Erik ten Hag Dilaporkan Telah Ditemuduga Oleh Manchester United

Pengurus Ajax, Erik ten Hag dilaporkan telah pun ditemuduga oleh Manchester United bagi mengisi kekosongan kerusi panas dan berpuaka yang bakal dikosongkan oleh pengurus Interim ketika ini Ralf Rangnick.

Selain pengurus Paris Saint Germain (PSG), Mauricio Pochettino, Erik ten Hag adalah pilihan utama untuk dinamakan sebagai pengurus tetap Manchester United yang baharu.

Pengurus yang berusia 52 tahun itu telah melakukan keajaiban di Ajax sejak mengambil alih pasukan itu pada 2017, kejayaan terbesar Erik ten Hag adalah membimbing Ajax ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2018/19.

Ten Hag juga telah membantu membangunkan pemain muka berbakat besar seperti Hakim Ziyech, Frenkie de Jong, Donny van De Beek dan Matthijs de Ligt di Amsterdam.

Penjualan pemain tonggak menyebabkan Ajax agak merudum selepas namun kembali menyengat dengan barisan pemain yang lain yang menjadi sebutan ramai.

Ketika Ajax kembali bangkit pemain yang dijual ke kelab besar tidaklah semengah prestasi mereka dan tidak mempamerkan potensi sebenar.

Ketika ini amai peminat United percaya Erik ten Hag adalah orang yang mampu mengubah nasib kelab dan terdapat perkembangan yang sangat positif berkaitan potensi pengambilannya dalam masa terdekat.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Red Devils menemuduga Erik Ten Hag pada hari Isnin ketika mereka meningkatkan pencarian mereka untuk pengganti tetap untuk mengambil alih daripada Ralf Rangnick bagi menghadapi musim 2022/23.

Bos Ajax itu adalah salah satu daripada beberapa calon yang dibincangkan oleh United daripada senarai yang termasuk orang-orang seperti Mauricio Pochettino dan Luis Enrique.

Thomas Tuchel tidak berada dalam senarai calon, menurut laporan laporan menyatakan bahawa kelab itu sedar bahawa Thomas Tuchel bukanlah pilihan yang cocok untuk menjadi ketua Setan Merah.

Manchester United berharap dapat membuat keputusan mengenai pengurus baharu mereka bulan depan dan kemudian meletakkannya di tempat bersedia untuk membimbing pasukan dalam kempen pramusim mereka.

Dan buat masa sekarang, nampaknya pengurus bernama Erik Ten Hag merupakan calon paling popular. Mauricio Pochettino mula ketinggalan jika benar Erik ten Hag ditemuduga dan berita ini telah disahkan oleh Fabrizio Romano.

Tidak dapat dinafikan lagi Erik ten Hag adalah seorang pengurus yang berkaliber dan mempunyai falsafah permainan yang tersendiri yang mampu membawa pasukan kerdil bersaing ke pentas Eropah.

Seperti Ralf Rangnick Erik ten Hag juga mempunyai kemampuan untuk membangunkan pemain dan bakat muda lalu menyerlahkan lagi potensi mereka ke tahap maksimum.

Namun Erik ten Hag mampukah Erik ten Hag mengendalikan bilik persalinan Manchester United? Mungkin Erik ten Hag akan menghadapai masalah sama seperti Ralf Rangnick.

Ralf Rangnick diangkat sebagai bola sepak moden Jerman dan sangat dihormati di RB Leipzig diatas kepakaran membina kelab dari bawah dan membangunkan bakat muda untuk menjana pendapatan.

Begitu juga situasinya, Erik ten Hag yang dihormati di Ajax dan dunia bola sepak, bilik persalinan Setan Merah boleh menjadi neraka buat mereka.

Tiada halangan dari Ajax untuk melepaskan Erik ten Hag dan Manchester United dijangkakan perlu membayar pampasan sebanyak Β£4 juta kepada Ajax.

Walaupun masih terdapat proses yang sangat panjang untuk dilalui, tetapi semakin jelas tanda-tanda itu kelihatan untuk Erik Ten Hag ke Old Trafford.

Dan satu perkara yang kita boleh yakin 100% ialah jika dia benar-benar dilantik, kebanyakan penyokong Manchester United akan berasa gembira selepas agak lama bersedih.

Kejayaan segera tidak akan dapat dibawa oleh ten Hag kerana perlantikannya pasti memfokuskan pembangunan kelab dan paling kurang mengambil masa 3 tahun untuk mula menampakkan hasil.

Kalau betul jadi kenyataan harap tiada tanda pagar #TenHagOut selepas kurang semusim.

BACA:Β  Sancho: Saya Sudah Lama Jadi Kambing Hitam Ten Hag