Erik Ten Hag Garis 6 Perkara Utama Dalam Sidang Media Pertama

Pengurus baharu Manchester United telah menamatkan kontrak lebih awal bersama Ajax dan terus memulakan tugas di Old Trafford dengan mengadakan sidang media pertamanya.

Erik ten Hag telah membincangkan – dalam beberapa perkataan – bagaimana dia merancang untuk membawa Manchester United kembali ke puncak dengan penekanan pada “projek” yang akan dimulakan.

Pengurus dari Belanda itu masuk ke bilik media, tersenyum lebar dan mula berjabat tangan dengan beberapa wartawan sebelum dia mengambil tempat duduk. Bagus akhlaknya.

Pendekatan mesra yang mampu menarik perhatian media lebih awal, memandangkan Ten Hag tahu bahawa ini mungkin boleh menjadi halangan besar untuk bermula.

Ten Hag berada di tempat penonton ketika United kalah dalam perlawanan ke-12 Liga Perdana musim ini di Selhurst Park.

Crystal Palace menewaskan pemenang 1-0 dengan ekspresi jurulatih baharu mereka memberi sedikit peluang dengan perubahan besar dijangkakan di Manchester United.

Dalam sidang media pertamanya, Erik Ten Hag telah menggariskan 6 perkara utama:

1. Jalin Persahabatan bukan Cari Musuh

Erik Ten Hag telah menegaskan bahawa beliau akan berusaha menjalinkan persahabatan di kelab selaku pengurus Manchester United dan tidak mahu mencari musuh.

Selain itu gerak badan Erik Ten Hag sebelum duduk untuk sidang media mempamerkan rasa hormat kepada media dan mahukan hubungan yang mesra denga media.

Sudah pasti Erik Ten Hag tidak mahu mengikut jejak Jose Mourinho dan Louis Van Gaal mencari geruh mencipta musuh dan gagal bertahan untuk tiga musim.

Antara faktor menjadikan karier pengurusan Mourinho dan Van Gaal menjadi lebih sukar apabila menzahirkan rasa kecewa mereka kepada media.

Jose Mourinho lantang mengkritik pemain sendiri dan menuntuk rasa ‘hormat’ selepas tewas kepada Tottenham Hotspur.

Manakala Louis Van Gaal pula menuntut permohonan maaf selepas beliau silap faham akan laporan yang tersebar akan pemecatannya.

2. Rangnick Penasihat Kelab Bukan Pengurus

Erik Ten Hag telah menegaskan bahawa tugas Ralf Rangnick sebagai tuan penasihat atau perunding adalah peranannya bersama Manchester United bukan menasihati beliau selaku pengurus.

“Saya analisis diri sendiri dan memerhatikan keadaan sekeliling dan bercakap dengan ramai orang dan dan mencipta haluan sendiri.”

Selepas tamat tugasnya selaku pengurus Interim, Ralf Rangnick akan menjawat jawatan selaku penasihat yang berperanan besar dalam perlantikan Erik Ten Hag.

“Peranan Rangnick sebagai penasihat? Itu peranan dia dekat kelab.”

Rangnick tidak akan campur tangan dalam tugasan Erik Ten Hag dan mungkin kerana itu Rangnick menerima jawatan sebagai jurulatih Austria sebagai duit tepi.

Tugas Rangnick selaku pengurus interim tidak berjalan lancar, sesuatu yang diakui oleh pemain Jerman itu sendiri.

Rangnick hanya memenangi 11 daripada 29 perlawanannya, memberikan dirinya peratusan kemenangan yang kurang memberangsangkan.

3. Masa Depan Ronaldo

Cristiano Ronaldo merupakan satu pembelian mengejut Manchester United lantaran tidak mahu pemain sensasi itu pergi bersama musuh setempat mereka Manchester City.

Namun pemain bintang itu telah menjadi penjaring terbanyak kelab dengan 18 gol dijaringkan di Premier League disebalik prestasi huru-hara Setan Merah.

Erik Ten Hag menolak untuk berbicara mengenai perkara ini dan juga mengenai calon ketua pasukan kepada media sebelum bersua dengan pemainnya.

