Erik Ten Hag Laung Amaran, Manchester United Fokus Rampas Kejuaraan EPL Dan Piala FA Musim Ini

Erik Ten Hag melaungkan amaran bahawa Manchester United masih di landasan tepat untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Ini sekaligus menamatkan kemarau penantian EPL kelab itu yang terakhir pada 2012/13 di bawah era Sir Alex Ferguson.

Manchester United sebelum ini melepaskan 2 komitmen mereka dalam Piala Liga dan UCL. Dan kini fokus mereka sepenuhnya kepada Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Mereka berjaya mengurangkan kepadatan jadual perlawanan mereka dengan melepaskan dua trofi tersebut. Maka kini fokus mereka adalah EPL dan Piala FA.

Terbaru mereka menang bergaya ke atas Wigan 2-0 pada pusingan ketiga Piala FA.

Dua gol Manchester United dihasilkan oleh Diogo Dalot dan juga gol berkelas dunia dari sepakan penalti Bruno Fernandes.

Wigan jelas mati kutu berdepan dengan pasukan Ten Hag yang mencipta banyak sekali peluang dalam perlawanan ini.

Ten Hag mencatatkan kemenangan ke-55 sebagai pengurus Man United.

Kemenangan ini juga embuatkan skuad Ten Hag menempah tempat di pusingan keempat yang akan menjadi laluan mudah di atas kertas.

Kerana mereka akan menentang sama adalah Eastleigh atau Newport Country. Dua kelab yang seperti nama persatuan ikan laga di Britain.

Ten Hag berkata: “Kami masih ada Liga Perdana Inggeris (untuk direbut). Kami bermain untuk bersaing dalam 2 trofi. Kami akan bermain untuk Premier League dan Piala FA.”

Ten Hag sebelum ini sudah berjumpa dengan pemegang saham 25% di Man United yang baharu iaitu Sir Jim Ratcliffe yang mewakili INEOS.

Dia menegaskan perbincangan mereka sangat positif. Dan yakin bahawa INEOS akan memberikan manfaat jangka panjang buat Manchester United.

Di atas carta liga Manchester United berada di tangga ke-8. Namun masih ada banyak perlawanan lagi untuk mereka mainkan selepas ini.

Mereka bakal menerima semula beberapa pemain yang cedera yang akan kembali cergas. Nama seperti Lisandro Martinez dan Casemiro sudah mulai berlatih bersama skuad mereka.

Man United turut melihat potensi yang besar pada pemain pemain mua mereka seperti Kobe Mainoo dan juga Alejandro Garnacho yang melakukan 1 gol lipat musim ini.

Jadi, sebab itu Ten Hag optimis dengan peluang merka dalam persaingan Liga Perdana Inggeris. Memandangkan masih ada banyak mata lagi untuk direbut. Dan pasukan di atas pasti akan keciciran mata juga.

Setan Merah masih ada baki 18 perlawanan lagi dalam liga untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Ketika ini United dibezakan hanya dengan 14 mata daripada pendahulu liga Liverpool.

Ten Hag dikenali dengan kepakarannya memberikan piala kepada kelab yang dia latih. Musim lalu United menamatkan musim sebagai juara Piala Liga.

Jadi tidak hairanlah kalau dia yakin United akan mampu menjulang Liga Perdana Inggeris dan Piala FA musim ini.

Dalam perkembangan lain, Manchester United kini sedang berunding dengan Borussia Dortmund untuk perpindahan Jadon Sancho.

Pemain itu dijangka akan menyertai Dortmund secara pinjaman pada jendela perpindahan kali ini.

Sancho tidak berada dalam perancangan Ten Hag. Malah digantung oleh Ten Hag daripada pasukan utama kerana komen bidapnya ke atas pengurus itu.

Sancho diberikan peluang untuk meminta maaf. Namun dia berkeras enggan melakukannya.

Dan kini pemain itu bakal kembali semula ke Dortmund secara pinjaman. Cuma rundingan ketika ini masih gagal dimeterai kerana Dortmund menawarkan pakej bayaran dan sekali dengan gaji Sancho sebanyak £3 juta sahaja.

Angka itu dianggap terlalu rendah memandangkan United sedia memberikan subsidi sebahagian daripada gaji Sancho di Dortmund pada tempoh pinjaman pemain itu di sana.

Baca Juga

Baca Juga