Erik Ten Hag Puas Hati Man United Main Bagus Dan Lebih Berhak Menang

Erik Ten Hag ternyata berpuas hati kalah 3-1 di Emirates kerana mereka sebenarnya berjaya membuatkan Arsenal ketakutan dalam perlawanan ini.

Arsenal menang nasib 3-1 ke atas Manchester United yang dinafikan gol pendahuluan minit ke-88 selepas pengadil menyemak VAR dan membatalkan gol itu.

Sakitnya hati Ten Hag diperlakukan pengadil sebegitu. Menurut Ten Hag, Arsenal menang kerana bantuan pengadil semata mata.

Ada 3 insiden yang membuatkan Arsenal menang. Pertamanya, gol Garnacho itu jelas onside menurut pengendali berwajah Johny Dosa itu.

Keduanya, Man United sepatutnya mendapat penalti ketika jelmaan Erling Haaland iaitu Rasmus Hojlund dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Dan ketiga, ketika Declan Rice mencetak gol kedua Arsenal, pemain legenda Man United, Jonny Evans dijatuhkan.

Ten Hag merumuskan keputusan pengadil semua tidak memihak United sebaliknya Arsenal.

“Permainan kami baik sekali, tetapi segala yang berlaku seolah olah tidak berpihak kepada kami.”

“Gol Garnacho itu tak offside la setan, cuma dari sudut pandangan lain, kelihatan macam offside.”

“Seterusnya, kami patut dapat penalti, ketika Rasmus Hojlund dijatuhkan.”

“Ada kekasaran pada Evans yang harus diberikan foul.”

Ini bukan pertama kali Ten Hag meminta penalti. Sebelum ini dia mendapat sokongan Bruno Fernandes bertanya, di mana penalti mereka? Ketika kekalahan di tangan Spurs.

Kemudian Ten Hag menyatakan bahawa dia sangat puas hati tahap klimaks melihat aksi pasukannya. Bercakap kepada Via Play, media negara kelahirannya Belanda.

Ten Hag berkata: “Kekalahan ini tak berikan kesan sangat pun kat kita, hehe.”

“Kami berjaya mengeluarkan Arsenal dari zon selesa mereka dalam sebahagian besar permainan hari ini.”

“Kami bertahan dengan baik, menyerang balas dengan baik sekali. Kami tak pernah sekali pun memberikan Arsenal satu perasan bahawa mereka boleh menekan kami huhu.”

“Kami berhak menang hari ini, cuma ianya tak berlaku la pulak.”

Arsenal menang 3-1 selepas bangkit daripada ketinggalan 1-0 hasil jaringan Marcus Rashford minit ke-27. Yang membuatkan Onana melompat seperti sudah lulus permohonan pengeluaran KWSP.

Seminit kemudian Onana kena bidik dengan Odegaard. Terus dia minta orang tenang pula.

Kemudian pada masa kecederaan separuh masa kedua, Arsenal merembat masuk 2 lagi gol. Gol keduan adalah menerusi Declan Rice yang menewaskan Onana di near post.

Gol ketiga adalah aib nyata dibuat Gabriel Jesus sampat terciduk pertahanan lawan menggelongsor.

Manchester United kini akan fokus kepada aksi seterusnya menentang Brighton dan Bayern Munich dalam aksi UCL.

Baca Juga

Baca Juga