“Ronaldo boleh memberikan gol tapi saya akan berbicara dengan Ronaldo dulu sebelum saya cakap dengan kalian semua.”

Corak permainan Ronaldo sangat tidak kena dengan falsafah yang diterapkan oleh Erik Ten Hag dan kemungkinan Ronaldo kekal adalah besar.

Ketika ini Setan Merah tidak mempunyai seorang penyerang yang boleh diharapkan selain Ronaldo dan mungkin Ronaldo akan mempunyai lagi peranan.

4. Gaya Permainan

Mengikuti perjalanan masa depan Ronaldo adalah bagaimana dia akan sesuai dengan gaya permainan Erik Ten Hag jika dia kekal di Manchester.

Pengurus dari Belanda itu sebelum ini pernah bekerja di bawah Pep Guardiola – seorang lelaki yang memapunyai prinsip yang tidak goyah walau dilanda badai.

Pengurus baru United itu walaupun seolah-olah mencadangkan dia bersedia untuk menjadi fleksibel apabila melibatkan taktik serta gaya permainan.

Pasukan Ajax bermain bola sepak bebas (free-flowing football) yang berdasarkan kepada penguasaan bola. Ten Hag kini mungkin tidak mempunyai pemain untuk melakukannya di Old Trafford, tetapi itu mungkin tidak menjadi isu.

Dia berkata: “Pemain menentukan cara permainan. Saya akan membariskan pemain saya untuk mendapatkan yang terbaik daripada mereka”

Menyedari beliau tidak boleh merombak pasukan seperti di Liga Super, Ten Hag akan menerapkan corak permainan berdasarkan pemain yang ada di kelab.

Jika Ten Hag mahu menerapkan gaya permainannya seperti di Ajax, beliau memerlukan sekurang-kurangnya tiga jendela perpindahan bagi mendapatkan pemain yang sesuai.

5. Kenapa Lantik McClaren?

Perlantikan Steve McClaren selaku orang kanannya, jawatan yang sama seperti Mitchell van der Gaag juga agak menimbulkan persoalan dan Ten Hag mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Erik Ten Hag memandang tinggi terhadap pembantunya dan menjelaskan dengan jelas apabila dia bercakap tentang alasan untuk melantik McClaren dam juga Mitchell van der Gaag.

“Mereka berdua tahu bagaimana untuk mencapai kejayaan – mereka telah memenangi trofi dan itulah sebabnya mereka berada di sini.”

Steve McClaren merupakan bekas bos Middlesbrough dan England yang mendapat gelaran ‘Wally with a Brolly’ selepas kegagalan kelayakan Euro 2008.

Sejak itu dia memenangi liga Belanda bersama FC Twente serta mempunyai beberapa pengalaman di liga tahap kedua England bersama Derby dan QPR.

6. Harry Maguire?

Kapten Marvel Manchester United, Harry Maguire menjadi figura yang dibenci oleh kebanyakkan penyokong Setan Merah sendiri rentetan beberapa siri kesilapan kelakar dan tidak masuk akal.

Harry Maguire juga seperti menjadi sasaran media dalam misi pembunuhan karakternya untuk menjadi pemain dibenci ramai dan sering dipersalahkan walaupun tidak membuat kesilapan.

Erik Ten Hag menegaskan musim depan adalah permulaan baharu, tetapi dia memuji pemain pertahanan itu sebagai pemain dan tidak sabar untuk berkerjasama.

“Saya perlu ulangi bahawa musim depan adalah musim yang berbeza tetapi saya fikir dia melakukan kerja yang hebat,” katanya.

“Dia seorang pemain yang hebat, dia telah mencapai banyak kejayaan juga [dengan] sumbangannya kepada Manchester United. Jadi saya tidak sabar untuk bekerja dengannya.”

Mungkin Harry Maguire akan menjadi pemain pertahanan bola sepak terbaik dunia di bawah Ten Hag?

BACA:  'Saya Bukan Harry Potter' - Erik Ten Hag