Martinez dalam kedua-dua perlawanan pertama liga yang menyaksikan mereka tewas kepada Brighton and Hove Albion 1-2, dan dibelasah tanpa maruah oleh kelab yang baru berada di Liga Perdana Inggeris buat musim kedua, Brentford.

Selepas aksi buruk, kelakar dan menghiburkan para pembenci Manchester United, Ten Hag dilaporkan mula sedar akan kesilapannya dan dijangka akan menyimpan Maguire di tepi padang dalam aksi menentang Liverpool nanti.

Difahamkan, Ten Hag diberitakan akan menurunkan Raphael Varane untuk berganding bersama Martinez di jantung pertahanan, memandangkan bekas pemain Real Madrid tersebut kini sudahpun kembali cergas sepenuhnya selepas terciduk cedera semasa pra-musim.

Beberapa minggu lalu, Ten Hag telah membuat pengumuman bahawa dia tetap percayakan Maguire di mana dia memberitahu seluruh dunia bahawa pemain England tersebut akan kekal sebagai kapten pasukan walaupun terdapat desakan daripada para penyokong yang mahukan jawatan tersebut dirampas daripadanya.

Dia juga telah mengumumkan bahawa Martinez akan menjadi pertahanan tengah pilihannya selepas berbelanja sebanyak £55.3 juta membelinya dari Ajax Amsterdam.

“Kita beli dia bukan untuk kuatkan skuad, tapi keseluruhan pasukan,” ujar Ten Hag tentang Martinez.

“Adakah Maguire pilihan pertama? Aku rasa macam tu lah.

“Dia telah buktikan pada masa lalu tapi dia juga telah buktikan di masa sekarang dan di masa akan datang. Dia telah bermain berapa kali? Enam pilh kali buat England? Dia kini di landasan yang bagus dan banyak yang aku harapkan daripada dia,

“Tapi pada masa yang sama ada perebutan dalaman dan itulah apa yang kelab seperti Manchester United perlukan.”

Pertemuan pada hujung minggu ini menyaksikan kedua-dua pasukan, Liverpool dan Manchester United, terdesak untuk mendapatkan kemenangan pertama.

Menurut laman Manchester Evening News, para pemain Manchester United berasakan bahawa taktik yang dikemudi oleh Ten Hag tidak sesuai dengan kebolehan yang ada pada mereka dan mahukan sentuhan yang lebih pragmatik untuk menentang Reds nanti.

Liverpool pula berhadapan isu dalaman tersendiri.

Pemain baru mereka, Darwin Nunez yang baru sahaja berusia 23 tahun – seusia orang yang baru sahaja tamat belajar di peringkat ijazah sarjana muda – telah diarahkan untuk keluar padang oleh pengadil, Paul Tierney selepas dia didakwa mengasari pertahanan Crystal Palace dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat satu sama pada hari Isnin.

Perlawanan tersebut juga sebenarnya merupakan perlawanan pertama penyerang Uruguay tersebut di depan penyokong sendiri selepas menyertai Liverpool dari Benfica, namun berakhir dengan kekecewaan.

Pada detik itu, Palace sedang mendahului pasukan dari Merseyside tersebut selepas Wilfried Zaha menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Tendangan padu lagi cantik daripada Luis Diaz telah menyelamatkan maruah pasukan hebat ini dan kini berada tiga mata di belakang juara bertahan, Manchester City.

Pada masa yang sama, pemain tonggak, Fabinho juga tidak beraksi pada tahap yang diharapkan.

Dalam dua perlawanan liga setakat ini, dan terutamanya ketika menentang Palace, dia sangat terpinga-pinga. Pemain berusia 28 tahun ini telah mencatatkan statistik yang teruk di mana dia telah tewas sebanyak lima kali dalam pertembungan di ruang pertahanan dan gagal memenangi walau satu pun perebutan bola di udara.

Sukar untuk mengkaji kenapa Fabinho menjadi sebegini rupa, tetapi jangkaan utama adalah kerana kekurangan pemain tengah yang menemaninya di bahagian tengah padang.

Liverpool kini berdepan dengan masalah kecederaan di posisi tersebut dan ini bermaksud Klopp terpaksa memerah otak geniusnya untuk memainkan Harvey Elliot dan James Milner di posisi nombor lapan pada hari Isnin.

Ketidaksefahaman dan rentak yang tidak berirama ini adalah berpunca daripada kurangnya masa permainan bersama-sama dan akibatnya, Fabinho terpaksa bertahan seorang diri di ruang yang begitu besar seperti dalam gambargajah di bawah;

Fabinho terpaksa buat kerja orang lain.

Apapun, perlawanan pada hujung minggu nanti pasti akan menjadi menarik kerana keterdesakan kedua-dua pasukan.

Sumber : SB

BACA:  Penunjuk Perasaan Ini Jadi Viral Selepas Jatuh Dari Gawang